Monday, March 16, 2009

Teluk Kemang & Pengalamanku (Hari Pertama)

Malam sabtu tu tetiba je bagi tau mak rasa cam malam nak pergi..cam da x der mood..x tau kenapa..Padalah sebelum ni saya lah orang yang paling eksited nak g PD..pestu saya dapat sms dari Kak Ina saya dia kata nak gerak lewat sebab malam tu dia baru je balik dar amik anak buah saya kat UPM...so x semapt nk buat persiapan pon..saya pon sms kat Kak Ita..dia pon cakap nk g lewat sebab ada orang nk dtg umah dia nk amik barang..sebelum tu plan nak gerak kul 7.00 pagi..hihihi...jadi saya cakap ngan derang kte gerak kul 8.30 pagi..derang pon ok jerk..tapi Abang Li saya ngan Kak Nieza nak gerak awal..takut x der parking...cuti skolah kan..

Nak jadikan citer, bleh plak masa hubby nk start kete tu tetiba x leh idup..ish..da cuak dah time ni..kalau x jadi camane mak ngan abah saya nak pergi kan..kesian plak..try banyak kali baru bleh idup..fuh..tapi saya berdoa je pada Tuhan supaya dipermudahkan perjalanan kami kan..Alhamdulillah pergi dan balik kereta x buat hal...

Sampai PD dekat kul 10.00 kot sebab cari tempat. Abg Li ngan Kak Nieza tggu ktorang sumer kat Medan Selera.. Nak check in awal sangat..apa lagi alang2 da smpi sana kite terjah ler Teluk Kemang berkelah kat situ dulu.hihihi...Sape pergi Teluk Kemang mesti sibuk nak naik Banana Bot kan..hihihi...saya memang x akan naik punya..Ajaklah berkali2 pon. Jangan ditanya apa sebabnya.Suami Kak Nieza iaitu Abang Iwan nak belanja naik Banana Bot tapi saya x nak yang lain berkobar2 nak naik..hihihi...Derang pon naik lah...Derang bernasib baik sebab x jatuh langsung pon.

Nak di jadikan citer anak buah saya merajuk sebab x dapat naik Banana Bot tu..Kakak Ipar saya x bagi..ye lah..budak2 kan bahaya.. Last2 Abang saya dok pujuk2 saya suruh temankan anak dia naik Banana Bot. Saya memang x nak... Tapi abang saya punya pasalkan, saya pon ok kan aje...
Berlima je masa tuh..Yang paling besar saya ler..Ngan anak buah saya lagi sorang tu..yang lain budak2 jerk...Fuhh...bot belom jalan tapi jantung cam nak tercabot jerk...Laju giler..Baca ler pape masa tuh..lagi pon abang saya cakap x bawak jauh2 smpi pulau..cuma dekat2 jerk..disebabkan dekat saya pon ikut ler kan.. Bot tu memula pelan tau da lama2 makin laju plak..Alahai saya da ler x reti berenang..da pk memacam da masa tuh..memang x sedap hati je..skali pakcik tu bawak smpi pulau daaa...adoii...elok je pakcik tu nak patah balik cam nak u-turn lah kan tetiba ombak pon datang kene kat Banana tuh..apa lagi melambung ler sumer.. Korang bayangkan ler kat tengah2 laut..dalam plak tuh.. Terkapai2 saya masa tuh..carik tanah tapi kaki mmg x dapat le nk cecah tanah..da nama pon tengah laut.. Jaket keselamatan saya pakai lak masa tu x berapa nk elok. Jadi saya hampir2 lemas masa tuh..Jaket dah keatas da pon..Da smpi separuh kepala saya...Saya tarik ler apa yg ada kt situ..Anak buah saya si Syafiq..Saya tertarik jaket dia tuk selamat diri saya supaya x terus tenggelam.. Skali Si Syafiq ni pon cam da nk tenggelam sbb saya tarik jaket dia..Pestu cepat2 saya pegang tangan dia.. Anak sedara yag lain lagi 3 orang dah jauh dariu kami..Sumer tu anak sedara saya tau 4 orang.. Dalam hati memacam da pikir..nak tggu pakcik bot tu patah balik kat kami makan masa yg lama..Sebab dia da jauh masa kami jatuh..dia x perasan pon.. Doa ngan tawakal je lah masa tu.. Dok terbayang muke anak saya yg tengah tggu saya kt tepi pantai..terbayang muka hubby saya..terbayang muka family saya yg pergi PD sumer tuh..Fuhhh!!.. Elok je pakcik bot tu sampai pakci tu terus cakap dia x sengaja nk jatuhkan kami..sebab ada ombak besar tadi...Sume x nak naik banana..tapi nak naik bot skali ngan pakcik tu..

