Friday, May 15, 2009

Keperluan yang sering diabaikan suami isteri

Sekadar berkongsi info...kepada suami isteri, yang nak jadi suami, yang nak jadi isteri, eloklah korang baca infor ni..bukan apa,
sekarang ni memacam hal jadik..suami salahkan isteri, isteri salahkan suami..habis tu?? siapa yang salah??...kene pandai lah carik kesalahan diri sendiri ye..jangan lah dan2 tu korang ego plak..tak payah nak ego2 ni...buangkan sifat ego untuk seketika..lagipon ni kan kebahagian kite bersama...kalau tak buat apa kawen ye tak??..lagi satu, berilah masa untuk bermesra dengan pasangan anda sendiri..pupuklah dari awal, bukan dari zaman bercinta. ..yelah, zaman bercinta bukan main lagi peluk sakan..berkepit kesana kemari..bila dah kawen..hancusss!!!.. nak bermanja2 pon syushahhh!!..hahahaha....besar ye tanggungjawab seorang suami dan isteri ni..dari segi zahir dan batin..kalau nak tau apa yang dimaksudkan zahir dan batin, korang bacalah sampai habis...x rugi pon baca benda ni...ilmu ni tau tak..




Keperluan yang sering diabaikan suami isteri

Sebelum sesuatu pasangan hendak diijabkabulkan, Penolong Pendaftar Nikah (juru nikah) akan bertanya kepada pengantin sesuatu yang asas tentang Islam dan perkahwinan. Antara soalan yang penting ialah, apa yang wajib bagi suami setelah diijabkabulkan?

Kebanyakan bakal suami memberi jawapan yang agak betul, iaitu memberi nafkah zahir dan batin. Apabila ditanya apakah yang dimaksudkan dengan nafkah zahir, dia menjawa, beri makan minum, pakaian dan tempat tinggal. Jawapan yang cukup cemerlang.

Tetapi apabila ditanya apa pula yang dimaksudkan dengan nafkah batin, dia terdiam tidak dapat menjawab. Biasanya kalau tidak menjawab adalah kerana tidak tahu atau malu nak jawab. Ya, dalam soalan ini ternyata dia malu hendak menjawab.

Kenapa dia malu? Dia malu kerana jawapan yang dimaksudkan ialah seks. Itulah sebabnya dia tersipu-sipu nak jawab. Tetapi benarkah jawapan itu? Di sinilah kesilapan umat Islam yang jawapan itu telah lama diwarisi entah sejak bila.

Sebenarnya, jawapan itu salah kerana nafkah yang sebenarnya hanya satu itu nafkah zahir. Tetapi boleh juga disebut nafkah batin dengan merujuk kepada memberi didikan ilmu agama kepada isteri. Batin atau jiwa isteri perlu dididik ke arah kebaikan dan ketakwaan serta keimanan. Nafkah inilah yang sering diabaikan oleh suami. Dan atas sebab itulah mengapa berlaku masalah rumah tangga yang sukar diselesaikan.

Menyentuh soal seks, suka dijelaskan di sini bahawa ia satu keperluan yang Allah sediakan kepada makhluknya. Allah bekalkan keinginan seks kepada manusia sama seperti yang diperlukan binatang. Tetapi keperluan itu dibezakan dengan perkahwinan yang sah untuk menambahkan keharmonian rumah tangga.

Allah sebutkan dalam al-Quran, “kamu pakaian bagi mereka dan mereka juga pakaian bagi kamu,” (al-Baqarah) adalah hendak menunjukkan betapa lelaki dan perempuan itu saling memerlukan. Maka seks itu adalah pengikat kasih sayang selain anak yang dilahirkan hasil hubungan intim antara pasangan itu.

Walau bagaimanapun hubungan seks halal ini sering diabaikan oleh pasangan sama ada suami atau isteri kerana tidak memahami peranan dan fungsi di atas. Malah sesetengahnya menganggapnya kotor atau kerja sia-sia yang sekadar melepaskan nafsu syahwat sahaja.

Oleh sebab itu kita lihat, ada suami yang lebih sebuk dengan kerja lalu lupa hendak bermesra dengan isteri. Ada juga isteri yang sebuk dengan urusan kerja baik dalam rumah atau luar hingga tidak berpeluang untuk bermesra dengan suami.

