Friday, March 27, 2009

Shopping kat Giant

Malam tadi pergi Giant..Beli barang dapur ngan barang Qaisz..
Alhamdulillah tak lebih RM300 pon...huhuhu...
tapi si Qaisz skang ni da x nak duduk kat troley (betul ke eja ni??)...
dukung pon tak nak...dia nak jalan sendiri...tapi saya pegang tangan dia jugak..risau ler kan...
yang tak tahan tu bila saya ngan hubby berhenti nak amik barang, si Qaisz bleh plak tak nak benti..dia nak jalan jer...lepas tu ntah camane masa jalan tu dia terjatuh...time bangun tu dia bleh plak tepuk2 seluar dia..dia cakap kotor..hahaha... yang saya bleh plak buat dek jek.. yelaaa bukan jatuh kt tanah kan.. anak sendiri lagi bertindak cepat dari ibunya..hiks..
time jalan2 kat area mainan tuh dia ternampak basikal ngan motor...dia bleh suruh saya amik motor tuh..adoii nak...mahal tu!!! mainan lain x nak pandang..yang besar2 tu lah yang dia mintak...nantilah ye klu ibu ngan ayah ada rezeki lebih kite beli erk...

Bila dah siap bayar sumer ktorang singgah kedai buku..sebab hubby nak beli buku dia.. saya lak nak carikan buku tuk Qaisz.. masa tu ntah Qaisz nampak apa ntah..dia dok tanya2 saya tapi saya x jawab...dia da geram diaa jerit kuat2 panggil ibuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!!..
hahaha...satu Giant dengar..huhu...sebab Qaisz ni kalau dia panggil kite lepas tu kita x jawab "ya" atau "saya" selagi tu lah dia akan panggil kita...

Lepas tu hubby ajak makan kat FoodCourt..hubby nak makan Sizzling...kt situ kan ada kereta mainan kan..Qaisz ni pantang nampak kereta yang bunyik2 tu..ala..kalau kite masukkan syilling dia akan gerak2 then ada lagu...tapi kt giant tak leh gerak..so dia duduk je lah kt situ sambil main stereng kereta...ajak makan pon tak nak...ajak beli ais krim pon tak nak gak.. last2 dia duduk sorang2 kt situ..saya ngan hubby makan Sizzling..tapi meja yg kami duduk tu x jauh sangat ler dari kereta mainan tuh... sebelah jerk...huhu...Qaisz selamba je main kereta tuh..sambil2 tuh saya suapkan dia ais krim...hehe.. bila ktorang da habis makan nak balik Qaisz lak tak nak balik...x puas main lagi...apa lagi terpaksa le pujuk dia..seb baik dia x mengamuk...haihhhh...

Seronok tengok gelagat anak sendiri..nak2 bila dah besar ni...kejap je rasanya...hiks

Tuesday, March 24, 2009

Renung2kanlah.....

Bagi yang bujang sesuatu i'tibar
Bagi yang belum / bakal berkeluarga suatu pelajaran
Bagi yang berkeluarga perlu mengajar

Wahai SUAMI renungkanlah
Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setaqwa Aisyah
Tidaklah setabah Fatimah
Justeru,
Isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah..
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya
Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya
Setika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya
Seandai isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya
Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita, perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t kerana
Memiliki isteri yang tak sehebat mana
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEH.
Amin..

Wahai ISTERI pula renungkanlah
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad s.a.w.
Tidaklah setaqwa Ibrahim
Tidak setabah Ayyub
Tidak segagah Musa
Apalagi setampan Yusuf
Justeru Suamimu hanyalah lelaki akhir zaman
yang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya
Suami nakhoda kapal, kamu pengemudinya
Suami bagaikan pelakon yang nakal, kamu adalah penonton kenakalannya
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya
Sekita suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya
Seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya
Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t. kerana
Memilik suami yang tak segagah mana..
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga
Bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEHAH
Amin.

Justeru itu wahai SUAMI dan ISTERI Jangan menuntut terlalu tinggi
Seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya SUAMI dan ISTERI
ingatlah: Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah
Andai diri tidak semulia Rasulullah s.a.w.
Tidak perlu isteri secantik Balqis Andai diri tidak sehebat Sulaiman
Mengapa mengharapkan suami setampan
Yusuf Seandai kasih tak setulus Zulaikha
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim Andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.