Dah lama nak buat entry ni. Dari sebelum bersalin lagi tau. Tapi kemalasan melanda ditambah pula ada bermacam-macam agenda pada setiap minggu.hehehe
Ok. Photoshoot ni masa tengah mengandung 8 bulan. Terima kasih pada group Khataragrafi yang telah shoot gambar kami anak beranak. Photographer termasuklah encik suami saya sendiri. Kalau korang berminat nak tanya harga atau sebarang soalan, silalah ke laman sesawang http://khataragrafi.blogspot.com/. (siapa lagi nak tolong promote kalau bukan isteri sendiri kan...pizza hut jom!!! hehehe)
Bukan apa, masa mengandungkan Qaisz dulu tak merasa nak photoshoot2 nih. Ni bila dah mengandung kali kedua, terus bagitau encik suami tentang hasrat di hati. Bila lagi nak merasa tul tak. Nak tunggu mengandung yang ketiga tak tau entah bila. Rasanya dah dapat sepasang ni dah cukup. hehehe
Photoshoot kat mane?? hmm..di sebabkan perot dah membesar, saya tak berani nak pergi tempat yang jauh2. Takut pula bila tiba2 nak terberanak pulak kan. Kebetulan dekat rumah kawan encik suami tu ada majlis pertunangan adiknya,dan pelamin mini tuk majlis bertunang tu sangat cantik di mata saya. Terus teringin nak amik gambar kat situ. Lantak la apa orang nak cakap kan. Yang penting saya teringin benar. Paham2 lah kalau orang perempuan mengandung ni. Kalau dah teringin tu, memang dia betul2 mahukannya. Ada paham ka?? hehehe..Tapi tidaklah time majlis tu. Kitorang ambik gambar selepas majlis. Time malamnye tuh..hehehe
Layan la gambo eh..tak tau nk tulis apa dah..hehee
5 comments:
aku suka gmbo yg last sekali tue .. siap lentuk2 si qaisz ;-)
alahai.. cutenya qaisz masa letak telinga kat perut awak.. terserlah kasih sayang.. ;)
diana ,
hahaha...disuruh lentuk tu..seb baik mood dia ok..wekeke
klik,
mood tgh ok time tu..wekeke
hehehe..tak lama lg turn zie plak yg buat kak. tunggu kandungan ni dh ke "depan" dulu...baru dpt buat..kehkehkeh :D
btw, u look gojes in red my beautiful sister :)
zie, buat jgn tak buat..kenangan tu kan..hehe..gojes?? haha..klako la zie ni..tang mana gojesnye.wekeke
Post a Comment