Kemungkinan mereka berdua ada masalah, tetapi tidak cuba diselesaikan dengan cara yang baik sehingga akhirnya menjadi kudis dan barah. Sebenarnya beberapa kes yang pernah dirujuk kepada saya, suami mengadu isteri tidak mahu menyerahkan dirinya kepada suami setelah empat tahun berkahwin.

Tetapi apabila bertanya punca, jawapan yang diberi oleh suami dan isteri sering bercanggah. Mereka sering tuduh menuduh. Namun apabila persoalan yang sama ditanya pada sesi temu bual tertutup secara empat mata, isteri mengakui tidak mendapat kepuasan seks setiap kali bersama suami.

Jadi, berdasarkan jawapan itu boleh disimpulkan bahawa ramai suami dalam kes seumpama ini tidak mengambil berat soal kepuasan seks isterinya. Padahal keperluan ini perlu diberi perhatian sama dengan keperluan makan dan minum dan sebagai.

Oleh sebab itu perkara ini perlu diberi perhatian oleh kedua-dua belah pihak secara jujur. Suami perlu berterus terang dengan isteri jika ada masalah kesihatan. Dan isteri juga perlu berterus terang dengan suami jika ada kekurangan yang boleh menjejaskan hubungan.

Ingatlah jika kedua-dua pihak boleh membaiki kelemahan masing-masing mereka mampu memanjangkan hayat perkahwinan mereka. Selain itu, lelaki yang bergelar suami harus sedar bahawa mereka telah berbelanja besar untuk berkahwin malah sesetengahnya hutang bertahun-tahun. Tentulah tidak wajar suami sanggup membiarkan wang yang dilaburkan itu habis begitu sahaja.

Jadi, binalah perkahwinan dengan sebaiknya melalui kesefahaman yang jitu. Manakala isteri perlu setia dengan hubungan itu dengan saling memahami keperluan di atas kerana suami lazimnya sentiasa mengharap belaian kasih sayang isteri sepanjang hayat sama seperti malam pertama.


¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
__._,_.___

Qaisz join Mentor..

Qais menyanyi ngan bahasanye sendiri serta liriknye sendiri..
sape paham sila angkat tangan!!
hiks..



Qaisz dah 1 tahun 9 bulan

Qaisz dah 1 tahun 9 bulan...kejap je da beso ye...
skang ni Qaisz x sihat..batok2..
lepastu meragam jek..asik mintak dokong...budak2 kan...
tak kan nk dipukul ye tak...ikutkan aje lah..
skang da banyak yang dia tau..
kekadang klu nak cakap tu sampai terbalik2...
hiks..
ada satu malam tu tengah tido, tetiba terasa ada benda kt perut saya..
rupanye si Qaisz tdo atas perut sambil peluk saya..hihi..terharunye lah...
ntah bile masa dia panjat kt badan saya pon saya x sedar..
saya nak alihkan Qaisz ke tilam dia, tapi dia x nak..nak tdo situ gak..
da lama2 baru saya alihkan..kesian lak dia..penat klu tdo cm tuh...

banyak lah yg dia dah tahu..
sebenarnya saya saje nk letak gambar2 qais ni...
korang tengok lah ek...








Hari ini hari Jumaat...

Hari ni hari Jumaat..sekejapan je dah Jumaat kan...esok x kojo..yahoooo....
siapa yang x keje hari sabtu, mesti suka ngan hari Jumaat kan..
tak sabo je rasanya...selalunya hari Jumaat tak banyak keje kan??
hihihi..
tapi saya paling x sabar nk tunggu hari sabtu..kenapa erk????
sebab nak berjimbaan dengan my laling2...hahahaha...
harap2 dapat join korang ye...

Font size
Memikirkan samaada jadi pergi ke tak!!..

