Monday, January 16, 2012

Maria Dayana - 2 Bulan

Pada 09/1/2012 hari tu Dayana dah 2 bulan. Dah pandai senyum2. Gelak tu sikit2 ada la.
Tapi bila kita pegang tangan dia pestu main tepuk amai2 sambil kite tepukkan tangan dia, dia senyum & rasa happy jek. hehehe






Berat dia pon dah 4.4kg. Ramai cakap ikut muka Qaisz. Dah nama pon abangnye kan. Harus lah sama.




Jatuh cinta dengan EPAL HIJAU


Ha... nak cerita sikit nih..
Sebenarnya saya bukanlah penggemar epa hijau dari dulu lagi tau. Start jatuh cinta masa mengandungkan Dayana hari tu.
Suka sangat makan epal hijau ni. Hari2 mesti nak ngap epal hijau. Kalau tak makan epal hijau tu rasa cam tak best je. Hahaha

Sampaikan dalam pantang pon saya bedal epal hijau. wekeke. Kenyang tau epal hijau ni.

Kat opis kalau tak tau nak makan apa, saya bedal epal hijau ngan air suam. Jimat poket. hahaha



Hari Pertama Qaisz Ke Sekolah


Tahun ni Qaisz dah 5 tahun ye. Makanya kenalah ke sekolah tadika. Kami hantar ke tadika
agama yang berhampiran je.



Masa hari pertama dia ok jek. Mau tak ok, sebab saya ngan encik suami menunggu sampai pukul 10 pagi. Dia asiklah menjenguk tingkap tengok mak paknye ada ke tak kat luar kelas tuh. Hari pertama dah tumpahkah air kat meja. Dengan selamba dia lap pakai sapu tangan dia. Lepas tu cikgu nampak, barulah cikgu amik kain lap lain.




Dah tu pulak air budak perempuan yang duduk dekat2 ngan meja dia pulak tumpah. Qaisz menjadi hero dengan tolong mengelapkan meja budak perempuan itu. Bagus tak? hehehe.

Ada tu dia boleh pulak memujuk budak perempuan lain yang tengah nangis. Kitorang seronok lah tengok dia happy kan. Siap boleh main2 lagi ngan kawan2. Sekali bila mak bapaknye balik (err..yang sebenarnye bukan balik pon..tapi pergi kedai nak mencekik..sebab belum sarapan lagi.) dia nangis rupanya. adoii..



Tau pon sebab masa ambik dia balik skolah pukul 11.30 tu dia tengah nangis. hehehe..Balik terus bawak ke Jusco Bkt Tinggi sebab ada urusan kat sana. Si Qaisz pon apa lagi. Nak main game lah kan. Tak pe lah. Reward hari pertama ke skolah. Bagi lah main game kat sana. Encik suami yang temankan dia. Saya pulak dah meround ke baju2 baby. Geram tau tengok baju gegel. Ishhh..

Baju sekolah masa ni belum dapat lagi. Tadi hantar dia pergi sekolah nampak sorang ustazah tu tengah pegang baju2 takis ni. Alhamdulillah. Tak pening lah saya nak memikirkan baju apa yang nak dipakaikan Qaisz bila nak ke sekolah esok hari.

Hari ni dalam sejarah bila hantar Qaisz pergi skolah dia tak nangis dah. Saya salam pon dia selamba je. Pestu saya babai2 dia, dia pon balas gak. Cam tu la anak ibu n ayah. Harap2 lepas ni tak nangis bila ke sekolah ye sayang.



Friday, December 30, 2011

Dayana Dah Sunat




Morning semua..

Hari Rabu lepas bawak baby Dayana pergi klinik untuk disunatkan.hehehe

Mujurlah dia tak menangis meraung2. Masa doktor sunatkan tu dia cuma "ekkk ekkkk" sikit jek..pestu dah ok dah..

Doktor cakap masa kecik2 cam ni tak terasa sangat. Kalau dah 5 ke 6 bulan cam tu terasa la sakitnya.




Dayana..
Ramai cakap ikut muka ibunye..sama ke? hehehe
Encik suami pon cakap cam muka saya..


Wednesday, December 28, 2011

Pepel pulak dah...

Apa yang pepel??

ni haa...saya dah tukarkan warna blog saya nih. Asik merah je kan.

Tengok kaler pepel pun cun jugak.

Tetiba terjatuh hati yang kaler pepel. Tapi merah tetap dihatiku. Chewah..

Sesekali tukar angin kannnn...ok ke tak?

Tu je nak bagitau. Ok bye..hehehe

Thursday, December 22, 2011

Hari ini adalah hari yang ke empat puluh empat!!!

