Tuesday, November 9, 2010

1st lucky Draw by Heze Suze

Tengah2 bulan ni ada kakak murah hart nk buat contest lucky draw...
hmmm..apa lagi tanpa fikir panjang segera aku buatkan entry ini..
Telah di tag oleh adik chumel Wawa kite nih..mekaseh ye sebab tag akak..
Mana lah tau kot2 rezeki menyebelahi aku kan..sape nk bagi weiii
hiksss





saya telah pon menjadi followe akak ye...yang ke 238 @ fieza a.k.a ibu azwar qaiszar

syarat2 penyertaan sangat mudah...pejam mata je wei..meh buat kepada orang2 yg aku tag nih..

# MESTI jadi follower blog http://hezesuze.blogspot.com & sila nyatakan ID follower uols ok..senang akak nak catch up.
# Opkos kene wat 1 enty sal lucky draw nie...simple je pun Ok...
# Letakkan BANNER di sidebar uols dan link back ke entry ni ye.
# TAG 3 rakan uols..lebih pun takpe tapi jangan kurang haha.
# Akhir sekali jangan lupa tinggalkan komen di entry ni & juga email uols ok.

Maka dengan ini aku nak tag Kak Ai , My laling Syana & my kakak tun teja..hehehe

Spa kite moh!!!

Hari Deepavali lepas family mertua ajak beraye ke rumah kawan ayah..muruku kat adalah terbaekk ok..qaisz makan pon laju jek..tuan rumah siap tapao kan lagi..wekeke..syedap2..


Balik daripada beraye Qaisz ajak atoknye singgah Jusco Bukit Tinggi..dia kan pantang..
Pantang nampak JUsco..kompom ajak singgah..hahaha. Atoknya terus pergi beli tiket wayang citer Megamind ye..lupa lak aku.. Katanye nak try bawak Qaisz sebab aku memang tak berani nak bawak Qaisz tengok wayang..takut dia nangis..masa kecik2 dulu dia takut tempat gelap dan bising2..so aku ngan en cerp tak berani lagi nak bawak dia la..


Citer tu start kul 3 petang..ada masa lagi masa tuh ayah terus bawak ktorang ke Fish Spa..dok main geli2 ngan ikan2 tuh..wakaka...geli tapi best ok...rasa bersih je kaki aku yg dah memang berkarat nih...muahahaha..




Dah dekat pukul 3 petang terus jalan laju2 nak tgk wayang...aku cuak jugak takut Qaisz nangis...tapi berjaya gak tengok citer tu sampai habis tau..Good boy Qaisz..pas ni kite pow ayah ye..bleh tengok wayang lagi..habis je citer tu, skali aku toleh seat sebalah, Qaisz dah terlentok2 tidur..bila masa ntah dia tidur aku pon tak perasan sebab before tu elok je dia main2 ngan Acunye...Lupa nak bagi tau en cerp tak follow sebab dia busy menaip artikel. Bila en cerp takde maka atok yang dukung Qaisz sebab da tidur kan..terus tuju ke VIVO..makan ciken chpop tapi tak dan amik gambo da ngappp masuk mulut...






Terima kasih ayah mak ngan nina sbb bawak kami jalan2...dan belanja kami...hehehe.....

Tuesday, November 2, 2010

Bila SiDia mula bercerita tentang ku...

Chewahhh...tajuk entry tak boleh blah....
korang baca je laa ye....copy paste dari belog my lovely husband..
maluuu aiiii.....(bukan nak membangga ye..tapi terharu sangat2..hehe)
mmmuahhhh ...sayang abang...hiks....



Minyak Rambut Jadi Hebat Kerana Tudung
02 November 2010



Bila membaca satu komen dalam fesbuk seorang kawan, gua terus teringatkan cerita lama. Katanya;

"sbnrnya dia tipu sy bab education ..rendah dari yg dia ckp..sedeihnya hati ini..."