Bold Italic
Text Color
Link
Align Left Align Center Align Right Justify Full
Numbered List Bulleted List Blockquote
Check Spelling

Thursday, May 14, 2009

Influenza A (H1N1 / Selsema Babi)

Sekarang ni babi da populer lol .. jadi kite kene amik tahu sikit2 pasal virus ni...supaya boleh berjaga2...
kalau uols rajin, baca lah ye..untuk diri sendiri dan keluarga jugak..bukan untuk sesiapa pon...hiks


Influenza A (H1N1)

ABSTRAK

Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau World Health Organization (WHO) pada 24 April 2009 telah mengisytiharkan krisis kecemasan kesihatan antarabangsa ekoran merebaknya wabak Virus Influenza A (H1N1) (Selesema Babi atau Swine Flu) bagi memberi amaran wabak yang dianggap makin mencemaskan dan berpotensi untuk menjadi pusat ‘pandemik’ atau wabak yang akan merebak. Selesema babi yang disebarkan oleh manusia ini telah mencetuskan keadaan panik di seluruh dunia terutamanya di Mexico dan Amerika Syarikat (AS). Sehingga 6 Mei 2009, wabak ini telah mengorbankan 29 orang di Mexico, 2 orang di United State (US), 1786 orang telah disahkan dijangkiti dan lebih 4169 orang disyaki dijangkiti di seluruh dunia. Jumlah kematian dan mereka yang dijangkiti meningkat dari semasa ke semasa dan amat dikhuatiri merebak ke Negara ini.

PENGENALAN

Demam Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit sistem pernafasan (respiratory) yang biasanya ditemui dalam kawanan babi. Virus Influenza A (H1N1) atau demam babi ini biasanya berlegar dalam spesies babi sahaja dan tidak menjangkiti manusia. Namun jangkitan terhadap manusia telah berlaku dan penyebaran virus ini dalam kalangan manusia telah mula dikesan sejak tahun 1988.

Apakah Virus Influenza A (H1N1)?

Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja.


Adakah Terdapat Jangkitan Demam Virus Influenza A (H1N1) di US?

Pada akhir Mac dan awal April 2009, beberapa kes jangkitan virus ini (H1N1) terhadap manusia telah dilaporkan di Southern California berdekatan San Antonio, Texas. Beberapa negeri lain di US juga telah melaporkan jangkitan yang sama pada manusia dan juga telah dilaporkan di peringkat antarabangsa. (Perkembangan terkini mengesahkan bilangan jangkitan virus di Amerika Syarikat boleh di dapati di http://www.cdc.gov/swineflu/investigation.htm. Pusat pencegahan dan kawalan penyakit (CDC - Centers for diseases control and prevention dan Jabatan serta agensi kesihatan sedang bekerjasama dalam menyiasat situasi ini).


Adakah Virus Ini Berjangkit?

CDC telah mengesahkan bahawa virus ini (H1N1) adalah berjangkit dan merebak dari seorang ke seorang manusia lain. Walau bagaimanapun masih belum diketahui cara dan bagaimana mudahnya jangkitan ini terjadi.

Apakah Tanda-tanda dan Simptom Virus Influenza A (H1N1) Terhadap Manusia?

Simptom Virus Influenza A (H1N1) ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan.

Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik.


Bagaimanakah Selesema Burung Merebak?

Virus jenis A (H1N1) selesema burung ini dijangka akan merebak seperti mana virus selesema bermusim lain. Virus selesema ini biasanya disebarkan dari seorang ke seorang yang lain melalui batuk dan bersin mereka yang terkena jangkitan. Kadang-kadang seseorang itu boleh dijangkiti melalui barang yang disentuh dengan tangan dan kemudiannya menyentuh mulut dan hidung mereka.

Bagaimanakah Seseorang Yang Dijangkiti Selesema Menjangkiti Seorang Lain?

Seseorang yang dijangkiti mungkin boleh menjangkiti seorang lain bermula sehari sebelum simptom itu merebak hingga ke hari ke-7 selepas dijangkiti (sakit). Ini bermakna kita mungkin boleh menyebarkan virus ini sebelum mengetahui yang kita telah dijangkiti.


Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dijangkiti Selesema?

Perkara yang terpenting sekali adalah membasuh tangan. Cuba untuk berada pada tahap yang paling sihat. Dapatkan tidur yang cukup. Sentiasa aktif, menangani tekanan, minum banyak air dan makan makanan berkhasiat. Cuba mengelak dari menyentuh tempat yang dicemari dengan virus. Mengelak hubungan dengan mereka yang sakit.

