Sorry.. lupa nak bagi tau cara2 order..
Boleh sms saya 012-3233907
Atau add ym saya fiezacerp@yahoo.com.my
Atau add fesbuk saya http://www.facebook.com/fieza.cerp?ref=tn_tnmn
Tuesday, November 6, 2012
Wednesday, October 17, 2012
Wednesday, October 10, 2012
JK Jamu Kampung, Jamu Kurus.....
Salam semua..
Ada sesiapa yang nak kuruskan badan?
Kembali seperti anak dara?
Inginkan zuriat?
Sakit2 kaki dan sebagainya...Boleh try Jamu Kampung ni tau.
Sekali cuba pasti anda akan mendapat kesan yang positif.
Jom kita kurus dah sihat bersama JK.
Tak rugi anda mencubanya,,,
Ada sesiapa yang nak kuruskan badan?
Kembali seperti anak dara?
Inginkan zuriat?
Sakit2 kaki dan sebagainya...Boleh try Jamu Kampung ni tau.
Sekali cuba pasti anda akan mendapat kesan yang positif.
Pengasan JK.. Lihat sahaja perbezaannya...Dari nampak seperti makcik2 sekarang dah macam dokong adik je kan... |
Jangan tak tau...Akak ni dah ada cucu ye. Anak pon ramai tau. Dulu dan sekarang.. Beza memang berbeza..... |
Antara yang menggunakan JK sehingga kini... |
Boleh nampak kan perbezaan akak ni?? |
Jom kita kurus dah sihat bersama JK.
Tak rugi anda mencubanya,,,
Tuesday, October 9, 2012
Rezeki lagi..Alhamdulillah
Wednesday, August 1, 2012
Menu berbuka untuk beberapa hari bersama Adik Maria Dayana
Hai semua. Hari ni ibu kita nak tunjuk gambar2 makanan masa berbuka...
Dah berapa hari ibu kita perap dalam enpon dia.
Sikit hari lagi mesti gambar2 tu keluar cendawan.
Eh! Kita dah merapu ni. Jom kita tengok apa yang ada.
Untie2, kakak2 semua jangan terliur tau...hikhikhik
Yang ni ayah kita teringin nak makan cempedak goreng. Bau dia memang tak bleh tahan.
Abang Qaisz kita pon suka makan Cempedak.
Ala..Gambar tak berapa nak cantek la.
Ibu kita kalau dah lapar cam ni laa..Snap ikut suka dia je..
Ni beli kat bazar je ni. Rendang daging. Yang ni pon ayah kita yang teringin
nak makan.
Ha..Belum raya tapi ibu ngan ayah dah makan lemang dulu dah.
Peberet ayah kita ni..Pon beli dekar bazar jugak.
Yang ni Abang Qaisz punya. Asik nak makan kepak ayam je sekarang ni.
Sekarang ni ibu kita baru dapat carik. Suka la ibuuu tu.hehehe
ibu kita ni kata diet. Tapi makan kemain banyak lagi kan.
Sebab blog ibu kita ni dah lama sangat tak update. Ibu malas ye!! hehehe
Ok lah. Kita nak minum susu dulu.. Nak tido. Bye2 semua....Ngeeeee
Friday, July 27, 2012
Menu berbuka puasa pertama
Agak jauh tercicir dah aku nih..
Sekarang dah puasa ke 7 dah ni baru ko hegeh2 nak citer puasa pertama ye fieza..hehehe...
Buka kt rumah dengan akak akak sajer..tp meriah koo..
Memasing bawak lauk..akak aku kt banting tempah siakap masam manis sampai 5 ekor dah tu ada lauk paprik...aku lak beli kuih muih kat bazar jer...kakak lg satu masak tom yam..
Haaaa makanlah sampai sahur yer..wekekeke...
Wednesday, July 25, 2012
Monday, July 16, 2012
Tempahan kek karamel
Salam semua...sihat ker? hehehe
Lama sungguh tak hapdet blog terchenta nih. Sejak beberapa minggu ni saya kebizian la. Betul2 jadual harian seperti mak2 dah skang nih. Sebelum ni banyak sangat masa free ko kan fieza oitt. Skang ni baru ko tau kannnn...