"tapi saya risau kalau saudara-mara dapat tahu..sepupu saya yg x belajar tinggi pun kahwin dgn org yg tinggi educate..tiba2 saya yg high edu kawin dgn ..ntah la..sedeh sgt .."


Siapa orangnya, itu gua tak perlu beritahu. Gua cuma boleh cakap yang dia seorang kawan dalam laman sembang sosial, itu saja. Jadi, sila jangan tanya-tanya gua siapa dia, dari mana datangnya, nombor plet kereta dia berapa, cikgu senaman dia apa nama dan sebagainya. Gua purak-purak main gasing je karang...


Sewaktu gua bujang dulu, gua adalah seorang lelaki yang diakui ramai sebagai kutu kampung kehormat tanpa darjah kebesaran di dada. Boleh dikatakan bukan gua sorang je, malah ramai lagi yang dianugerahkan macam tu. Biasalah orang kita, memang suka label orang sana-sini. Label sendiri cap kucing, tak pulak dia nampak.

Kerja gua tak pernah menentu. Dari kerja penghantar surat, ukur tanah, welding, wiring, sampailah jadi supervisor kilang pun gua pernah buat. Tapi semuanya tak pernah melekat lama. Sampaikan arwah opah gua suruh gua mandi bunga pasal susah bebenor nak melekat kerja. Heh! Heh! Gua buat tak reti je.

Dan sebagai manusia biasa, gue juga butuh hati yang tulus dari seorang cewek (tersampuk drama sinetron kegemaran bini). Sebab pakcik gua cakap, jantan yang takde awek atau tak suka awek ni sebenarnya gay. Hishh..!! Dia sendiri tak kahwin sampai sekarang, takde pulak gua nampak dia pegang tangan jantan. Kelepet maut betul!

Dan setelah bermacam dugaan mahupun cabaran dalam melaksanakan misi 'gatal nak menikah' kitorang (itupun sebab dia sorang je yang nakkan gua, orang lain mintak kereta Ferrari agaknya..), kami pun berkahwin. Bini kerja kerani cabuk, gua pulak kerja kilang yang penuh dengan habuk. Masing-masing SPM pangkat sarjan je. Apedehal? Rezeki ada dekat mana-mana, ye tak? Rajin tak rajin je mencari.

Kalaulah ada orang yang cakap awal perkahwinan semuanya indah, gua tempeleng beliau dengan kadar kelajuan lima ratus tamparan dalam masa sesaat. Tak, gua tak cakap pun kami tak bahagia tapi di zaman materialistik spastik sekarang ni, duit muncul sebelum iman. Ini bukan gua yang cakap, brader jual air tembikai dekat bandar tu yang cakap!

Berapa sangatlah gaji kitorang ni kalau nak dibandingkan dengan duit rasuah. Eh? Terasa ke? Ada gua heran? Ha! Ha! Ha!... Jadi, duit perbelanjaan memang tak 'balance' langsung dengan gaji kitorang yang digabungkan sekali. Macam Tranformers pulak bunyinya! Memang sukar sungguh hidup dengan gaji senipis plastik sampah. Kehendak selalu kalah dengan kemampuan.

Dalam masa yang sama, bini gua selalu berkunjung ke pusat komputer ataupun bebudak panggil 'CC'. Samada nak cari kerja kosong ataupun nak buat 'resume'. Gua kena ikut pasal gua takut bini kena kebas. Siapa tak sayang bini oiii?!!


"Macam mana nak tengok gambar-gambar ni?"

"Gambar apa?"

"Alah, yang selalu ada internet tu.."

"Nak bukak internet ke? Tekan lambang 'E' warna biru tu.."

"Lepas tu?"

"Cari jelah apa yang nak tengok.. Taip alamat dekat atas tu.."

"Nak cari kat mana alamat dia?"


Macam tulah lebih kurang perbualan antara kitorang. Gua nak masuk internet pun tak pandai. Kalau kalkulator tu tahulah jugak! Biasalah, orang kampung macam gua ni bukannya pandai sangat. Gua minum air paip, orang lain minum susu kultur! Mana nak sama taraf, ye tak? Malu pun ada sebenarnya dengan bini gua masa tu.

