Wednesday, September 7, 2011

Kisah 7 bulan dan sewaktu dengannya


Posted by Picasa

Belum nak cerita pasal raya lagi ye. Tengok blog sana sini pon masih ramai yang tak habis citer pasal raya. Wekeke. Ada yang tak citer lagi pon cam blog saya nih. Kehkehkeh.

Kita cerita pasal perutku yang sedang membesar ngan jayanya ye. Alhamdulillah sekarang dah 7 bulan lebih. Baby semua ok. Ingatkan dah 7 bulan takde la kene apa2. Mabuk2 tu memang dah takde. Tapi boleh pulak kene penyakit lain. Saya rasa tak payah la nak sorok2 penyakit ni ye. Sebab doktor cakap ramai jugak yang kene penyakit ni time mengandung.

Saya kene buasir tau. (Oh..malunya nak citer..tapi takpe..kite share jugak..mana tau ada yang pernah kene leh la bagi petua2 ye tak?)..hehe. Start kene lepas makan vitamin Iron tu. Sebelum ni makan Obimin je. Tak de pulak susah nak membuang. Start nurse bagi Iron tu jadi cam sembelit. Bila da sembelit najis pon keraslah. Time tu lah terus kene buasir. Nurse lupa nak bagitau yang Iron tu bileh keraskan najis. Nurse lagi satu suruh stop makan Iron. Sekarang ni sambung makan Obimin pulak.

Pergi klinik dah berkali2. Tapi masih cam tu jugak. Doktor cakap tak boleh nak buat apa. Mulalah dok risau memikirkan sama ada boleh ke tidak bersalin normal. Buatnya time meneran tu terkeluar benda lain haruu je kang. Bila tanya kat nurse2 ngan doktor2 mereka cakap boleh je bersalin normal selagi buasir tu tak berdarah. Nanti dah lepas jahit, nurse akan tolong masukkan balik.

Kalau tak sakit tu tak pe lagi. Ni sakit sangatttt. Ada satu masa tu memang perit, pedih semua ada la. Nak duduk pon x boleh. Nak tidur pon tak boleh. Dok beristigfar je time tu. Air mata pon meleleh2 jek. Dah lah kene time raya. huhuhu.. Sabarje lah kan. Hari isnin lepas pergi check up dekat gomen. Terus bagi tau masalah ni pada nurse kat sana. Kebetulan jumpa doktor gak petang tu sebab doktor nak scan. Doktor bagi ubat peluru tuk masuk dalam tuttt kite. Alhamdulillah dah tak sakit. Cuma benda tu masih ada lagi ye sebab ia membengkak.

Tak pe lah. Saya terima dengan redha diatas ujian dan dugaan yang diberi olehNYA ketika ini. Mana tau time bersalin nanti ada hikmahnye kan. Kot2 sakit bersalin tu kejap je. Tup2 baby dah kuar. hihihi...Amin....

Terima kasih lah bebanyak pada encik suami sebab memahami keadaan isterinye nih. Tak lupa juga mak saya yang asik risau tentang keadaan saya sehinggakan dia tak bagi saya buat apa2 kerja rumah walaupon mengangkat bakul susu anak. Apatah lagi nak kemas cawan2 bila tetamu datang beraya. Semuanya mak saya buat sendiri. Kasih mak pada anak memang tinggi nilainya. Sayang makkkkk!!!! huhuhu


Selitkan gambar time raya ye..hehee
perot ku ketika ini..hehehe

Masa check up hari tu Alhamdulillah semuanya ok. Tekanan darah ok. Darah pon ok 11.8..huhuhu..berat saya skang sudah mencapai 79.2kg. Air ketuban ok. Kepala baby pon dah kat bawah. Tapi kadang2 naik atas jugak. Sekarang dah kene kira pergerakan baby. Buku merah dah kene usung kesana kemari lah jawabnye ye.

Dari segi persiapan untuk ahli baru kami pulak, ada lah dalam 80% dah siap. Bab baju2, kain lampin, tilam baby semua dah ada. Yang belum beli cuma barang yang kecik2 je. Pampers, set mandian baby, sabun basuh baju baby, minyak2 baby, tempat sidai baju baby ngan katil baby.
Katil baby ni mungkin beli lepas bersalin nanti. Kita beli yang penting2 dulu. hehe.Untuk saya pulak, cuma baru ada kain batik je. Tu pon di sponser oleh mak saya. wekeke. Set bersalin, bengkung, tukang urut tu kite settle kemudian lah ye.

Next enrty citer pasal raya pulak.....