Adakah Terdapat Ubat Untuk Virus Influenza A (H1N1) Ini?

CDC menyarankan pengambilan ubat seperti oseltamivir atau zanamivir untuk merawat dan/atau mencegah jangkitan virus selesema babi ini. Ubat antiviral adalah ubat-ubatan berpreskripsi (pil, cecair ataupun ubat sedut) yang melawan virus dari terus membiak di dalam badan anda.

Jika anda jatuh sakit, ubat antiviral akan dapat melegakan dan membuat anda sihat dengan lebih cepat. Ia juga dapat mencegah dari komplikasi selesema yang lebih serius. . Untuk tujuan rawatan, ubat antiviral adalah lebih berkesan untuk diambil sebaik sahaja jatuh sakit (dalam dua hari selepas simptom).


Berapa Lama yang Diambil oleh Seseorang yang Dijangkiti dengan Selesema Burung Untuk Menyebarkan Kepada Orang Lain?

Mereka yang dijangkiti dengan virus ini boleh dikira sebagai pembawa virus selagi mereka di dalam simptom sehingga tujuh hari dari bermula sakit. Kanak-kanak, terutama anak-anak kecil berpotensi untuk dijangkiti untuk jangka masa yang lebih lama.

Apakah Kawasan-kawasan Yang Berkemungkinan Sebagai Tempat Yang Dicemari?

Kuman boleh merebak apabila seseorang menyentuh sesuatu yang dicemari dengan kuman dan menyentuh pula mata, mulut dan hidung mereka. Titisan rembesan dari batuk dan bersin dari mereka yang dijangkiti boleh bergerak melalui udara. Kuman boleh merebak apabila seseorang itu menyentuh titisan rembesan batuk dan bersin dari seorang di atas permukaan seperti meja dan permukaan lain dan menyentuh mata, mulut dan hidung sebelum membasuh tangan mereka.

Berapa Lama Virus Tersebut Boleh Hidup Di Luar Badan?

Seperti yang diketahui sesetengah virus dan dapat hidup sehingga lebih dua jam di permukaan seperti meja kafeteria, tombol pintu dan meja. Membasuh tangan dengan kerap akan mengurangkan kesan pencemaran yang didapati dari permukaan-permukaan ini.

Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dihinggapi Penyakit?

Buat masa ini belum lagi ada sebarang vaksin untuk melindungi dari selesema babi ini. Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu menghalang penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit pernafasan seperti demam selesema. Cubalah langkah-langkah ini untuk melindungi kesihatan anda:


• Tutup/lindung mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakannya.


• Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan.


• Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini.


• Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti.

Apakah Cara Terbaik Untuk Mengelak Dari Menyebarkan Virus Melalui Batuk Dan Bersin?

• Jika anda sakit, hadkan pergaulan anda sebaik yang mungkin.
• Jangan pergi ke sekolah;
• Tutup mulut anda dengan tisu semasa batuk dan bersin. Ia boleh membantu mengelak orang-orang di sekeliling kamu dari jatuh sakit;
• Buangkan tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah;
• Tutup mulut anda semasa bersin dan batuk jika tiada tisu;
• Basuhlah tangan kamu setiap kali batuk dan bersin.


Apakah Teknik Terbaik Untuk Mencuci Tangan Dan Mengelak Dari Jangkitan Selesema?

Membasuh tangan dengan kerap akan membantu melindungi anda daripada kuman. Basuhlah dengan sabun dan air ataupun pembersih tangan berasaskan alcohol. Basuhlah tangan antara 15 ke 20 saat dengan air suam dan sabun. Jika tiada air dan sabun, tisu pakai buang berasaskan alcohol atau pembersih gel boleh digunakan. Ianya boleh didapati di kedai-kedai ubat dan pasar raya. Jika menggunakan gel, sapulah tangan anda sehingga gel itu kering. Alkohol di dalam gel tadi akan membunuh kuman dan ianya tidak memerlukan air untuk berkesan.


Apa Yang Perlu Saya Lakukan Jika Jatuh Sakit?