Lama-kelamaan, gua jadi makin tahu guna komputer. Dari menaip pakai satu jari sampailah menaip macam main piano. Semuanya diajar oleh bini. Bukan tu je, bini gua jugaklah orang yang paling bersusah-payah mencari kerja yang lebih baik untuk gua. Dia jugak orang yang paling banyak bersabar dengan kerenah gua masa gua patah kaki sebab kemalangan, 2 bulan selepas kahwin.

Gua diajar tentang blog sementelah dia pun memang ada blog peribadi. Gua pulak memang suka menulis sejak dari sekolah rendah lagi. Maka dengan alasan suka-suka, gua pun buka satu blog untuk gua menulis cerpen-cerpen rekaan sendiri atau dengan nama glemernya 'syok sendiri'. Inspirasi gua menulis datangnya dari karya Tok Awang Ngah, Tamar Jalis, Ujang dan beberapa lagi penulis tersohor dalam negara.

Beberapa lama selepas tu, gua pulak diundang untuk menulis dalam sebuah majalah satira yang terkenal dalam negara. Terima kasih gua ucapkan pada penulis Nora @ Roseharissa dan juga kartunis Pandan yang bagi semangat serta pertolongan untuk gua maju selangkah lagi dalam bidang penulisan. Dan sekarang, walaupun bukan berada di kalangan terhebat tapi gua sangat berpuas hati dengan apa yang gua dapat. Lebih puas lagi bila hasilnya datang bersama minat gua yang mendalam.

Tak sangka pulak, majalah yang dulunya menjadi bahan kegemaran mata gua, sekarang sudah menjadi tempat untuk gua salurkan hobi gua untuk jadi santapan mata kawan-kawan seluruh negara. Seronok sebenarnya bila kita dapat tahu yang ada orang suka apa yang kita minat. Seorang budak kampung yang tiada apa-apa, cerita-ceritanya dibaca oleh pelbagai golongan dalam negara.

Setelah berkali-kali menadah muka setebal talam meminjam duit dari kawan untuk beli susu anak, berkali-kali meneguk liur melihat orang lain makan nasi berlauk sedang dalam kocek hanya ada sarang labah-labah dan berkali-kali dipandang sangat kecil oleh orang-orang yang senantiasa mahu berdamping dengan 'orang besar', akhirnya gua berjaya naik dengan usaha dan minat sendiri dibantu oleh kawan-kawan yang mahu lihat anak bangsanya terbang tinggi.



Siapa orangnya di sebalik gua sekarang? Jawapannya, bini gua! Berjaya gua dipangku lembut beliau. Kalau bukan dia yang ajar gua, mungkin sekarang ni gua sedang bermain gitar di simpang jalan. Muqadimmah gua panjang sangat, kan? Karate chop je kepala gua kalau terjumpa kat mana-mana!

Apa yang gua maksudkan disini ialah, usah terburu-buru membuat keputusan dengan menilai berapa banyak skrol yang tergulung di dalam tangan. Kejayaan seorang lelaki yang gah dengan rambut yang dilumur minyak rambut berkilat-kilat seringkali dipimpin oleh seorang wanita yang hebat berdiri di sebalik sang lelaki dengan litup-tutup tudungnya yang mengibar lembut.


Kepada rakan maya gua yang dimaksudkan, keputusan di tangan anda (macam kempen pilihanraya pun ada!). Janganlah dinilai kepandaian seseorang dengan mengkasta-kastakan darjat semata-mata mahu mengelak diejek orang. Skrol penuh segedung sekalipun tak berguna kalau tak tahu memimpin dan tak mahu dipimpin. Mana tahu si dia pada suatu hari nanti akan menggegar dunia dan bangga menyebut bahawa isterinyalah yang selama ini berada disisi untuk membantunya naik ke langit!
Bukan gua sengaja nak membangga sebab gua tak rasa apa yang gua ada sekarang patut dibangga. Semuanya atas pertolongan dari kawan-kawan dan juga bini gua yang banyak membantu. Ini cuma secebis cerita yang gua paparkan, Kalau nak diikutkan, banyak lagi cerita gila yang kami lalui sebelum kami ketawa sekarang.

