Friday, August 14, 2009
Tak Sabar Nak Tunggu....
Aku tak sabar nak tunggu hari raya...
Aku tak sabar nak tunggu trip ke Cameron...
Aku tak sabar nak tunggu bulan 11..besday aku laaa...
Aku tak sabar nak tunggu bulan 12..besday hubby...
Aku tak sabar nak tunggu tahun baru...
Apa motip aku ni???
tak de motip pape..sbb tak tau nk update apa dah ni..
takde mood..hehehe
rasa2 cam nak sambung kisah cinta Fiezzamy jek..
hahaha..tapi kang ada yang muntah buih lak...
Thursday, August 13, 2009
Isteri Risau.... (sharing is caring kan??)
Sekadar ingin berkongsi cerita..dapat dari emel..sharing is caring kan??
yelaa..bukan apa..aku pon banyak gak tuang2 solat ni..tak semua waktu tu penuh jek..tiba2 insaf jap..hehehe....kita semua ni pon tak lah sempurna sangat kan...lagi2 bab2 agama ni..
korang bacalah ye..mana tau korang sendiri pon ada pendapat korang kan..
bleh share2 gitu...
yelaa..kite sendiri pon tak tau ajal kita ni bila...
kepada para2 suami dan para2 isteri, bawak2 lah bertaubat...hehhehe
Isteri risau suami tak solat
Bersama Dr Rubiah K Hamzah
bminggu@bharian.com.my
SOALAN
SAYA berusia 29 tahun dan sudah lapan tahun berkahwin. Sudah dikurniakan dua anak dengan suami yang rajin bekerja dan penyayang. Suami saya tidak pernah solat, kecuali pada hari raya. Ini membuatkan saya hilang hormat padanya. Saya tidak tenang dengan sikapnya. Walaupun saya mengaji, solat dan kerap ke majlis agama hati saya masih kosong, mungkin saya tidak menghormati suami.
Puan saya teringin memiliki suami yang rajin solat, beragama, mengaji bersama, solat jemaah. Sayang saya tidak dapat suami begitu. Saya selalu menyindir dan nasihat suami tetapi hatinya masih belum terbuka.
SETINGGI simpati buat puan kerana bersuamikan hamba yang tidak merasa hamba dan tidak berjiwa hamba Allah. Persoalannya mungkin bermula dari sikap anda yang tidak teliti dalam membuat pemilihan ketika diberi kesempatan memilih, sedangkan Nabi sudah berpesan supaya memilih pasangan berdasarkan agama, di samping syarat yang lain.
Nampaknya syarat itu tidak di turuti, maka di situlah permulaan masalah yang puan hadapi sekarang. Suami memegang jawatan ketua keluarga, bagaimana dia mahu melaksanakan tugas itu jika dia tidak cukup syarat menjadi ketua keluarga. Maka berlakulah ketempangan yang lain dalam kehidupan, termasuk munculnya sikap suka marah yang anda alami. Ini juga disebabkan rezeki yang dimakan tidak cukup bersih kerana suami yang menjadi pencari rezeki lupa berterima kasih pada pembekal rezeki berkenaan yakni Allah.
Apa maknanya suami baik dengan puan dan keluarga jika hubungan kosong dengan Allah yang membekalkan nyawa padanya. Bagaimana anda mengandaikan ada syurga di kaki suami jika suami tidak tahu dan tidak mahu melayakkan diri menjadi ahli syurga, sebab itu dipesan agama, taati suami yang mentaati Allah, jika tidak, taat puan padanya tidak ada maknanya sekadar menambah dosa puan dan dosa dia pada keluarga, terutama anak-anak pada masa akan datang. Bagaimana hati boleh tenteram jika ibadah terpenting ini tidak dilaksanakan, seolah-olah sama saja dia dengan orang kafir kerana bezanya orang Mukmin dengan orang kafir ialah solatnya. Malah, Allah menyatakan pada kita umatnya yang bermaksud: "Wahai yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah berserta dengan orang yang sabar."- QS Al-Baqarah: 153.
Kita lihat perjalanan hidup Rasulullah saw pula bahawa baginda sendiri jika ditimpa sebarang ketakutan, baginda akan segera melakukan solat, malah baginda pernah berpesan pada Bilal yang bermaksud: "Wahai Bilal, tenteramkan (hati) kita dengan solat." Selain itu nasihat lain daripada bijak pandai agama untuk kita iaitu jika hati berasa sempit, masalah yang dihadapi berasa rumit, banyak tipu muslihat, maka bersegeralah ke tempat solat. Nasihat lain pula ialah jika berasa hari ini gelap, malam mencengkam dan kawan berpaling meninggalkan kita, maka lakukanlah solat. Jika diteliti pesanan Allah yang menyentuh hal solat dan kita memahaminya, pasti kita tidak akan mampu untuk meninggalkannya.