Yahooooo...44 hari dah...merdekaaaaa...hehehee

Akhirnya hari yang ditunggu2 telah tiba. Selama 44 hari berpantang dirumah, nak ucapkan terima kasih pada mak saya sebab jaga kami anak beranak. Masakkan lauk berpantang dan lain2 lagi. Ni la untungnye duduk dengan mak. hihihi.

Terima kasih jugak buat kakak saya yang bawakkan daun2 tuk mandian , kerepek2 tuk tetamu serta jamu tuk saya.

Tak lupa juga kepada mertua, adik beradik, ipar2, biras2, jiran tetangga, sedara mara dan rakan taulan terima kasih atas kedatangan kamu semua dan terima kasih sebab bawakkan hadiah dan duit tuk baby. ( dah macam ucapan artis dapat awards plak kan?)

Kepada encik suami yang tercinta, terima kasih sebab memahami keadaan isterimu ini ketika berpantang. hhehehe.pasni kita jalan2 jom...wekekeke








Tuesday, December 6, 2011

Pengalaman bersalinkan puteri hati kami, Maria Dayana

Maria Dayana, 2.8kg. masa lahir..
sekarang dah dekat sebulan..
gambar terbaru tunggulah ye..hehee

Ni nak citer sikit saat2 genting ketika melahirkan baby saya ni...genting lah sangat ye? hehehe

Sebenarnya saya dah amik cuti awal pada hari Selasa @ 8.11.11..sepatutnya Jumaat @ 11.11.11 tu saya kene admit wad..kene bersalin paksa sekiranya saya tak bersalin2 lagi...Isnin tu kan cuti Raya haji..jadi saya sambung cuti je lah.

Pagi Selasa tu saya relaks2 lagi..suruh abah saya belikan nasi lemak..teringin sangat masa tu..dah siap makan semua, saya pon mengonlinekan internet kat ruang tamu...chat dengan biras saya...masa tuh memang dah terasa sakit perut macam nak membuang..tapi bila ke tandas, tak der lah nk membuang sangat..

Hari tu memang terasa lapar sesaje..Siap buat maggi lagi tau..hahaha..petang tu cam dah kuat sikit sakitnye..tapi saya anggap tu cuma sakit main2 jek..almaklumlah belum due lagi kan..hahaha..start pukul 8 malam makin kuat lak sakitnye..dalam 30 minit sekali...saya bagi tahu encik suami, tapi dia cakap belum lagi nak bersalin...ngadu kat mak saya pon dia cakap belum lagi..hahaha...saya pon relakskan diri baring2 atas katil..pukul 10.30 malam makin merengat2 sakitnye...terus paksa encik suami bawak pergi hospital..itu pon encik suami cakap pergi esok pagi je..tapi saya tak nak..risau lak kalau jadi pape nanti kan..

Pukul 11 malam sampai hospital doktor check bukaan dah 3cm..legaaa sangat dah masa tu..sebab dalam hati fikir takot doktor cakap lom bukak lagi jek..hehehe...pukul 12 malam masuk wad..doktor check sekali lagi dah 5cm..terus pecahkan air ketuban..bila air ketuban dah pecah, sakitnye pon makin kuat la..tak lama tu terasa cam nak meneran je..saya panggil doktor, saya cakap dah rasa nak meneran ni..doktor pon check dan dah bukak 8cm..masa ni encik suami dah balik sebab tak boleh tunggu lama2..bukan time melawat..nurse cakap kalau nak masuk labour room baru leh tunggu...encik suami pesan kalau ada pape terus call dia..tak sempat nak call, saya dah pon berada di bilik bersalin...Alhamdulillah dua kali teran terus keluar baby girl..masa tu pukul 1.21 pagi..

Dah siap jahit semua, nurse pun pindahkan saya & baby ke wad. Masa tu pukul 2.30 kot..Dan masa tu jugak encik suami belum tahu yang saya sudah pon bersalin. Saya check henpon tengok ada sms dari suami. Encik suami cakap call balik klu ada apa2. saya pun call encik suami..terus cakap yang saya dah bersalin. Terkejut lah encik suami masa nih..hehe..dia cakap cepatnya bersalin..

Alhamdulillah...syukur sangat2 sebab Allah s.w.t dah makbulkan doa saya untuk bersalin dengan mudah..

Esok paginya doktor cakap dah boleh balik petang tu jugak. Lagi lah happy kan..check in sekejap sangat..hehehe. Nak puji layanan nurse2 dan doktor2 di wad bersalin. memang terbaikkkk...banyak dah berubah,..beza sangat masa bersalinkan Qaisz 4 tahun lepas...hospital mana? dah tentulah hospital klang. teruskan layanan mesra anda..hihihi..

Lengkaplah sudah family saya. sekarang saya dah dikurniakan seorang anak lelaki, Azwar Qaiszar dan seorang anak perempuan, Maria Dayana. Semoga kami bertambah bahagia.Saya sayang family saya..(eh..over lak aku nih...hahaha)