Jika anda tinggal di kawasan yang dikenal pasti wabak Virus Influenza A (H1N1) itu merebak dan mempunyai simptom-simptom demam selesema termasuk demam panas, sakit badan, selesema, sakit tekak, muntah mual dan cirit-birit, anda perlu berjumpa dengan doktor, terutamanya jika anda risau tentang simptom-simptom tadi. Doktor akan mengesahkan sama ada sebarang ujian atau rawatan adalah perlu.

Jika anda sakit anda perlu:-

• Tinggal di rumah dan mengelak hubungan dengan orang lain sebaik mungkin untuk mengelak jangkitan;
• Mendapatkan rawatan kecemasan jika mengalami tanda-tanda awal penyakit;

Untuk kanak-kanak tanda-tanda dan perlu dibawa untuk dirawat adalah seperti berikut:-

• Kesukaran bernafas dan pernafasan yang terlalu cepat;
• Warna kulit bertukar kebiru-biruan;
• Tidak minum air yang secukupnya;
• Tidak bangun dan berinteraksi;
• Tidak suka dipegang dan asyik merengek;
• Simptom seperti selesema dan pulih tetapi kemudiannya berulang bersama demam dan batuk yang lebih teruk;
• Demam dan beruam.


Bagaimana Seriusnya Jangkitan Virus Influenza A (H1N1) ini?

Seperti demam selesema yang lain, kesan selesema babi (Virus Influenza A) (H1N1) pada manusia adalah berbeza dari tahap sederhana ke tahap serius. Antara 2005 hingga Januari 2009, 12 kes jangkitan pada manusia tanpa kematian dikenal pasti di Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun kesan dari selesema babi ini boleh menjadi serius. Pada September 1988, seorang wanita mengandung berumur 32 tahun dari Wisconsin dimasukkan ke hospital akibat jangkitan paru-paru akibat selesema babi dan meninggal dunia 8 hari kemudian. Pada tahun 1976, wabak selesema babi dikesan di Fort Dix, New Jersey mengakibatkan lebih 200 kes serius dan satu kematian.


Bolehkah Saya Dijangkiti Melalui Memakan Dan Menyediakan Masakan Berasaskan Babi?

• Tidak.


Selesema babi tidak boleh merebak melalui makanan. Ianya tidak boleh dijangkiti melalui makanan dan produk berasaskan babi. Memakan produk berasaskan babi yang dimasak dan disediakan dengan sempurna.

TINDAKAN SERTA-MERTA KEMENTERIAN KESIHATAN

• Kementerian Kesihatan menguat kuasa serta-merta empat langkah pencegahan:-


i. Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia mengaktifkan Bilik Gerakan untuk membuat pemantauan situasi wabak Virus Influenza A (H1N1) dengan pihak WHO bagi memastikan tindakan-tindakan proaktif diambil untuk melindungi kesihatan awam penduduk Malaysia.


ii. Semua Pengamal Perubatan termasuk di sektor swasta yang merawat kes-kes yang mempunyai tanda-tanda atau gejala ‘influenza-like illness’ atau ‘severe pneumonia’ dan mempunyai sejarah melawat Mexico, California, Kansas, Ohio, Texas, New York atau Kanada selepas 17 April 2009 diminta untuk memaklumkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat dengan serta merta melalui telefon untuk tindakan pencegahan dan kawalan.


iii. Saringan tanda-tanda jangkitan Virus Influenza A (H1N1) di semua pintu masuk negara untuk pelawat atau warga Malaysia yang ada melawat ke negara Mexico, California, Kansas, Ohio, Texas, New York atau Kanada selepas 17 April 2009.


iv. Membuat kenyataan akhbar dari masa ke semasa situasi wabak Virus Influenza A (H1N1) untuk maklumat orang awam di Malaysia dan langkah kawalan dan pencegahan yang diambil oleh Kerajaan.

• Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan pada Sidang Media pada 26 April 2009 mengenai wabak berkenaan amat berbahaya kerana ia tersebar melalui manusia bukannya haiwan seperti selesema burung atau ‘avian flu’ yang pernah melanda negara ini.

• Beliau bagaimanapun meminta rakyat negara ini supaya tidak panik kerana Kerajaan sentiasa berwaspada terhadap apa jua wabak yang boleh menyebabkan kematian.

