Kami gerak awal sehari. Lepas encik suami balik dari kerja hari sabtu tu dalam pukul 3 baru gerak ke melaka. Sewa homestay banglo kat dalam A famosa tu. Ada 8 family dan 6 single dalam rumah tu. Bilik pulak ada 5 bilik. Semuanya ada ekon yer. Seronok tak terkata la kan anak2 termasuklah ibunya sekali. Hahaha...
Sampai sana pon dah senja. Tapi ada family lain yang dah sampai awal. Sebab sabtu tu turn derang tak kerja. Dah siap mandi kolam bagai. Ada yang tengah bakar2 untuk BBQ malam tu. Aku bawak nasi goreng tapi malangnye dah berbau pulak. Ke dalam tong sampahlah jawabnye. Pembaziran sangat. Ada juga aku order roti pizza dengan kakak sebelah rumah . Tapi dalam perjalanan anak2 aku dah makan berapa bungkus ntah. Sampai sanga tinggal 5 bungkus je. hahaha..
Aktiviti malam cuma makan2 BBQ dengan sambut besday anak kawan kerja en suami.. Santai2. Esok pepagi dah kena gerak ke A famosa waterpark.
Sampai sana kita semua di sambut mesra dari bos2 tempat kerja encik suami. Tak lama pon kat sana. Anak2 je yang mandi main air. Dalam pukul 2 petang dah siap2 tukar baju sebab nak ke safari pulak. Ha yang ni baru best. Naik lori yang macam kandang tu..bertutup semua sebab nak tengok binatang2 dalam hutan tu. Lepas tu gerak balik rumah pulak. Kepenatan yer semuanya.
Ni masa on the way g Melaka..
Dah sampai pon.. gelap kan..sebab dah senja.
Antara makanan yang ada malam tu.. Jangan ditanya apa aku makan.
Bila dah banyak2 macam ni memang tak tau nak makan apa dah.. hehehe
Sebelum main air kita makan dulu yer..
Dengan anak3..Alhamdulillah semua dah besar2..
No comments:
Post a Comment