Misalnya, ayat Allah bermaksud: "Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya." - QS Thaha: 132. Begitu juga perintah sangat mengesankan yang bermaksud: "Sesungguhnya solat itu mencegah daripada (perbuatan) keji dan mungkar." - QS Al-Ankabut:45). Begitu juga pesanan lain yang bermaksud: "Sesungguhnya, solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang mukmin yang beriman." - QS An Nisa: 103.
Pilihannya ada pada tangan puan. Jika puan tidak berusaha menyedarkannya atau hanya menyalahkannya atau puan selesa dengan kelakuannya, maka sudah tiada bantuan lain kerana Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum selagi orang itu tidak mengubahnya sendiri. Allah membantu berdasarkan usaha dan doa kita. Jika mampu temukan suami dengan orang yang dia segani dalam keluarga dan masyarakat untuk bercakap dan menyedarkannya betapa sulitnya hidup orang yang tidak solat bukan saja di dunia, malah di akhirat lebih sukar lagi. Selebihnya teruslah berdoa kerana Allah tidak pernah menolak doa daripada hambanya. Jika anda mampu memperlihatkan kepadanya kesan positif hidup orang yang solat mungkin dia akan tertarik.
Insurans
aku mmg tak pernah amik insurans...
so, aku ada beberapa soklan nak tye ni...
Untuk aku:-
- Insurans apa yang bagus??
- jenis insurans apa yang patut aku amik??
macam medical ke... bla..bla..bla ke...
Untuk Anak:-
- Insurans apa yg bagus gak tuk budak?
- klu amik insurans education ada cover skali tak ngan medical?
hehhe..see?? aku mmg tak tau pasal insurans ni..
klu korang tau bleh inform aku tak...
Wednesday, August 12, 2009
Terima Kasih Semua
semoga korang semua dimurahkan rezeki jugak ye...aminnn..
Dan terima kasih kepada yang bagi hadiah kat Qaisz..terutama SIS TUN TEJA..hehe
mekasih bagi ang pow kat Qaisz...siap bagi MMS lagi smlm ...owh..saya tak keje semalam sebab ikut hubby g opis APO?..so SIS TUN TEJA da tau ktorang nk kesana..tu yag dia bagi ang pow tu..
mekasih ye...
Aku menghargai segala pemberian korang mahupun ucapan dari korang...terima kasih banyak2...
Ni pon dari Mak Lang gak...
simpan wat raya...Alhamdulillah...
T-shirt Polo ni kakak aku yg bagi gak..
Time kasih ye CIk Ita...
Ang Pow..lom raya da dapat ang pow..hehe..
hat ni SiS Tun Teja yang bagi..
mekasih sekali lagi..
Yang ni plak dari ibu ngan ayah Qaisz..hehee
tak tau nk beli apa dah...
seb Qaisz suka...
sbb robot ni bleh cakap ngan bleh jalan..
morah je..
hehe
Tuesday, August 11, 2009
Today Qaisz Turn 2!!
"Ibu doakan semoga anak ibu di panjangkan umur, dimurahkan rezeki, jadi anak yang soleh, menurut segala perintah Tuhan..mendengar kata orang tua dan diberikan kesihatan yang berpanjangan...Amin...jangan nakal2 tau..."
p/s : En Cerpelai...mana hadiah Qaisz..kehkehkeh...
Monday, August 10, 2009
Aktiviti di Malam Minggu
maka aku kene get ready sebab nak mekapkan anak buah aku yang nk konvo tuh..
adeh...maksu tak reti..sikit2 bleh ler...huhu
harap ko puas hati ye Nurul...hehe
dah siap mekapkan apa lagi amik gambo ler..
try camera baru anak buah aku ni..nak konvo dia sanggup carik camera..
lagipun derang memang takde camera...rugi la kan konvo tak amik gambar..
tu yang dia terus beli tuh..seb baik da gaji..hiks..
Derang gerak kul 12.30 pm...manakala kakak aku lagi sorang jenuh buat pulut kuning kat dapur..
sebab anak dia khatam Quran...dah siap sumer dalam kul 6.30 pm aku ajak En Cerpelai ke Port Klang..carik kek tuk besday ngan kek tuk anak buah..
Tunggu punya tunggu kul 8.30 malam baru kakak aku balik dari UPM..banyak giler bungan yang anak buah aku dapat...lama giler..
balik2 memasing muka kepenatan..kelaparan..hiks.. mau tak nye..4 jam kat dewan tu tanpa makan n minum...jenuh nak nunggu habis..da ler tak bleh kuar dari dewan..seb baik aku tak ikut..kalau tak..hmmm...
Sebenarnye besday Qaisz esok (11/08/2009).. tapi tahun ni ktorang tak buat besday party cam tahun lepas..selang seli ler wei..kang tetiap tahun buat naik jemu lak jenjiran ngan kengkawan..hehehe..(bejet elek sebenarnye) kahkahkah...InsyaAllah tahun depan kalau ada rezeki lebih ktorang buat lah..hehehe...
oklah..jom tgk gambar..