• Pengawasan itu membabitkan pemeriksaan kesihatan terhadap orang ramai antaranya mereka yang menunjukkan tanda-tanda demam panas.

• Pengawasan di semua pintu masuk negara diperketatkan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengekang penularan wabak selesema babi dari merebak ke dalam negara terutama penumpang penerbangan dari luar negara termasuk AS.

• Orang awam yang ingin mendapat maklumat lanjut berkaitan dengan wabak Virus Influenza A (H1N1) ini boleh mendapatkan maklumat tersebut melalui talian 03-88810200 atau 03-88810300 pada waktu pejabat atau di laman web Kementerian http://www.moh.gov.my



Sumber : Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
• Pusat Pencegahan dan Kawalan Wabak Amerika Syarikat (US Centers of Diseases Control and Prevention) atau CDC
• Akhbar-akhbar Utama Tempatan

Tuesday, May 12, 2009

Hari ni x der mood

Hari betul2 x der mood..tak tau kenapa..tensen jerkk..geram pon ada...
rasa cam nk menjerit sekuat hati..tapi kang aku lak yg x der suara...adeih...
kat opis ni pon satu hal...ntah apa punya manager pon tak tau le..
manager meja gamaknye!!!..

hari jumaat lepas kan saya x keje..dah amik cuti awal2...so, si manager meja ni ler yang cover keje saya..bleh lak dia buat keje x habis..separuh2..ko da tau benda tu urgent, ko siapkan je lah..
nape nk tggu aku???...klu aku cuti setahun, ko pon biarkan smpi setahun..cam tu erk???? sengal!!!
semua nak aku yang buat!!!..saya wat keje import..so ada kapal 7hb da masuk...kene submit kat EDI...dia bleh tggu saya masuk keje hari isnin 11hb baru nak submit EDI...

dah tu hari lak saya mmg bizi ler...nk setelkan keje saya dulu...dia bleh sebok2 datang meja tanya itu ini..kapa yg belom sampai pon nk tye...dah tu carik2 dokumen..korang pepaham ler klu tgh bizi..kompom2 ler meja cam tongkang pecah...dan2 tu dia nk carik dokumen...seb baik bleh sabar..dah nk melenting da tadi...nak je cakap cm ni " ko x nampak ke aku bizi haaaaaaaaa????...carik nanti2 bleh tak??.."..huaarrrggggggggggghhhh!!! geramnyeeeee...
legaaaa nooo...dapat lepaskan kt sini...hahaha

lagi satu tadi cik hel ada menjemput kami somi isteri ke rumahnye...ada makan2 katanye...
sempena menjadi pemenang kat blog syana..(memandai je aku ni..hahaha)
tapi memang para2 pemenang dijemput skali..syana nak buat penyampaian hadiah kt situ skali harung...senang kan..termasuk ler saya..tapi dapat no.3...no.1 si mamamanja...no.2 si cik hel kite ni...tapi apakandaya...saya x dapat hadir kesana kerana kereta kami demam...tak larat jalan jauh..nanti sakit2 badan kt tepi jalan kang...huwaaaaaaa...sob..sob..sek..aku nak join korang jugakkkkkkk!!!!...

to my dear hubby.....call ler anip..mintak tolong dia...nanti kite bg duit minyak le...huhuhu...tapi esoknye pon ade kenduri gak..member sayanye abang kawen...camne ni...


tak pelah..klu ade jodoh untuk kita berjumpa, InsyaAllah jumpa gak satu hari nanti ye syana, cik hel ngan mamamanja...
korang doakan ler supaya aku dapat pergi...hahaha...sempat lagi tuhh...
ok ler....luahan isi hatiku sampai disini sahaja...korang penat baca erk...
terima kasih ler sebab sudi baca luahan isi perut aku ni...hahaha...giloooooo!!!

Anak Buahku...

Saya nak enterprem anak buah..muekekee...
ni hari ahad ni..derang nk p tengok orang kawen...sepatutnye mak n abah g ngan saya..
tetapi kereta hubby lak buat hal...serb baik kakak saya ngan anaknye datang..
so derang lah yg hantar mak n abah g kenduri kawen..
Nak jadikan citer, derang x bawak baju kurung...
maka baju zaman ratu kebaya saya ler derang pakai...acik kurus tau dulu....
baju kebaya punya banyak..skang nk pki mmg tak ler kan...
hihihi...

