Friday, October 7, 2011

Set Bersalin & Bengkung - Done!!!



Salam semua. waduh waduh. udah lama kita ngak ketemu ya. hehehe.

Mau tidak. Dah berapa kali nak update blog tapi akhirnya kecundang jua. sampai dah tumbuh cendawan dah kot blog ni. Kesian kat my biras, Shida. Asal bukak blog akak dia nih mesti dia kuciwa. Sebab tak berupdate2 ye. hehe. Nih akak dah update sikitttt..hahaha

Hari tu dok pikir pikir nak memilih set bersalin yang mana satu. Sekarang ni macam2 jenama ada kan. Ko tinggal pilih dan sediakan ongkosnya saje. Setelah bertanyakan pada kawan2 dan pengalaman mereka. Maka saya telah membuat keputusan untuk memilih set bersalin Nona Roguy.

Terima kasih Shiemz sebab bagi tau aku pasal benda ni. Dan terima kasih sebab sudi membeli dan mengeposkan barang ini.hehehe

Sebab utama adalah melawaskan pembuangan. hehehe. Almaklumlah kadang kadang susah nak membuang. jadi untuk yg terbaik, saya amik set ni je lah ye.

Bengkung pulak saya main rembat je Leesa Formula nye bengkung. Itu je yang ada masa tu. Malas nak carik tempat lain.

Untuk persediaan dalam pantang, barang2 dah pon selesai di beli. Alhamdulillah. Tinggal tunggu masanye sahaja. Boleh relaks2 dah ni. Cuma pati ikan haruan je belum beli. Itu nanti encik suami boleh carikan bila dah bersalin.. hehe


Wednesday, September 14, 2011

Kencing Manis pulakkkkk

Jumaat lepas buat MGTT. Minum air gula laa apa lagi kan. Dan keputusan darah telah menunjukkan bahawa saya ada kencing manis ketika mengandung. Waduh. Pasrah je la kan. Nak buat camane. memang dah bajet nak kene pon.

Almaklumlah time raya bukan main lagi melantak manis2 kan. Lagi satu, sehari sebelum minum air gula tu, saya boleh lak minum teh ais ngan air sirap kan. memang carik pasal lah bak kata misi2 kat sana tuh. Sebelum minum gula tu 4. lebih je..lepas minum gula terus jadi 8 lebih..waduh waduh..

Semalam kene dengar ceramah pemakan kat spital klang. Encik suami jadi peneman setia. Mekasih ye .. hehehe

Rabu depan start buat BSP. SAtu hari dekat 4 kali kot kene ulang alik pergi klinik. Camana nak kerja? huhuhu..Khamisnya pulak jumpa doktor. Nurse cakap sampai bersalinlah kene buat cam ni.. hehehe.. Ikut je lah kan nak buat camane lagi. Mana yang terbaik tuk saya & tuk baby, kita buat je lah. huhuhu

Sekarang saya sudah mula berpantang dari memakan yang manis2...sampai lah lepas habis pantang. Sebab lepas bersalin pon akan minum air gula jugak. Ni kalau tak kurus2 ni tak tau la kan..hahahaha

Wednesday, September 7, 2011

Kisah 7 bulan dan sewaktu dengannya


Posted by Picasa

Belum nak cerita pasal raya lagi ye. Tengok blog sana sini pon masih ramai yang tak habis citer pasal raya. Wekeke. Ada yang tak citer lagi pon cam blog saya nih. Kehkehkeh.

Kita cerita pasal perutku yang sedang membesar ngan jayanya ye. Alhamdulillah sekarang dah 7 bulan lebih. Baby semua ok. Ingatkan dah 7 bulan takde la kene apa2. Mabuk2 tu memang dah takde. Tapi boleh pulak kene penyakit lain. Saya rasa tak payah la nak sorok2 penyakit ni ye. Sebab doktor cakap ramai jugak yang kene penyakit ni time mengandung.

Saya kene buasir tau. (Oh..malunya nak citer..tapi takpe..kite share jugak..mana tau ada yang pernah kene leh la bagi petua2 ye tak?)..hehe. Start kene lepas makan vitamin Iron tu. Sebelum ni makan Obimin je. Tak de pulak susah nak membuang. Start nurse bagi Iron tu jadi cam sembelit. Bila da sembelit najis pon keraslah. Time tu lah terus kene buasir. Nurse lupa nak bagitau yang Iron tu bileh keraskan najis. Nurse lagi satu suruh stop makan Iron. Sekarang ni sambung makan Obimin pulak.

