Tuesday, November 2, 2010

Bila SiDia mula bercerita tentang ku...

Chewahhh...tajuk entry tak boleh blah....
korang baca je laa ye....copy paste dari belog my lovely husband..
maluuu aiiii.....(bukan nak membangga ye..tapi terharu sangat2..hehe)
mmmuahhhh ...sayang abang...hiks....



Minyak Rambut Jadi Hebat Kerana Tudung
02 November 2010



Bila membaca satu komen dalam fesbuk seorang kawan, gua terus teringatkan cerita lama. Katanya;

"sbnrnya dia tipu sy bab education ..rendah dari yg dia ckp..sedeihnya hati ini..."

"tapi saya risau kalau saudara-mara dapat tahu..sepupu saya yg x belajar tinggi pun kahwin dgn org yg tinggi educate..tiba2 saya yg high edu kawin dgn ..ntah la..sedeh sgt .."


Siapa orangnya, itu gua tak perlu beritahu. Gua cuma boleh cakap yang dia seorang kawan dalam laman sembang sosial, itu saja. Jadi, sila jangan tanya-tanya gua siapa dia, dari mana datangnya, nombor plet kereta dia berapa, cikgu senaman dia apa nama dan sebagainya. Gua purak-purak main gasing je karang...


Sewaktu gua bujang dulu, gua adalah seorang lelaki yang diakui ramai sebagai kutu kampung kehormat tanpa darjah kebesaran di dada. Boleh dikatakan bukan gua sorang je, malah ramai lagi yang dianugerahkan macam tu. Biasalah orang kita, memang suka label orang sana-sini. Label sendiri cap kucing, tak pulak dia nampak.

Kerja gua tak pernah menentu. Dari kerja penghantar surat, ukur tanah, welding, wiring, sampailah jadi supervisor kilang pun gua pernah buat. Tapi semuanya tak pernah melekat lama. Sampaikan arwah opah gua suruh gua mandi bunga pasal susah bebenor nak melekat kerja. Heh! Heh! Gua buat tak reti je.

Dan sebagai manusia biasa, gue juga butuh hati yang tulus dari seorang cewek (tersampuk drama sinetron kegemaran bini). Sebab pakcik gua cakap, jantan yang takde awek atau tak suka awek ni sebenarnya gay. Hishh..!! Dia sendiri tak kahwin sampai sekarang, takde pulak gua nampak dia pegang tangan jantan. Kelepet maut betul!

Dan setelah bermacam dugaan mahupun cabaran dalam melaksanakan misi 'gatal nak menikah' kitorang (itupun sebab dia sorang je yang nakkan gua, orang lain mintak kereta Ferrari agaknya..), kami pun berkahwin. Bini kerja kerani cabuk, gua pulak kerja kilang yang penuh dengan habuk. Masing-masing SPM pangkat sarjan je. Apedehal? Rezeki ada dekat mana-mana, ye tak? Rajin tak rajin je mencari.

Kalaulah ada orang yang cakap awal perkahwinan semuanya indah, gua tempeleng beliau dengan kadar kelajuan lima ratus tamparan dalam masa sesaat. Tak, gua tak cakap pun kami tak bahagia tapi di zaman materialistik spastik sekarang ni, duit muncul sebelum iman. Ini bukan gua yang cakap, brader jual air tembikai dekat bandar tu yang cakap!

Berapa sangatlah gaji kitorang ni kalau nak dibandingkan dengan duit rasuah. Eh? Terasa ke? Ada gua heran? Ha! Ha! Ha!... Jadi, duit perbelanjaan memang tak 'balance' langsung dengan gaji kitorang yang digabungkan sekali. Macam Tranformers pulak bunyinya! Memang sukar sungguh hidup dengan gaji senipis plastik sampah. Kehendak selalu kalah dengan kemampuan.

Dalam masa yang sama, bini gua selalu berkunjung ke pusat komputer ataupun bebudak panggil 'CC'. Samada nak cari kerja kosong ataupun nak buat 'resume'. Gua kena ikut pasal gua takut bini kena kebas. Siapa tak sayang bini oiii?!!


"Macam mana nak tengok gambar-gambar ni?"

"Gambar apa?"

"Alah, yang selalu ada internet tu.."

"Nak bukak internet ke? Tekan lambang 'E' warna biru tu.."

"Lepas tu?"

"Cari jelah apa yang nak tengok.. Taip alamat dekat atas tu.."

"Nak cari kat mana alamat dia?"


Macam tulah lebih kurang perbualan antara kitorang. Gua nak masuk internet pun tak pandai. Kalau kalkulator tu tahulah jugak! Biasalah, orang kampung macam gua ni bukannya pandai sangat. Gua minum air paip, orang lain minum susu kultur! Mana nak sama taraf, ye tak? Malu pun ada sebenarnya dengan bini gua masa tu.

Lama-kelamaan, gua jadi makin tahu guna komputer. Dari menaip pakai satu jari sampailah menaip macam main piano. Semuanya diajar oleh bini. Bukan tu je, bini gua jugaklah orang yang paling bersusah-payah mencari kerja yang lebih baik untuk gua. Dia jugak orang yang paling banyak bersabar dengan kerenah gua masa gua patah kaki sebab kemalangan, 2 bulan selepas kahwin.

