Thursday, November 9, 2017

Hari Raya Aidilfitri 2017

Assalamualaikum.. dah kenapa baru nak update pasal raya??

Tu laa rajin sangat updat blog kan.. kehkeheh.. nak abadikan kenangan dalam blog x kisahlah cerita tu berapa tahun lepas punya.. lepas ni aku bosan2 boleh belek2 blog kan..

kang peram lama sangat dalam enpon takut plak tetiba enpon wat hal ke..terdelete gambar ke..naya jer..

Ok. bukan nak kata apa la.. dah berapa kali kene bila tempah baju raya dengan tailor berlainan mesti bermasalah. Agaknye aku kene beli siap je kot baru ok. Pestime kene tahun bila ntah boleh tailor tu call sehari sebelum raya. Eh dia sms je cakap baju tak siap lagi. Padahal seminggu sebelum tu dah sms dia. Dia cakap boleh siap. lega skit lah. Alih2 sehari sebelum raya cakap tak dapat siapkan semua. SEMUA ok!! baju aku, baju suami ngan baju anak2. Menangis tepi bucu katil la apa lagi kan.

Duit yang nak aku bayar upah kat tailor tu aku pergi beli baju raya anak beranak kat Giant je. Nasib baik ada satu kedai tu masih ada jual lagi baju  yang sedondon dan ada size kami. Perghh lega.

Kali kedua pulak,  kene ngan tailor lain. Boleh siap boleh siap malam raya x siap2. Dekat kul berapa baru suruh datang ambik. Yang tu baju aku dengan anak dara je. Tapi kan baju aku tu sepatutnya labuh bawah punggung.. Tapi dia buat ngam2 sampai ke perut. Apekedajahnye nak pakai camtu. Nasib ada tempah sepasang kat tailor lain (cina). makanye pakai je la yang tu.

Kali ketiga,  raya tahun ni lah kene. Suami sampai marah. Dia cakap percaya sangat kat orang kan. Tak reti serik dah dua kali kene nak jugak tempah. Yang ni tempah anak beranak siap baju melayu. Baju aku ngan anak dara ok jer. Haa ni pon malam raya pukul 12 tengah malam baru dia hantar tau tak. Baju melayu suami ngan anak lelaki 2 orang tak jadi apa..siap tu siap la.. dah bagi baju contoh siap tulis tang mana kene lebihkan. tapi semua x muat. senteng la..x leh kancing la.. kali ni baru serikkkkkk..

Panjang aku bebel kan. Pengajaran tuk diri sendiri. Tahun depan kita beli siap je lah ye!!

Macam biasa pagi raya kemas2 apa patot sebab malam raya biasa aku dah siap kemas ruang tamu, kuih2 pon dah masuk balang siap bersusun atas meja dah. So pagi raya cuma hidang lauk2 je la. Lepas solat raya makan2 jap lepas tu salam raya pulak ngan mak abah dan suami. Lepas tu balik kampung mertua yang jauhhhhh sangat tu. Jauh la sangat kan.

Sampai sana tiada aktiviti lain melainkan makan dan makan. bergambar, salam raya, bergambar, dan seterusnye bergambar lagi,

Lepas asar gerak balik sebab adik badik aku dah sampai rumah. Lepas tu tak ingat citer raya kedua dan ketiga.. Dah ni jer nak citer. huhuhu

Malas nak susun gambar..layan je lah yer..

Ni dengan family mertua.


Keluargaku..



Dengan Suami tersayang..hehee


Ni menantu2 dengan mertua.. 




Thursday, February 23, 2017

Beriadah di Taman Setia City Mall

Kejadian berlaku dua minggu lepas berturut2 ayah mertua ajak kami ke Setia City Mall.

Shopping?? No no no... tapi berkelah di taman yang indah.. sejuk je mata memandang...tengok buih2 belon berterbangan di udara..hahaha


Suruh duduk diam tak mau.. ni la jadinye...


Ni anak no 3 saya.. Anas.,
bukan..bukan..dia bukan Tuan Anas Mikail..
hehehe



Potret keluarga..tapi buih belon je yang nampak..hehee
Yang saya pangku tu anak buah encik suami..



Hitam putih kehidupan.
hehehe

Sebenarnya banyak lagi gambar yang di snap.. tapi malas nk transfer dari enpon..yang ni ambik dari fesbuk saya jer.. pemaleh ko kan.. 

Monday, February 6, 2017

Kenduri kawen dan mandi manda di Wet World



Entry pertama tahun 2017. Kahkahkah
Tahun lepas punya entry pon berapa ketul je kan. Bertabahlah...
Eleh,,macam ada yang baca je blog ni kann.. 

Ni ha kesah cuti raya cina hari tu.. hari sabtu pepagi dah kuar pergi beli barang dapur.
Malam nye pulak ke kenduri jiran. Anak nye kawen. Tak dapat pergi Ahad sebab ahad pulak nak ke kenduri kawen opismate encik suami.



Ni ngan anak dara sorang ni ha.. nak pergi kenduri kawen kat umah jiran..



Hari Ahad pulak kami ke kenduri kawen kawan keje encik suami.. kat Pulau Indah je..kenyang makan kenduri je la kan.. hehehe,.. 
Ni anak2 kami.. dulu masa mula berblog ada sorang anak je. Sekarang ni 3 dah anak kami.. 
dah besor2 pon kan.. mak nye pon makin membesor jugak berlawan2 ngan encik suami..hahaha



Petang ahad tu ke rumah mertua jap.lepak2 kat sana ngan ipar duai dan biras2.. melayan anak2 buah..memasing seronok sangat sebab dah lama tak berkumpul ramai2. Dah tu ayah mertua pulak tetiba ajak ke mandi manda kat Wet World esoknye. Bila ayah dah ajak anak2 lelaki semua tak leh ngelak2..makanye bini2 tumpang happy..hahaha..

Terima kasih lah ayah n mak belanja kami semua.. semoga murah rezeki dan diberikan kesihatan yang baik2..

 Sempat bergambar ngan Shida je.. lepas tu kene simpan enpon sebab anak2 dah x sabar nak mandi manda...hehee

Ni je la gambo yang ada pon.. kekeke.. 



Ni encik suami ngan Maria dan Anas.

Ape2 pon kami semua happy sangat dapat berkumpul ramai2 macam ni.. anak2 pon happy..atok n nenek pon syok tengok anak cucu berkumpul.. 



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...