Thursday, November 9, 2017

Hari Raya Aidilfitri 2017

Assalamualaikum.. dah kenapa baru nak update pasal raya??

Tu laa rajin sangat updat blog kan.. kehkeheh.. nak abadikan kenangan dalam blog x kisahlah cerita tu berapa tahun lepas punya.. lepas ni aku bosan2 boleh belek2 blog kan..

kang peram lama sangat dalam enpon takut plak tetiba enpon wat hal ke..terdelete gambar ke..naya jer..

Ok. bukan nak kata apa la.. dah berapa kali kene bila tempah baju raya dengan tailor berlainan mesti bermasalah. Agaknye aku kene beli siap je kot baru ok. Pestime kene tahun bila ntah boleh tailor tu call sehari sebelum raya. Eh dia sms je cakap baju tak siap lagi. Padahal seminggu sebelum tu dah sms dia. Dia cakap boleh siap. lega skit lah. Alih2 sehari sebelum raya cakap tak dapat siapkan semua. SEMUA ok!! baju aku, baju suami ngan baju anak2. Menangis tepi bucu katil la apa lagi kan.

Duit yang nak aku bayar upah kat tailor tu aku pergi beli baju raya anak beranak kat Giant je. Nasib baik ada satu kedai tu masih ada jual lagi baju  yang sedondon dan ada size kami. Perghh lega.

Kali kedua pulak,  kene ngan tailor lain. Boleh siap boleh siap malam raya x siap2. Dekat kul berapa baru suruh datang ambik. Yang tu baju aku dengan anak dara je. Tapi kan baju aku tu sepatutnya labuh bawah punggung.. Tapi dia buat ngam2 sampai ke perut. Apekedajahnye nak pakai camtu. Nasib ada tempah sepasang kat tailor lain (cina). makanye pakai je la yang tu.

Kali ketiga,  raya tahun ni lah kene. Suami sampai marah. Dia cakap percaya sangat kat orang kan. Tak reti serik dah dua kali kene nak jugak tempah. Yang ni tempah anak beranak siap baju melayu. Baju aku ngan anak dara ok jer. Haa ni pon malam raya pukul 12 tengah malam baru dia hantar tau tak. Baju melayu suami ngan anak lelaki 2 orang tak jadi apa..siap tu siap la.. dah bagi baju contoh siap tulis tang mana kene lebihkan. tapi semua x muat. senteng la..x leh kancing la.. kali ni baru serikkkkkk..

Panjang aku bebel kan. Pengajaran tuk diri sendiri. Tahun depan kita beli siap je lah ye!!

Macam biasa pagi raya kemas2 apa patot sebab malam raya biasa aku dah siap kemas ruang tamu, kuih2 pon dah masuk balang siap bersusun atas meja dah. So pagi raya cuma hidang lauk2 je la. Lepas solat raya makan2 jap lepas tu salam raya pulak ngan mak abah dan suami. Lepas tu balik kampung mertua yang jauhhhhh sangat tu. Jauh la sangat kan.

Sampai sana tiada aktiviti lain melainkan makan dan makan. bergambar, salam raya, bergambar, dan seterusnye bergambar lagi,

Lepas asar gerak balik sebab adik badik aku dah sampai rumah. Lepas tu tak ingat citer raya kedua dan ketiga.. Dah ni jer nak citer. huhuhu

Malas nak susun gambar..layan je lah yer..

Ni dengan family mertua.


Keluargaku..



Dengan Suami tersayang..hehee


Ni menantu2 dengan mertua..