Ni baju saya masa umur 18 tahun...hihi



Along ngan adiknye..dua beradik je...


Monday, May 11, 2009

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu buat Pn Joriah Bt Kosnin ngan mak mertua Pn Rumaja..
Semoga dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang sempurna

Buat mak "Mak..adik sayang sangat kat mak..mak dah banyak tolong adik bila adik susah...
suke dan duka adik mak yang tahu dulu...terima kasih kerana jasa mak tak dapat adik balas..
mak adalah ibu yang terbaik sekali...terima kasih mak....i love u..."

Buat mak mertua : Mak... selamat hari ibu...fieza sayang makkk...mak adalah mak mertua yang spoting skali...hihihi.. (bodek lebih nampak..ade pape ke??).. fieza adalah menantu hantu kt dalam umah tu..wekeke..da ler jarang nak ke dapor...fieza mmg berat tulang...tapi camane nk ke dapo klu dah anaknye asik "ibuuuuuuuuuuuuuu"...hehee...takpe...datang angin monsun fieza kang...habis dapor tu fiza kerjakan...weekeke..(apanye ucapan daaaaa)...pape pon fieza , man n qaisz saaaayang kt makkk..."

Saya bagi mak saya ngan mertua saya kain ela jek..hasil rembatan kat kedai saya ler...huhhuhu...

Kami sekeluarga sambut Hari ibu petang sabtu...Kak ina datang ngan anak nye berdua...suaminye kerja...derang bawak kek, cupcakes, karipap ngan roti jala..kak ita lak buat agar2 pandan...saya?? saya anak beranak tukang makan..wakakaka..kejam sungguh!!!..

Acik da ponat nak nulis ni...apo kato korang layan gambo yo lah!! (betol ke aku cakap negeri ni??..bak kata en cerpelai cam bunyi jawa...) apo2 lah yo...



gambar banyak..tapi semua free hair...maka setelah ditapis...ni aje lah yg bleh di letak..ok...

Kami Dating Kat Jusco

Balik dari APO? tu kami terus ke Jusco Bukit Tinggi..da lama tak dating..alang2 x bawak Qaisz ni, apa lagi...bukan slalu dapat dating berdua ni..hihihi...kami tengok wayang citer x-men erk..lupe lak..pestu makan kt KFC..masa tgk wayang tu rasa best jek..sejuk lak..mengimbau kenangan2 sebelom kawen..hihihi...nak balik tu singgah Big Apple beli 6 ketul jek...lama ngidam wei....hiks..

p/s : kepada en cerpelai...bulan depan adalah bulan anniversary kite yg ke 4 tahun...dating lagi jom!!! wakakakaa












Melawat Opis APO?