Manusia itu jadi hebat bila sesama mereka menghulurkan tangan. Bukannya menghulurkan duit supaya mereka lekas pergi. Gua tak bermaksud nak menyakiti hati sesiapa. Tujuan gua cuma nak mengingatkan bahawa segagah mana pun lelaki, tetap diampu dengan kelembutan seorang wanita yang tak jemu-jemu memapah.




"Meryll Frost - 'Most courageous athlete of 1945'":

"As he received his trophy, the plucky quarterback unfolded the story of how he 'came back'. He said 'They say behind every great man there's a woman. While I'm not a great man, there's a great woman behind me.'"

(The Port Arthur News, February 1946)

Monday, November 1, 2010

Jom makan free!! ....

Jom kita makan free kat rumah owang kawen jom!!!..kehkehkeh...


Ahad semalam pukul 12 dah gerak ke rumah pengantin..dekat jek..kat kampung sebelah nun...


Meriah betul majlisnye tapi i'm very2 shy ok..nak amik gambo kat sana sikit punya malu..camane ko nak jadi blogger tegar cik puan fieza oittt...hihi


Gambo berkat dr pengantin adola...nak tengok ke??


Jommm!!!






Wednesday, October 27, 2010

KFC jom!!

Yuhuuuu..jom kite ke KFC jom...menambahkan lemak2 yang sudah sedia ada nih..alahaiii..tapi seb baik ada air tea mix nih..bleh laa kasi cover balik kan...hahaha


Ni gara2 Qaisz dok sebut2 KFC je lah ni..malam kelmarin balik kerja dia ingat ayah dia dok belikan KFC..padahal kentang goreng kat gerai berger tu jek..huhu


Maka semalam petang terus ajak en cerp bawak qaisz ke KFC..time ada duit ni bleh laa layan kan..tapi aku bab2 makan ni aku tak kisah punya.. lagi2 anak yang nak makan kan..huhuu

ok..jom layan gambar...hehehe
























terliur ke??? hiks..pergi carik sendiri ye...

Aku amikkan qaisz set chicky meal berger jek..tuk aku plak set box A tu..yg ada kentang ngan sosej dan untuk en cerp plak dia amik set zinger beger...
Ais krim plak tuk Qaisz...tak sedappp ok...hehehe

Alhamdulillah kenyang sudah...jom balik...hihihi

Monday, October 25, 2010

Cucu punya pasal...hehe

Salam semua..


Fisrt skali nak ucap terima kasih kat korang2 yang baca blog aku dan yang menjadik follower aku...Kepada yang dah datang kunjung blog aku, nanti2 aku buat kunjungan balas ye...mekasih sangat2...terharu ok...sayang korang..


Ok berbalik kepada tajuk aku nih...haa, kan hari tu aku cakap tv kat umah aku sudah meletop kebabom kan dek kerana terkena aiyorr masin hari tuh. Maka citer pasal tv rosak ni sudah pon sampai kepada family mertuaku..


Nak dipendekkan citer, pada 10.10.10 hari tuh family mertua datang ke rumah aku dengan membawa tv LCD baru..huhuhu..i'm tacing okeh!! ayah mertua cakap kesian kat cucunya kang boring tak buleh nak nengok tv terutama kartun2 kt ASTRO tuh..memang rutin dia laa bangun tidur je nak ngadap kartun. Malu pon ada gak..mana taknye tv2 yang ada kt umah tu sumer family mertua yang bagi.


