Siapa tau pasal diet atkins ni...masa tengah blogwalking ni terjumpa satu blog adik nih..
Dia berjaya buat diet atkins... kuat tul semangat adik ni..korang leh baca blog dia nih..
http://www.taknakgemuk.com/Tapi nak buat atkins ni kene buat induction selama 2 minggu dulu..ni ada beberapa tips yang aku copy dari blog adik Dzul tu masa kita tengah buat induction...aku ingat nk try laa..hehehe
Untuk induction,20 gram karbohidrat sehari sahaje dibenarkan..
Biasenye penurunan berat badan yang mendadak akan berlaku ketike induction,dan lebih bagus jike diteruskan berterusan untuk jangke mase yg lame...
Semasa 2 Minggu Induction:
1.) Elakkan NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSAM, SPAGETTI, FETTUCINI, VERMICELLI, KUEW TIAU,OAT dan yang sebangsa dengannya.
2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, rotiBoy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa2 yang sebangsa dengannya.
3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
4.) Elakkan Buah-buahan
5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, pepsi, 100plus, etc)
6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang biasa, gajus, kuah kacang, dhal,ataupun kacang je soalan exam....
8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.
9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.
********************************************************
Boleh Makan:
1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis...
3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.
4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dgn cili boh, etc. Elakkan sotong coz karbohidrat tinggi.
5.) Sayur..kebiasaannya sayur yang kurang carbs berwarna hijau..semangkuk maksimum sehari..
6.) Cheese Slice..hadkan 2-3 keping sehari..
7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari..kenape? air boleh bantu untuk pembakaran kalori dan penghadaman makanan..
8.) *edit...jangan ambil daging burger..carbs agak tinggi..kecuali brand beef pride..carbs rendah..tapi hargenye mahal,4keping rm8..ade bran nak beli? huhu
10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.
Diingatkan! Air bole cepatkan proses pembakaran kalori..jadi,minum!!! Banyak!! Air kosong k...
AIr mestilah lebih daripade 10 gelas sehari dan mesti diminum sebelum makan atau pun ketike dalam keadaan perut kosong...
Mesti air kosong..kalau minum air manis,boleh la buat blog taknakkurus.blogspot.com pulak...huhu
Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan!
Contoh sarapan / Breakfast1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)
Makan Tengahari / Malam1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)
Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!
Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
InsyaAllah, try diet ni selama 2 minggu,hasil yg mendadak akan kelihatan...fuyoh!