Gua diajar tentang blog sementelah dia pun memang ada blog peribadi. Gua pulak memang suka menulis sejak dari sekolah rendah lagi. Maka dengan alasan suka-suka, gua pun buka satu blog untuk gua menulis cerpen-cerpen rekaan sendiri atau dengan nama glemernya 'syok sendiri'. Inspirasi gua menulis datangnya dari karya Tok Awang Ngah, Tamar Jalis, Ujang dan beberapa lagi penulis tersohor dalam negara.

Beberapa lama selepas tu, gua pulak diundang untuk menulis dalam sebuah majalah satira yang terkenal dalam negara. Terima kasih gua ucapkan pada penulis Nora @ Roseharissa dan juga kartunis Pandan yang bagi semangat serta pertolongan untuk gua maju selangkah lagi dalam bidang penulisan. Dan sekarang, walaupun bukan berada di kalangan terhebat tapi gua sangat berpuas hati dengan apa yang gua dapat. Lebih puas lagi bila hasilnya datang bersama minat gua yang mendalam.

Tak sangka pulak, majalah yang dulunya menjadi bahan kegemaran mata gua, sekarang sudah menjadi tempat untuk gua salurkan hobi gua untuk jadi santapan mata kawan-kawan seluruh negara. Seronok sebenarnya bila kita dapat tahu yang ada orang suka apa yang kita minat. Seorang budak kampung yang tiada apa-apa, cerita-ceritanya dibaca oleh pelbagai golongan dalam negara.

Setelah berkali-kali menadah muka setebal talam meminjam duit dari kawan untuk beli susu anak, berkali-kali meneguk liur melihat orang lain makan nasi berlauk sedang dalam kocek hanya ada sarang labah-labah dan berkali-kali dipandang sangat kecil oleh orang-orang yang senantiasa mahu berdamping dengan 'orang besar', akhirnya gua berjaya naik dengan usaha dan minat sendiri dibantu oleh kawan-kawan yang mahu lihat anak bangsanya terbang tinggi.



Siapa orangnya di sebalik gua sekarang? Jawapannya, bini gua! Berjaya gua dipangku lembut beliau. Kalau bukan dia yang ajar gua, mungkin sekarang ni gua sedang bermain gitar di simpang jalan. Muqadimmah gua panjang sangat, kan? Karate chop je kepala gua kalau terjumpa kat mana-mana!

Apa yang gua maksudkan disini ialah, usah terburu-buru membuat keputusan dengan menilai berapa banyak skrol yang tergulung di dalam tangan. Kejayaan seorang lelaki yang gah dengan rambut yang dilumur minyak rambut berkilat-kilat seringkali dipimpin oleh seorang wanita yang hebat berdiri di sebalik sang lelaki dengan litup-tutup tudungnya yang mengibar lembut.


Kepada rakan maya gua yang dimaksudkan, keputusan di tangan anda (macam kempen pilihanraya pun ada!). Janganlah dinilai kepandaian seseorang dengan mengkasta-kastakan darjat semata-mata mahu mengelak diejek orang. Skrol penuh segedung sekalipun tak berguna kalau tak tahu memimpin dan tak mahu dipimpin. Mana tahu si dia pada suatu hari nanti akan menggegar dunia dan bangga menyebut bahawa isterinyalah yang selama ini berada disisi untuk membantunya naik ke langit!
Bukan gua sengaja nak membangga sebab gua tak rasa apa yang gua ada sekarang patut dibangga. Semuanya atas pertolongan dari kawan-kawan dan juga bini gua yang banyak membantu. Ini cuma secebis cerita yang gua paparkan, Kalau nak diikutkan, banyak lagi cerita gila yang kami lalui sebelum kami ketawa sekarang.

Manusia itu jadi hebat bila sesama mereka menghulurkan tangan. Bukannya menghulurkan duit supaya mereka lekas pergi. Gua tak bermaksud nak menyakiti hati sesiapa. Tujuan gua cuma nak mengingatkan bahawa segagah mana pun lelaki, tetap diampu dengan kelembutan seorang wanita yang tak jemu-jemu memapah.




"Meryll Frost - 'Most courageous athlete of 1945'":

"As he received his trophy, the plucky quarterback unfolded the story of how he 'came back'. He said 'They say behind every great man there's a woman. While I'm not a great man, there's a great woman behind me.'"

(The Port Arthur News, February 1946)

Monday, November 1, 2010

Jom makan free!! ....

Jom kita makan free kat rumah owang kawen jom!!!..kehkehkeh...


Ahad semalam pukul 12 dah gerak ke rumah pengantin..dekat jek..kat kampung sebelah nun...


Meriah betul majlisnye tapi i'm very2 shy ok..nak amik gambo kat sana sikit punya malu..camane ko nak jadi blogger tegar cik puan fieza oittt...hihi


Gambo berkat dr pengantin adola...nak tengok ke??


Jommm!!!






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...