Friday, October 30, 2009

Mintak pendapat : Anak umur 2 tahun kena berpuasa start pukul 2.00 pagi

Salam pagi Jumaat semua. Wah!! tajuk panjang lebar ye tak? Seperti yang uols tahu, anak saya Qaisz akan menjalani "Minor Operation" pada 10/12/2009. Minor Operation untuk pesakit "Underscended Testis" dimana telur sebelah kanannya tak turun sampai ke bawah (kerandut).
Jadi doktor cadangkan untuk membuat pembedahan bagi menurunkan telur tersebut ke tempat yang betul kerana kalau ianya dibiarkan akan menyebabkan kanser.

Oleh sebab Qaisz akan dioperate pada 10/12/2009, doktor suruh Qaisz berpuasa start pukul 2.00 pagi. Dan hanya boleh makan dan minum selepas habis operation. Jadi, saya nak mintak pendapat atau pon cara2 atau pon pengalaman anak2 uols yang pernah kena operation pada umur 2 tahun.

Sebab Qaisz ni kuat minum susu, selalu dalam pukul 3 , 4 pagi dia akan mintak susu. Qaisz plak tak suka hisap puting. Jadi camana cara untuk saya elakkan dari dia minum susu sepanjang waktu dia berpuasa tu? Kesian pulak nanti. Mesti dia akan menangis kalau saya tak bagi dia susu.

Dalam pukul 5.30 pagi, kami akan bersiap2 untuk pergi ke hospital klang. Sebab nak kena daftar sebelum pukul 7. Pukul 7 pagi tu kami dah kena ada kat tempat pembedahan tu. Kalau Qaisz bernasib baik dia dapat lah no1. Kalau tak terpaksa lah nak tunggu sampai turn dia tiba.

Tolongnya kawan2 semua. Saya perlukan pendapat / cara / pengalaman anda semua.

Wednesday, October 28, 2009

Akhirnya dapat gak tengok PAPADOM

Yahoooo...orang lain dah tengok citer ni berkali2 tapi aku baru je tengok hari tuh...
aku kuar dating ngan En Cerpelai berdua2an kat Jusco.. En Cerpelai laa ni buat kejutan di pagi2 buta. Aku dah siap2 pakai baju semua..en cerpelai masa tu tengah mandi..dah habis mandi tetiba en cerpelai cakap cam nie:-

En Cerpelai : hari nie bleh cuti tak yang?
Aku : kenapa?
En Cerpelai : boleh ke tak??
Aku : ok je no hal.. (tak leh pk lama2..nnt en cerpelai tutup offer)
tapi nak kemana?
En Cerpelai : tgk wayang
Aku : ok2..nanti ayang tepon opis.lalalalalaa...(jgn ikut perangai aku tau)

Ntah mimpi apa ntah En Cerpelai malam tuh..bangun pagi terus suruh cuti sebab nk ajak tgk wayang. Kuar dari rumah cam biasa tuh..8.30 pagi dah kuar..takut Qaisz perasan yang mak pak nye tak keje hari tuh..kata nak dating kan..hehhee
Bila dah kuar tak tau nak g mana..mula2 sarapan dulu kat mamak. Habis sarapan terus ke Jusco. Tapi baru kul 9.30 pagi. Malas nak tunggu lama2 kitorang terus pergi CC..mentenet jap kt situ..
Dah kul 11.00 baru gerak ke JUsco. Terus beli tiket wayang. Tapi citer PAPADOM start kul 3.25 petang...adoiiii...jenuh la round2 satu Jusco. Ktorang tengok2 baju, kasut, handbag...g makan lagi..hehee

Bila dah pukul 3.00 terus menuju ke panggung. Citer habis ngam 5.30 kot..pestu ktorang terus balik..hahha...cam pergi keje kannn...wekeke...

Citer PAPADOM ni memang best..klakor sangat..tapi part last tu tanpa kusedari air mataku jatuh berguguran ke pipi...wakakaa...seb baik aku cepat2 lap..klu tak mesti kene gelak ngan EN CErpelai...I ni kan ciwekk..wakakaka...

Papepon terima kasih ye sayang sebab bawak ayang kuar jalan2 tengok wayang...dan terima kasih sebab sanggup melayani kerenah bini mu yang mengada ini...hahaha....happy sangat hari tu...hiks

Tunggu Qaisz 4 tahun baru bleh bawak dia tgk wayang..sebab skang ni Qaisz takut kat tempat2 gelap..pestu dia akan nangis klu dengar bunyik yang kuat2 ni..so, ktorang tak berani nak cuba bawak dia tgk wayang..kang baru je duduk dah kene kuar balik kang..hehee