Pergi klinik dah berkali2. Tapi masih cam tu jugak. Doktor cakap tak boleh nak buat apa. Mulalah dok risau memikirkan sama ada boleh ke tidak bersalin normal. Buatnya time meneran tu terkeluar benda lain haruu je kang. Bila tanya kat nurse2 ngan doktor2 mereka cakap boleh je bersalin normal selagi buasir tu tak berdarah. Nanti dah lepas jahit, nurse akan tolong masukkan balik.

Kalau tak sakit tu tak pe lagi. Ni sakit sangatttt. Ada satu masa tu memang perit, pedih semua ada la. Nak duduk pon x boleh. Nak tidur pon tak boleh. Dok beristigfar je time tu. Air mata pon meleleh2 jek. Dah lah kene time raya. huhuhu.. Sabarje lah kan. Hari isnin lepas pergi check up dekat gomen. Terus bagi tau masalah ni pada nurse kat sana. Kebetulan jumpa doktor gak petang tu sebab doktor nak scan. Doktor bagi ubat peluru tuk masuk dalam tuttt kite. Alhamdulillah dah tak sakit. Cuma benda tu masih ada lagi ye sebab ia membengkak.

Tak pe lah. Saya terima dengan redha diatas ujian dan dugaan yang diberi olehNYA ketika ini. Mana tau time bersalin nanti ada hikmahnye kan. Kot2 sakit bersalin tu kejap je. Tup2 baby dah kuar. hihihi...Amin....

Terima kasih lah bebanyak pada encik suami sebab memahami keadaan isterinye nih. Tak lupa juga mak saya yang asik risau tentang keadaan saya sehinggakan dia tak bagi saya buat apa2 kerja rumah walaupon mengangkat bakul susu anak. Apatah lagi nak kemas cawan2 bila tetamu datang beraya. Semuanya mak saya buat sendiri. Kasih mak pada anak memang tinggi nilainya. Sayang makkkkk!!!! huhuhu


Selitkan gambar time raya ye..hehee
perot ku ketika ini..hehehe

Masa check up hari tu Alhamdulillah semuanya ok. Tekanan darah ok. Darah pon ok 11.8..huhuhu..berat saya skang sudah mencapai 79.2kg. Air ketuban ok. Kepala baby pon dah kat bawah. Tapi kadang2 naik atas jugak. Sekarang dah kene kira pergerakan baby. Buku merah dah kene usung kesana kemari lah jawabnye ye.

Dari segi persiapan untuk ahli baru kami pulak, ada lah dalam 80% dah siap. Bab baju2, kain lampin, tilam baby semua dah ada. Yang belum beli cuma barang yang kecik2 je. Pampers, set mandian baby, sabun basuh baju baby, minyak2 baby, tempat sidai baju baby ngan katil baby.
Katil baby ni mungkin beli lepas bersalin nanti. Kita beli yang penting2 dulu. hehe.Untuk saya pulak, cuma baru ada kain batik je. Tu pon di sponser oleh mak saya. wekeke. Set bersalin, bengkung, tukang urut tu kite settle kemudian lah ye.

Next enrty citer pasal raya pulak.....


Friday, August 12, 2011

Menu Berbuka Puasa Semalam



Semalam teringin sangat nak buat air cocktail. Balik kerja terus ajak en suami singgah kedai.
Beli cocktail, sanquick ngan epal ijau. Epal ijau ni pon teringin sangat nak makan. Sejak puasa ni tak sentuh buah-buah pon.

Lepas tu singgah gerai kuih kat depan klinik desa tuh. Makcik tu dah biasa menjual. Berani sikitlah nak membelinyakan. Dari pergi beli kat bazar tu yang peniaganya jenis nak untung je. Tapi kualiti hampeh. Belilah kuih donut tuk Qaisz, tauhu sumbat goreng ngan sambal goreng. Pestu makcik tu bagi free pisang goreng 3 ketul. Sedekah katanya. Alhamdulillah. hehe

Cerita pasal donut kan. Boleh pulak Qaisz cakap dia nak donut macam dalam henpon saya tuh. Donut big Apple la apa lagi. Siap cakap sedapnyaaaa kuih ni. Nanti ibu belikan ye. hahaha. Nanti la nak. Tunggu kite soping pergi Jusco. Kang singgah beli donut ye.