Orang yang mula2 pakcik tu tarik adalah saya..hehehe..Lepas tu si Syafiq, Zirul dan Nurin.. Anak buah lagi sorang tetiba saya tgk da takde..Dia yang ajar ktorang sumer supaya gerakkan kaki cam kayuh basikal..supaya bleh terapung kt situ je..seb baik dia ada pergi Khidmat Negara..ada gak pengalaman kan.. Saya da cuak bile tgk dia x ada tau saya panggi nama dia bayak kali tapi x menyahut pon.. Syafiq pon panggil gak...Takde respon..Makin cuak ler saya..X lama pestu dia ada kt sebelah saya..Sebab memula dia kat sebelah kiri bot..dia duk jalan sikit2 ke seblah kanan plak..Ishh ko ni Nurul merisau kan betul ler.. Last2 dia yang naik Banana tu sorang2.. Pakcik tu kata suruh temankan Nurul..Sebab air da surut..saya ngan Nurin pon turun balik dari bot tu pergi temankan si Nurul..yang anak buah lelaki dok naik bot..Alhamdulillah sampai gak kt tepi pantai...Saya masa tu da pucat giler..Tudung sampai tercabut...hihihi...

Sampai je terus cari anak saya..Dia tengah main2 pasir. HUbby lak dok tye pakcik tu kenapa lambat. Pestu hubby bleh gelakkan saya...hampeh jek.. Padahal masa tu saya dok tahan nangis sebab dah takut sangat smpi menggigil satu badan..Bleh lak derang tanya saya memacam..belum sempat citer automatik air mata melilih...hahaha
Alhamdulillah sumer selamat..Bersyukur sangat... Terus jadi fobia nk naik Banana Bot ni..hiks

Dah macam karangan SPM lak..panjang lebar...korang layankan je lah erk...

Sebelum mandi melantak dulu yer...

Hubby tengah makan..

Qaisz da x sabar nak main pasir....


Kazen saya..Zetty

Kazen saya..Farra

Are u ready????...hiks
(Pelik ler..korang pakat nk buat peace atau pon kebetulan ni..??)


hahaha....sukernyelah...
gambar saya naik banana x der sape yg sudi nk amik kan...
huhuhu

Thursday, March 12, 2009

Misi..misi...misi...dan misi....

erm...tak sia2 saya dok melantak air suam berbotol2...akhirnya misi saya hampir2 berjaya...
mana taknye asik terkucil jek....
misi saya tu nk diet lah..nk kuruskan badan...wekekee...
minum air suam banyak2 pestu malam2 bersenam..senam pon main2 jek...hiks...
malam tadi tergerak hati nk timbang berat...dalam hati terima je lah klu berat tak turun...
skali tengok dak kurang 4kg..rasa2 saya start diet pada 19/2...kira ler berapa hari dah...hihihi
berat asal 70kg...so skang da jadi 66kg...target nk turunkan sampai 60kg...harap2 berjaya ler...

Wednesday, March 11, 2009

Balasan tak mandi hadas

Dapat info ni dari pcm.com
jadi kengkawan sumer, janganlah buat2 lupa nk mandi hadas ye...
hihihi....

Assalamualaikum,

Sedikit pedoman buat tatapan. Dalam sebuah riwayat menceritakan pada masa dahulu, ada seorang lelaki sangat alim lagi warak. Lelaki itu menceritakan tentang suatu kejadian ngeri yang dihadapi oleh seorang lelaki yang tinggal sekampung dengannya ketika menemui maut.

Selepas dikapan dan disembahyangkan, jenazah lelaki itu pun
dibawa ke tanah perkuburan untuk disempurnakan pengkebumiannya. Semasa jenazah itu sampai di tanah perkuburan, keadaan dan suasana di situ begitu sepi sekali. Manakala liang lahatnya sudah sedia menanti di depan untuk dikebumikan jenazahnya.

