Monday, July 11, 2011

4th Check up

Hari ni saya ada check up. Seperti biasa kuar rumah seawal 6.45 pagi. Sampai2 je memang dah ada orang kat sana. Dapatlah no giliran yang ke 5...

Paling berdebar bila time timbang dan check darah tinggi. Time timbang tu bukan sebab takut atau tak suke berat badan naik..tapi takut kene minum air gula jek. Bukan apa..nak kene cuti banyak kali kan.. takat air gula takde hal la..selamba je telan (ayat berlagak di situu..nyampahhh..hahaa)

Hari ni berat naik 1kg lebih..dalam hati dah gundah gulana sebab yakin nurse akak bagi date untuk minum air gula. Tapi malas hendak memikirkannya kerana selepas timbang berat, akan ada check darah tinggi. Kalau asik pikir je kang, darah tinggi naik pulak ye tak? hehehe

Time check up darah tinggi pula tak boleh nak pikir macam2. Ketika itu saya akan pikirkan yang indah2 dan yang best2 sahaja. Hahaha...Seperti berlari2 berkejaran di tepi pantai bersama suami dan anak2 atau pon membayangkan baby yang comel2 dan kiut.. kehkehkeh..melampau sungguh bukan?? Hasilnye BP saya hari ni ok2 sahaja.

Peringkat pertama sudah lepas. Tiba masanya untuk peringkat kedua pula. Dimana nurse akan check baby dan perut kita. Nurse akan ukur berapa tinggi rahim. Dan memberikan nasihat2 untuk ibu2 mengandung.

Nurse pesan kepada saya bahawa akan ada minum air gula pada bulan ke 7. Oh..saya tak kisah.Ok jek. Sebab lambat lagi kan? hahaha

Nurse check pula gambar scan baby yang saya buat beberapa minggu lepas. Nurse cakap kedudukan uri saya di bawah..Nurse suruh saya berhati2 dan jangan buat kerja berat. Dia nak saya menjadi puteri.hehee.. Kalau ada bleeding kene terus ke hospital. Menakutkan bukan??
Tak apa. Saya yakin bila dah berapa bulan nanti kedudukan uri adalah seperti biasa.

Malas hendak fikir yang bukan2 kerana akan menjejaskan kesihatan saya dan baby. Tak pasal2 darah tinggi pula yang naik. Hmmm...Asalkan saya berhati2 ye tak?

Keputusan check up saya tadi :-

HB- 11.1
Berat - 76.1. kg
Tekanan Darah - 90/60
Tinggi Rahim - 22cm

Semuanya ok. Kecuali bab uri sahaja. Doakan supaya kedudukan uri saya normal ya. Hehehe