Air Sirap + Sanquick + Cocktail...hehehe..sedapppppp

Air tebu oriiii punya....tapi tak leh minum..en hubby tak bagi..hehehe

Masak lema cili api ikan kembung + tempoyak..terbaikk..
mak saya yang masak..hehehe

Samabal goreng. Hari2 mesti ada...feberet en suami dan saya..hehee

Kuih donut Qaisz...huhuh

Popia Goreng..

Keledek goreng + pisang goreng..

Ok itu je nak citer. Terliur sudah. muahahaa

Thursday, August 11, 2011

Hari ni Qaisz 4 tahun


Happy birthday sayang. Dah 4 tahun dah Abang Qaisz nih. Tahun depan dah skolah kan. Kejap je rasanya dia membesar.

Ibu & Ayah doakan semoga Qaisz menjadi anak yg soleh dan beriman. Anak yang cerdik pandai dan anak yang mendengar kata orang tua. Semoga menjadi abang yang bertanggunjawab kepada adik2nya. hehehe

Tahun ni tak buat majlis besday Qaisz pon. Sebanrnya ada la buat kecik2 kat rumah mertua. Dah lepas pon. Alang2 berbuka kat rumah mertua kan. Saya cakap la nak buat besday Qaisz skali. Saya belikan Kek dia. Kek pon dia pilih sendiri. Kek Ben 10. hehe

Lepas berbuka tu baru potong2 kek. Tapi kan gambar takde. Sempat ambik gambar kek je. lepas tu enpon buat hal. memory full katanye. Hahaha. Rezeki Qaisz kan. Dia dapat hadiah dari atok , pak ngah ngan pak lang nye. Terima kasih ye semua. Semoga kalian murah rezeki.

Terima kasih jugak kepada kawan2 yang ucap selamat hari lahir kepada Qaisz kat FB saya tadi. huhuhuhu...

Ni je gambar yang ada. tu pon cam apa jek..heheh...

Wednesday, August 10, 2011

Kuih Rengas @ Kuih Kacang @ Kuih Kasturi


Kejadian adalah pada hari sabtu lepas. En suami suka makan kuih ni. Maka saya pon menggodek resepi di tenet. Pestime membuat kuih rengas ini. Hasilnya boleh laa. Hehehe.

Ni bawak ke rumah mertua sikit. Sebab kami semua berbuka puasa di rumah mertua. Termasuklah biras2 ku Shida dan Famiza. Memasing datang membawa juadah. Sudahnya penuh ngan juadah je lah. Sampai tak tahu nak pilih yang mana satu. Terima kasih Shida sebab bawakkan otak2 tu. Hehehe. Kepada Famiza pulak, i teringatkan u punya kek batek okeh. hahaha.

Banyak jugaklah saya buat kuih rengas ni. Bagi kat jiran2 sebelah rumah sikit.





Bila mood rajin cam ni laa..tapi bila mood malas. sendiri mau ingat lah!!..hehehe

Tuesday, August 9, 2011

5th Check Up

Gambar dari google.

Semalam pagi saya ada monthly check up di klinik desa. Dapatlah turn no sepuluh. Nak buat macam mana kan. Ramai ibu ibu mengandung semalam.

Alhamdulillah semuanya ok. BP ok. Darah pon ok. Berat pon ok. Berkat berpuasa kan. Saya target berat saya naik dua kilo. Tapi semalam naik sekilo je. Ok la tu kan. Buku merah pon nurse tulis pakai pen hitam jek. Takde pen merah. I likeeee. Hehehe

Lepas tu nurse inject kancing gigi pulak. Hat ni mula2 tak rasa apa. Dah petang tu bawak ke malam bawak ke hari ni terasa amat sengal sekali lengan tangan saya nih. Nurse ada check perot nak dengar jantung baby. Tapi tak berapa clear sebab nurse cakap perut saya teballl tau. Alahai jenuh la nak mengempiskannye nanti. huhuhu

Hasil check up semalam :-

Hb - 11.6
BP - 110/70
Tinggi Rahim - 27cm.
Berat - 77.80 kg.

Check up seterusnya pada 05/09. Pagi kene pergi klinik desa. Petang pukul dua kene pergi port klang tuk scan baby. 09/09 pulak kene minum air gula.

Nak buat camane. Ikutkan je lah ye tak. Janji baby sihat walafiat.