Kemudian kaum kerabat dan sahabat handai lelaki berkenaan menurunkan keranda mayatnya perlahan-lahan ke dalam liang
lahad tersebut. Sebaik sahaja mereka hendak meletakkan jenazah itu, tiba-tiba mereka begitu terperanjat apabila terlihat seekor binatang
yang sama bentuknya seperti kucing sudah berada di dalam kubur itu. Apabila melihat binatang berkenaan, para jemaah terperanjat dan tercengang. Inilah pertama kalinya seekor binatang berada di liang lahad, menunggu mayat di kebumikan.

Beberapa orang dari kaum kerabat cuba menghalau binatang tersebut tapi hampa malah binatang itu terlalu bengis dan gerun, kukunya yang tajam mencakar-cakar batang kayu yang dijolok ke arahnya. Binatang itu tetap berdegil dan terus bertahan di dalam liang itu dengan mata yang memancar-mancar menampakkan kebengisan laksana harimau yang memerhatikan mangsanya.

Akhirnya kaum kerabat lelaki itu mengambil keputusan untuk menggali satu liang lahad yang baru bagi mengelakkan jenazah disimpan bersama-sama binatang misteri itu. Setelah siap digali dan para jemaah pun mengangkat jenazah ke arah liang lahad dan cuba menurunkan keranda perlahan-lahan.

Alangkah terkejutnya mereka apabila didapati binatang ganjil itu sudah pun berada di dalam lubang itu. Setelah gagal mengusir binatang itu buat kali keduanya, akhirnya kaum kerabat lelaki itu mengambil keputusan untuk mengkebumikan jasadnya dengan binatang tersebut.

Sebaik saja tanah ditimbus separuh liang lahad, para jemaah terkejut bila satu bunyi yang menghairankan keluar dari kubur tersebut. Bunyi itu seakan-akan daging dan tulang jasad si mati itu dicakar dan dipatahkan oleh binatang buas, bunyinya amat menakutkan setiap yang berada di tanah perkuburan itu.

Seorang alim lalu menemui isteri lelaki itu dan bertanya adakah ada perbuatan yang buruk pernah dilakukan oleh si mati semasa hayatnya. Isteri lelaki itu lalu memberitahu yang suaminya merupakan seorang lelaki yang baik budi pekertinya, tetapi sepanjang perkahwinan mereka, suaminya itu tidak pernah menyucikan dirinya dengan "mandi hadas" setiap kali selepas melakukan persetubuhan. Dalam riwayat lain, orang yang tidak mandi hadas Junub/besar) apabila dia mati, mereka ini akan
diberikan pakaian hina dan terlaknat dari neraka.
Mandi junub adalah satu mandi yang sangat dituntut dalam Islam.

Walaupun sesetengah orang kita memandangnya remeh tapi ketahuilah azabnya tak kurang pedih dan kalau nak rasa....Sila- silakanlah. .....

Wassalam.

Thursday, March 5, 2009

Solat Jumaat

hehehe..
orang kate x baik kedekut ilmu kan...
jadi, moh ler kite berkongsi ilmu....
kot2 ada yg x tau kan...

Solat Jumaat

1. Apakah hukum solat Jumaat?

Solat Jumaat adalah suatu kewajipan yang ditetapkan agama. Ia bukan sahaja dilakukan oleh Rasulullah s.a.w bahkan ia juga telah disebut di dalam Al-Qur’an.

Jika seorang lelaki Islam tidak melakukannya, maka ia dianggap sebagai dosa besar. Malah, hukum menunaikan solat Jumaat lebih ditekankan dibandingkan dengan solat lima waktu oleh Rasulullah s.a.w yang telah bersabda bahawa mereka yang tidak melakukan solat Jumaat selama 3 kali berturut-turut bukanlah seorang Islam. Disini Rasulullah bermaksud untuk menerangkan betapa pentingnya solat Jumaat dan betapa besarnya dosanya jika tidak melakukannya. Lelaki Islam yang tidak dapat menunaikannya haruslah menggantikannya dengan solat Zuhur. Akan tetapi, ia hanya diterima jika ia kerana sebab-sebab berikut; jika terlalu sakit, jika terpaksa jaga orang yang sakit tenat, jika terdapat ribut taufan yang besar atau jika dalam keadaan bermusafir.


