Monday, December 7, 2009

Lagi 2 hari je Qaisz nak operate

Lagi 2 hari je Qaisz nak kene operate...tapi perasaan aku sebagai ibu dia sendiri pulak yang rasa semacam jek....



Baru saja Doktor dari hospital klang call aku tadi...terkejut aku sebab dia terus cakap cam ni:-

"Ini ibu Azwar ke??..." terus lajuu je jantung aku tau..sebab doktor tu tak kenal kan diri dia dulu...aku dah terpk anak aku kat umah tu jadi pape ke..uisssss....

pestu aku jawab "Ye saya ibu dia..kenapa ye?"

doktor tu jawab lak " Saya Doktor daripada hospital klang..nak buat pengesahan hari khamis ni dapat datang ke tak..lepas tu nak sunatkan sekali ke?"

"InsyaAllah kami dapat datang..tapi tak nak sunat sekali..cuma nak operate telur tu jek..Lagi satu doktor, berapa orang nak kene operate hari khamis ni?? pestu ada tak yang lagi muda dari anak saya??" ~ panjang kan aku tanya..hehehe

" Dalam 6 orang je..wat masa ni anak puan yang paling muda..kite akan operate yg paling muda dulu laa"

lepas tu aku tgk doktor tu cam nak cepat je kan..aku terus cakap "ok lah"..hehe..

Fuhh..lega...memang aku harap2 sangat Qaisz orang yang pertama kene operate hari khamis ni...yelaa..sebab dia kene puasa...takkan nak tggu lama2 kan..operate start kul 8..tapi kul 6 pagi da kene tercegat kt spital sebab nak kene register dulu..pukul 7 tepat kene ada kt wad bedah tuh...


Kepada kawan2 blogger semua mintak tolong doakan Qaisz ye supaya operation ni berjalan dengan lancar dan supaya Qaisz cepat sembuh.. Harap2 dia ok la masa kene puasa nanti...huhuhu
- start Khamis ni aku dah cuti sampai hari Isnin...-