Tuesday, December 29, 2015

Lagi lagi vivo

Bulan ni sahaja dapat makan free di vivo sebanyak 2 kali. Hehehe.. menternak lemak tepu ke apa?? Alhamdulillah orang nak belanja jangan ditolak ye tak.

Kali ni adik ipar belanja pulak. Semoga achu makin murah rezeki yer. Time kasih banyak2..

Friday, December 18, 2015

Happy birthday Anas yang ke 3 tahun

20.5.2015 hari tu besday anas yang ke 2 tahun. Kahkahkah.. ibu baru nak citer kat blog..bertabah la ye nak. Apa boleh buat. Malas tahap kuasa dua kan.

Kejap je dah 2 tahun..skang ni dah 2 tahun lebih dah. Alhamdulillah sihat dan makin cerdik. Cakap pon dah pandai dah..kalah kita ni ha..

Kalau tau nak pergi kedai ke kan..dia lah yg ambikkan ibunye tudung dan cardigan..dah tau mana tempat yang ibu letak. Anas..anas..

Semoga anas menjadi anak yang soleh ye.


kalau ikutkan mmg takde kek sebab 20hb kan..haha tgh bulan..
tapi rezeki anas..kakak ipo saya buatkan kek untuk anas dan bawak KFC skali..Alhamdulillah
syukur..semoga mereka sentiasa murah rezeki.

Bersyukur sangat sebab saya dikelilingi dengan orang2 yang sentiasa membantu saya dan menolong saya. 


Panjang muncung tu Anas. hehehe


NI abang sulung saya dan isterinya..
Terima kasih banyak2..hehehe

Thursday, December 17, 2015

Vivo lagi..rezeki jangan di tolak..

Al kisah masa cuti selangor menang bola hari tu kan saya kene kerja tau.

Terpaksalah buat muka2 happy time kerja tu..haha..walaupon kan!!! 

Tiada double mahupon triple. Tapi nasib baik la company cakap lunch time company belanja vivo. Fuhhhh..orang kata rezeki jangan ditolak ye tak?? Moh le kita bervivo yer. Makan tak hengat namanye nih..kekeke..


PIZZA ni sedap tau..tpi jangan di tanya apa namanye..haha




ha yang ni menu peberet  saya kalau makan kat vivo. hehehe

yang ni pon sedap jugak.


ni member opis punya menu..


Wednesday, December 9, 2015

Happy birthday maria dayana yang ke 4 tahun

Haaa gittewwww...panjang lebor tajuk kemaheeenn lagi kan..hahahaha
Bulan lepas punya kisah. Update baru hari ni. Biasalah kan.. 9hb 11 genaplah anak daraku umur 4 tahun..dah besar anak ibu ni..rindu masa maria kecik2..

Ni kek hadiah dari kakak ipar saya..tq kak nani a.k.a mak long sebab buatkan Maria kek..
sangat suka ini budak..hehee


Abaikan la keadaan rumah tu ye... 
Semoga Maria menjadi anak yg solehah dan berjaya dunia akhirat.
Adik anas tu mmg tak leh diam..tgk je la telatahnye tu..time nak snap time tu la buat memek muka gitu..hahahaha


Ibu pon nak join sama..sebab besday ibu bln 11 jugak..hehehee

Tuesday, November 3, 2015

Donut gebu

Tengah rajin buat donut skang ni. Bertambah rajin bila buat je habis..bila buat je habis..anak2 pulak puji cakap sedap..ermm anak2 x pandai menipu kan ..hahaha

Alhamdulillah ada yang sudi order donut saya ni. Rezeki kan.

T.B - Bawak anak2 ke Setia city Mall.

Salam semua. Blog berhabuk dan bersawang. Mood nak berblog tu ada. Tapi asik ketandusan idea dan tak tau mana nak mula. Gambar pon berlambak2. Hahaha

Beberapa minggu yang lepas dapat jugak bawak anak2 ke sini. Sebenarnya ibu nye yang eksaited kan. Kebetulan masa nak keluar rumah terserempak dengan mak n ayah mertua. Asalnye nak ke tempat lain je. Sekali mertua ajak ke setia city. Dalam hati sangat2 suka ok. Sebab x pernah ke sana lagi kan.

Moh le layan gambo2.. hehehe

Thursday, June 4, 2015

10th Anniversary

Salam semua...wahhh...lama sungguh tak hapdet blog kan..setahun dua kali kot..hahahaha

Semalam 03/06/2015 adalah hari ulangtahun pernikahan saya dan suami yang ke 10. Pejam celik pejam celik sekejap je dah 10 tahun. Macam2 ujian dan dugaan yang kami tempuhi bersama. Anak pon dah 3 orang. Dua lelaki dan seorang perempuan.

Semoga keluarga kami dimurahkan rezeki dan bahagian dunia akhirat.


Tuesday, January 27, 2015

Keluarga Bahagia katanyaaaa

Happy Family.. Raya 2014


Hahaha..dah kenapa ko letak gambar raya pijah?

Saje je..Cuma nak bagi tau yang saya dah mempunyai 3 orang cahaya mata.. dan kami sangat2 lah bahagia...kadang2 kejap je rasa kan.. membesarkan anak2.. Qais dah darjah dua.. Dayana dah 4 tahun.. Anas tahun ni dah 2 tahun...

Ni tengah fikir apa tema baju raya tahun ni...muahahaha...oiii ganti puasa dulu oiiii..sebokkk fikir raya plak..heppppp!!!!!

Ok..itu je untuk pagi ni...