2. Berapakah jumlah jemaah yang harus ada untuk menunaikan solat Jumaat dan adakah ia hanya bolah dilakukan di dalam Masjid sahaja?

Menurut ke-empat-empat mazhab, jumlah jemaah bagi menunaikan solat Jumaat adalah seperti berikut:

Menurut mazhab Syafi’i dan Hambali, jumlah jemaah terendah adalah 40, tidak termasuk imam. Mazhab Maliki pula adalah 12, tidak termasuk imam, Bagi mazhab Hanafi pula, jumlahnya adalah 3, tidak termasuk imam.

Solat Jumaat boleh dilakukan dimana-mana, selagi mana jumlah tersebut


3. Apakah keuzuran daripada mendirikan solat jumaat?

Solat Jumaat adalah wajib bagi kaum lelaki. Bagi mereka yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut dengan sengaja, hati mereka akan ditutup oleh Allah s.w.t. Keuzuran bagi meninggalkan solat Jumaat adalah sama seperti keuzuran yang diberikan bagi meninggalkan mana-mana ibadat wajib yang tidak mampu dilakukan. Antaranya adalah pitam, gila, sakit terlantar sehingga tidak mampu bangun dan tiada yang dapat membawanya ke masjid, tugas yang terpaksa dilaksanakan yang mana ia menjaga keselamatan negara, tertahan (samada di penjara atau di tengah jalan) dan keadaan cuaca yang menghalang sama sekali pergi ke masjid.



4. Adakah yang bertugas sebagai polis, bomba dan tentera dikira uzur dari menunaikan solat jumaat?

Uzur yang boleh diterima oleh Syara' bagi orang lelaki Islam untuk tidak mengerjakan solat Jumaat adalah seperti berikut:

1) Dalam pelayaran dan tidak berjumpa dengan masjid

2) Sakit

3) Lelaki yang baru seminggu berkahwin dengan seorang anak dara

4) Hujan lebat atau keadaan cuaca yang amat buruk sehingga menghalang dari pergi ke masjid

5) Tertidur

6) Pengsan

7) Gila

8) Pekerja yang mana kerjanya amat kritikal untuk keselamatan nyawa dan negara

Bagi yang nombor 8, seseorang itu perlu berusaha untuk mengerjakan solat Jumaat, sekurang-kurangnya sekali setiap 3 Jumaat. Ini adalah kerana Rasulullah s.a.w menyatakan dalam satu hadith baginda bahawa mereka yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali berturut-turut akan dikunci hati mereka.



5. Apa yang harus dilakukan lelaki yang tidak dapat menunaikan solat Jumaat atas sebab-sebab tertentu?

Umat Islam perlu berusaha sedaya upaya agar dibenarkan melakukan solat, termasuk solat Jumaat. Jika tugas menghalang, dan tugas tersebut penting dan genting bagi maslahat masyarakat, seperti polis, bomba dan sebagainya, atau maslahat keluarga yang ditanggungnya, maka ia tidak berdosa. Dan perlu melakukan solat Zuhur, tetapi selepas orang selesai melakukan solat Jumaat, sebagai penghormatan kepada solat Jumaat tersebut.




6. Bolehkah seorang muslimah menunaikan solat Zuhur pada hari Jumaat sejurus selepas azan berkumandang atau haruskah dia tunggu selepas selesainya Solat Jumaat dan khutbahnya?

Mereka yang tidak menunaikan solat Jumaat seperti wanita dan mereka yang uzur tidak perlu menunggu sehingga selesainya solat Jumaat untuk melakukan solat Zuhur. Solat Zuhur boleh dilakukan sejurus selepas azan berkumandang.


7. Yang mana wajib didahulukan, mengerjakan solat Juma'at atau menguruskan jenazah?

Solat Jumaat wajib dikerjakan dalam keadaan berjemaah dalam waktu tertentu. Sedangkan uruskan jenazah boleh dilakukan pada bila-bila masa dan tidak perlu terburu-buru, asal tidak dilengahkan. Maka wajib mendahulukan solat Jumaat daripada menguruskan jenazah.