Bebaru ni ada amik tempahan Kek Karamel. Mula2 sepupu mintak tolong saya buatkan sempena makan2 di rumah anak buahnya. Lepas tu kawan2 pulak nak tempah. Tanpa segan silu saya pon menerima la tempahan2 mereka.
Ni lah hasil2nya. Ada jugak yang terlupa nak snap. Sabtu hari tu ada buat sampai 3 bijik. Tapi tak snap pulak.
Susunan order dari bawah ye. Yang atas sekali tu yang baru jugak lah...hehehe
Ada perisa coklat, oren, strawberry...
Monday, June 4, 2012
Kek Karamel
Ni yang nak marah ngan diri sendiri ni.. kata nak selalu update blog.
Tapi takde pon..hahaha...
Ok. Hari tu ada buat kek karamel. Pestime buat okeh. Alhamdulillah menjadi pulak tu.
Tengok resepi macam susah. bila dah buat jadi leka plak.
selepas dibakar...
ok...dah siap pon
comot sikit..kate pestime kan. hehehe
dah siap potong...jom makan...
Thursday, May 24, 2012
Apam Polkadot
Hari tu , eh bukan hari tu. Bulan lepas kot..hahahaha...naseb laa...sape suruh tak update blog kan..ha kan cerita2 dah lama baru nak kuar..wekekeke...saya ada buat apam polkadot tau.
Dibantu oleh kawan dan bakal biras saya. Nampak senang tapi rumit bagi orang yang baru belajar cam saya ni. Lagi2 tangan ni kaku kan takde skill nak melukis2 apam tu. hahaha..
Tapi jadi jugak la..gebuuu tau...cuma apam ni tak tahan lama..baru 4 hari dah cam ada bauuu..harus sembur perfume ko ni..kekeke
Mood rajin dah maghiiii....minggu lepas hari rabu buat kek coklat tuk Qaisz bawa ke skolah sempena hari guru. Malam tadi buat kek coklat lagi. takde sempena apa2 pon..ni sempena melayan anak tekak. hahaha
Wednesday, May 23, 2012
Dayana dah start makan
Setelah berbulan tak update blog tetiba hari ni menjelma ye tak.. hehehe...
Banyak kali dah nak update, tapi kebuntuan idea pulak. Mula-mula ingat dah tak nak jadi blogger tegar (tegarkah kau?? haha) lagi.. Tapi sayang la nak tinggalkan blog nih.
Makanya saya akan cuba mengupdate blog ye. (setelah bosan berfesbuk baru nak jenguk blog ko kannnn?? hemmm...)
Ok berbalik pada tajuk entry kita yer. Anak dara saya sekarang nih dah 6 bulan lebih dah. Jadi, boleh lah kita bagi dia solid food kan. Untuk permulaan saya bagi bubur nasi je..Tapi kene blender lah kan. Alhamdulillah dia nak makan. Dan sam
pai ke hari ni dia makan bubur nasi diblender dan dicampur jugak dengan sayur2.
Bubur kosong jer...hehehe..tuk permulaan kan ok la...
Ibu dia sekarang rajin baca pasal solid food kat fesbuk ni. Tu yang teruja tu. Tapi tidaklah serajin ibu2 yang berada diluar nun. hehehe. Dan saya takde pon buat solid food banyak2 pestu masuk dalam fridge. Sebab masak bubur tu hari2. huhuhu
Ni masa nak tengok pengantin. Muka budak ngantok...hehehee
Thursday, March 22, 2012
Menu sarapan pagi tadi...
Nasi goreng kerabu mangga terbaekkkk
Sebelum tu, nak bagi tau ini kisah 4 bulan yang lepas ye kawan2. Ngeeee
Nampak biras makan nasi goreng kerabu mangga kat kedai Aden ni. Terus ngidam nak makan benda ni. Balik kerja ajak ensuami ngan Qaisz makan kat sana. Hehehe
Malamnye result darah terus naik.apa pon tak buleh.
diet diet diettttt!!!
Wednesday, March 21, 2012
Kisah Baskin Ronin
Nak cerita sikit kisah pertama kali bersuai kenal dengan ais cream nih.
Masa tu ontheway pak munaweeyyy...eh! salah2
Masa tu ontheway nak pergi ke rumah abang saya kat perak nuu. Singgah sebentar di RnR...