Hari Jumaat lepas kami somi isteri apply coti ye.. Sebab nak melawat opis APO? ngan nak jumpa Kak Nora nak bergambaran dengan dia...hiks.. nak ngelat supaya Qais tak perasan yang kami x kerja ari tuh, kami gerak dari rumah seperti biasa cam nak pergi keje...Sebab Qaisz ni pandai..klu gerak lewat je mesti dia tau yang ibu ngan ayah dia x p keje.. maka berlakonlah kami somi isteri...
Sampai subang gile awal..kul 9.00 am da tercongok kt situ..Apa lagi lepak kt Kedai Oren ler..(sebab warnak kedai tu warna oren).. sarapan kat sana..appointment ngan Kak Sya kul 11.00am.. lama lagik..saya suruh hubby call Kak Sya boleh tak datang awal..Kak Sya pon ok kan jek..
Sampai opis APO? saya menyenap sana sini...memula tu segan ngan takot tau..yelaa mana tau x leh amik gambau kt sana kan..snap pon main acah2 tengok enpon..hahaha...
memula kene tggu kt bawah..lepastu baru kene naik..Kak Sya ni sporting morting..peramah orangnye..saya pon x jadi segan sangat ler ... Masuk opis terus nampak kartunis APO? iaitu Abang Cendol, Abang Sagu, Abang Petai (bos derang), Abang Rambai, Abang Pandan (ensem woo abang nieh..hehehe) ngan Abang Rio..masa hubby ngan lepak n borak2 ngan Abang Pandan, tetiba Abang Bacang dari Ujang pon join skali..saya nk amik gambar derang tapi segan..terpaksa tebalkan muka mintak ijin...seb baik derang ni sporting..hahaha...masa hubby borak2 tu, saya bukan kesepian tau..saya ditemani Kak Sya ngan Kak Nora..
Kak Nora ni penulis Novel ngan penulis/pelukis kat Apo? (kalau salah g tau erk..) ingatkan Kak Nora ni orangnye serius,...tapi melawak gak Kak Nora ni...Baru 3 orang pompuan dalam opis tu dah cam 10 orang..bergosipan jek keje kami...dekat kul 12.00pm Kak Sya ngan Kak Nora ajak makan kt Kedai oren..hubby tinggal kt opis..sampai Kedai Oren, tetiba nampak sorang awek ni salam Kak Nora..sape dia tuh??..rupanye Kak Tun Teja..dia ni blogger gaks.....lawo akak ni...badan selim melim..tapi anak 4 orang ko... dah besar pon anak sulung dia..cayalah Kak Teja...nak kene mintak petua ni...saya anak sorang pon da cam anak 10..hiks..yang bestnye Kak Teja belanja makan...yahoo..time kasih erk kak...pas ni akak mintak Cerpelai blanje lak..hahahaa...
Kul berapa ntah hubby da sms saya..ajak balik..hiks..x dan nk gosip2 lagik...tak pe lah...ade rezeki kang saya ngan Cerpelai amik cuti lagik ek...hihihi..seronok giler lahhh!!!!

Dah sampai pon...APO?



Makan duluuuu...Kedai Oren


Teh Ais ni saya yang punyaaaa...


Teh Tarik tuk Hubby


Align CenterNasi Goreng + telur goreng

Kat Kaunter...

Muka ala sinyum...

Lukis bang jangan tak lukis.....hihihi..


Saya ngan Kak Nora..
Nampak novel kat tangan saya??
tu ler novel Kak Nora...hihi

Time to Gossippsss!!


Ok..lepas tu kami tak terus balik...Kami ke tempat sesuatu...
Next entry yaaa..


Kenduri Cukur Jambul

Kenduri berlangsung pada hari sabtu minggu lepas punya lepas...x sempat nk update..
kenduri cukur jambul cucu kepada pakcik saya..
skali lagu lupe namanye..wekeke...
saya datang ngan Qaisz je naik motor...hubby keje time tu...
sampai sana je saya kene susun2 bunga rampai ngan yang lain2 tuh...
adeh..mana ler saya tau...tapi pernah nampak ler orang buat camane...
susun punya susun tibe time nk bercukur tu, tetiba Cikgu Esah tye saya..
"gunting mana?"...hahaha....
saya rasa cm da sempurna je kt dulang tu..tapi rasa cm x berapa sempurna..rupa2 nye gunting takde...adoii..hampeh...
seb baik dapat cari gunting tu kejap jek..klu tak harus kene bebel ngan nenek..hiks..sorry ler...
masa time marhaban tu...Qaisz da ngantok nk tdo...apa lagi pinjam buai mak cik le..
kejap je dah lena si Qaisz sambil dengar orang nyanyi marhaban...anak orang lain yang cukur jambul, anak aku yang tdo buai...(erk..ada kene mengena ke??)

p/s : saya citer pendek2 je tau..banyak entry nak kejar ni..hiks..korang tgk gambar ye..
tapi gambar saya ni x lah cun2..kamera cikai..amik gambar pon x dan nk carik "angel" (aku tak reti eja daaa) yang sesuai..main amik je..janji adoooo...ye tak??...wekeke


korang tengok...tak nampak gunting pon kan???...


Baby dah ngantok dah...


Kumpulan Marhaban


My kazen.. Dila ngan anak pompuan nye...


Ni lak artis jemputan ngan anaknye gak..
muahahaa...
korang nak muntah ek..
silakan...hiks