Masa bebaru kawen 5 tahun lepas, ayah bagi satu tv kepunyaan derang gak..sebab ayah beli tv baru.. tahun lepas ayah bagi lagi tv kt kami sebab ayah beli tv LCD baru..tv yg lama tu dah rosak..ayah betulkan pestu bagi kt kami..skang ni bila tau tv kami rosak, ayah belikan tv LCD baru jugak tuk kami...terima kasih banyak2 ayah ngan mak..dah banyak terhutang budi ni..kami doakan ayah dan mak makin bertambah rezeki ye...dan sihat2 sokmo...hehe..Kami semua sayangkan ayah , mak ngan adik2 (family mertua)...
owh..kami pon sayangkan abah, mak , kakak2 dan abang2 aku (family
aku)..huhuhu..sayang semua...mmuahhhh


Tengok ni Qaisz..betapa sayangnye atok ngan nenek kat kamu..ingat ye kalau dah besar sok jangan kamu lupakan atok usop, nenek manja, atok esan ngan nenek ju kamu ye..



tv yang sudah kebabom...tv ni best sbb screen besar gilerr...hehehe



Ni tv baru kami...LCD..ni pon best..sebab gambarnye cantekkkk..mekasih ayah ngan mak...

Friday, October 22, 2010

Cobaan untuk kuruskan badan

Eh eh..dah jumaat ye hari ni. cepat tul masa berlalu.


Aku dalam proses nak nguruskan badan ye kawan2..idak ku tau ler berjaya ke tidak..tapi kali ni aku sudah nekad mau kurus...sebab apa?? haa jap lagi aku bagi tau sebab2 nye ye..


Aku ada amik satu produk kuruskan badan..tapi tak mau ler aku canang2kan kat sini lagi ye..tunggu betul2 aku da berjaya kurus baru aku heboh satu alam..cehhh..satu alam katanye...huhuhu..lagi pon aku baruuu je guna produk tu...yang da tau tu kasi diam2 ye...


Bila kak Vp, kak red ngan ceera citer pasal korset PB ni aku jadi mula rajin pulak nak pakai korset...aku da lama beli korset ni..beli ngan kazen aku. bulan puasa tahun lepas sudah beli..tapi cam biasa laa.dek kerana malas nak pakai maka korset tu pon tersidai kat dalam almari..kehekeh..


Hari ni aku pakai balik korset tu..azab sikit laa nak pakai. kata pon da lama tak pakai kan. haruslah ketat sana sini. dan hari ni aku jadi cam robot. tp best pakai korset ni..badan rasa mantappp jek..pestu korset ni tak gatal..eh eh, terpromote lakkk..hahaha


InsyaAllah aku akan pakai hari2 dan amalkan produk ittuuu...*moga2 berkesan la ye*


Sebab2 aku nak kurus:-

- bleh pakai kebaya lagi
aku nak pakai kebaya lor...en suami suka aku berkebaya..
kalau dah badan cam skang ni ko pakai kebaya dah rupa cam sarungsss the nangka...
dulu aku ratu kebaya tau *sendiri puji*
masa anak dara aku suka sangat pakai kebaya..banyak woo stok kebaya lama2 kat dalam almari tu..nak buang sayang pulak..tu laa kenangan aku..dating ngan en suami pon aku pakai kebaya gak..hehee..jadi ni lah sebab2 nak kurus..untuk suami jugak kan..


- senang nak carik baju
bila dah kurus senang ko nak carik size baju kan...almaklumlah size2 baju zaman skang ni makin tak cukup kain je aku tengok..size L pon da macam size S..hmmm..so untuk badan macam aku ni hanya mampu memakai size XXL tak pon XL..ikut pada baju ler kan..


- nak sihat
dah gemuk ni memacam penyakit yang sedang menunggu kita tul tak..lagi2 diabetis * nape cam salah eja je ni??* hehe
mengah ok bila naik turun tangga..kalau dah duduk nak bangun balik tu mak aii..cam ngandung 9 bulan je gayanye...


buat masa ni , itu je laa alasan aku..hahaha


sekian..selamat berjaya untuk aku dan untuk korang2 yang sedang berdiet jugak...
caiiyokkkkkkk....


~ akan aku update lagi pasal dietku ini...tungguuuu~