Perot lapor katekooo...hehe
Ternampak lah amoi2 jual aiscream. masa tu saya tak kenal lagi Baskin robin ni tau. Bajet amoi tu jual aiscream murah2 tu la...
Dengan selamba nye saya beli dalam cup cam gambar kat atas tu...
beli 2 cup lagi..sebab nk bagi anak buah..masa tu mengandungkan qaisz..
time bayar tu yang lawak tu.
Amoi tu cakap RM50.25 sen ke..lebih kurang la..
masa tu ingatkan orang lain punya. sekali amoi tu cakap u punya la..
hahaha....
hambekkkk kauuuu,,rasakannn!!!
Nak tak nak bayar jelah sambil gigil2..hehehe
masa tu baru lah saya kenal jenama ini...
sejak dari tu tak berani dah nak beli. tak berapa nak mampu..
kita orang tak ada2..bukan orang ada2..hahahaha
Friday, March 16, 2012
Teringin nak buat laaa
Ada 3 jenis kek yang teringin saya buat..
Yang pertama adalah Rainbow Cake. Google resepi takde lah banyak bahan sangat..rumitnya cuma nak membakar selapis2 kek tu je la..Sebab mak takde oven besarrr punya.. Oven mak kecik molek je. hehehehe
gambar dari encik google
Yang kedua nya teringin nak buat kek karamel pelangi ni..tak tau la nape saya suka sangat ngan warna pelangi ni..hahaha
Yang last skali nak buat ini..hehehehe
Sedap2 bukan..hehehe...tapi bila nak buatt??? yang penting uwang ringgit..hahahaha...InsyaAllah..satu hari nanti pastiiiii mak buat jugakkk..
gambar semua carik dari encik google je..hehehe
Monday, March 12, 2012
Tolong!!!..sape2 ada vakum ke penyapu ke..saya nak pinjam!!!
Hahaha....meh saya nak pinjam segala-gala benda tu semua.
Sebab dah berdaki, dah bersawang dah jadi hape ntah blog ni.
Ok2. Minggu saya cuba update blog ye. Nantikannnnnnn...hahahaha
(tak tau la ada yg baca ke tak..sibuk nak suruh org nantikan entry dia nih..hahahah)
Wednesday, February 8, 2012
Monday, January 16, 2012
Orang buat photoshoot preggy, saya pun nak buat jugak..
Dah lama nak buat entry ni. Dari sebelum bersalin lagi tau. Tapi kemalasan melanda ditambah pula ada bermacam-macam agenda pada setiap minggu.hehehe
Ok. Photoshoot ni masa tengah mengandung 8 bulan. Terima kasih pada group Khataragrafi yang telah shoot gambar kami anak beranak. Photographer termasuklah encik suami saya sendiri. Kalau korang berminat nak tanya harga atau sebarang soalan, silalah ke laman sesawang http://khataragrafi.blogspot.com/. (siapa lagi nak tolong promote kalau bukan isteri sendiri kan...pizza hut jom!!! hehehe)
Bukan apa, masa mengandungkan Qaisz dulu tak merasa nak photoshoot2 nih. Ni bila dah mengandung kali kedua, terus bagitau encik suami tentang hasrat di hati. Bila lagi nak merasa tul tak. Nak tunggu mengandung yang ketiga tak tau entah bila. Rasanya dah dapat sepasang ni dah cukup. hehehe
Photoshoot kat mane?? hmm..di sebabkan perot dah membesar, saya tak berani nak pergi tempat yang jauh2. Takut pula bila tiba2 nak terberanak pulak kan. Kebetulan dekat rumah kawan encik suami tu ada majlis pertunangan adiknya,dan pelamin mini tuk majlis bertunang tu sangat cantik di mata saya. Terus teringin nak amik gambar kat situ. Lantak la apa orang nak cakap kan. Yang penting saya teringin benar. Paham2 lah kalau orang perempuan mengandung ni. Kalau dah teringin tu, memang dia betul2 mahukannya. Ada paham ka?? hehehe..Tapi tidaklah time majlis tu. Kitorang ambik gambar selepas majlis. Time malamnye tuh..hehehe
Layan la gambo eh..tak tau nk tulis apa dah..hehee
Subscribe to:
Posts (Atom)