8. Adakah dalil yang menyatakan tentang solat sunat qabliyyah dan ba'diyyah Jumaat?
Sesungguhnya memang tiada nas yang khusus didalam Al-Qur'an mahupun Hadith untuk solat qabliyyah atau ba'diyyah Jumaat. Para ulama' yang mengatakan qabliyyah dan ba'diyyah Solat Jumaat adalah sunat telah qiyas kan ia dengan qabliyyah dan ba'diyyah Solat Zohor. Ini kerana solat Jumaat sebenarnya mengambil tempat solat fardhu Zohor.


9. Apakah tujuan azan kedua berkumandang pada solat Jumaat?
Azan kedua yang berkumandang pada solat Jumaat mempunyai tujuan yang sama dengan azan yang pertama. Bezanya adalah untuk menunjukkan kepada jemaah bahawa khutbah akan bermula dan solat akan mula selepasnya.

Wednesday, March 4, 2009

9 hari lagi~Port Dickson

Family Day kali ke dua..hehehe
kali ni ke Port Dickson plak..
Kami bermalam di sana pada 14/15hb 3 ni..
x sabar rasanya...
ramai jugak ahli2 yang terlibat...
diantaranya :

* Abah
* Emak
* Abang Li ~ Abang saya yang sulong
* Kak Nani ~ Kakak Ipar
* Yayang ~ Anak buah saya (x kompom lagi)
* Nazirul ~ Anak buah saya
* Kak Ina ~ Kakak saya yg Ketiga
* Abang Yan ~ Abang ipar
* Nurul ~ Anak buah saya (x kompom lagi)
* Syasa ~ Anak buah saya
* Kak Ita ~ Kakak saya No 4
* Abang Shamsul ~ Abang Ipar
* Syafiq ~ Anak buah saya
* Nurin ~ Anak buah saya
* Nana ~ Anak buah saya
* Adik ~ SAYA LER
* Yusman ~ Somi saya
* Qaisz ~ Anak Saya
* Cik Nanik ~ Pakcik saya
* Cik Sal ~ Makcik ipar saya..
* Farah ~ Kazen saya
* Zaty~ Kazen saya
* Kak Nieza ~ Kazen saya
* Abang iwan~ kazen ipar saya

****kepada yang bekerja hari sabtu tu, sila apply cuti..lalalalaaa****

ramai tak??...hehehe
kami bertolak pagi..
sampai sana berkelah dulu kt pantai..
pukul 12.00pm check in
belah malam lak ada BBQ. >> best!! ayam telah disponser oleh Abang Iwan n Kak Nieza
ahad kul 12.00pm check out..
pestu jalan2 kt pekan kot...

tido mana??...hahaha
SUNSHINE BEACH RESORT ler...

Tuesday, March 3, 2009

Baju Morahan

Lunch tadi makan kat Giant ngan member opis lama saya..
Lepas makan terus pergi cuci mata..hihihi
Maka dengan x sengaja nye saya terbeli baju2 ni...
hahhaa..
tapi baju morahan jek..

Baju tuk Qaisz..Tenderly..RM 13.99...hihihi..


t-Shirt tuk saya..buat basahan jek..
SERIES RM 4.99...

Tag Dari Ana Cute...

Dah lama dah si Ana ni tag saya...baru perasan pagi tadi..hihihi....
sorry erk Ana..terlepas pandang lak..hihihi...

ii) show your bag
ii) mention what is in your bag
iii) choose 5 friends to do this!

***********************************************************************

handbag adalah dari jenama yang paling terkenal sekali..
"PM Brand"...
atau lebih dikenali sebagai "Pasar Malam Brand"
yang berharga RM10...
hahaha..rasa2 dah setahun ku pakai....

**********************************************************************************

yang ada didalam handbag ku ini adalah:-
* wallet
* pouch enpon
* lipgloss
* perfume free give dari Kedai Pn Syana
* Kunci opis
* dan buku Diary Rogayah...hahaha...diary kecik..
ataupon maksud tersiratnye buku utang...hiks...

tak banyak pon isi kt dalam tu..hehehe...
almaklumler...saya ni very the simple orangnye...
hiks...

maka dengan ini, saya nk tag:-
* Pn Syana
* Pn Diana
* Ms Helena
* Pn Mala
* Pn Eila