Tuesday, July 22, 2008

~ Pelbagai Resepi Pizza

Ok...kali ni fiza nk letak resepi buat pizza...mana lah tau kan tetiba terasa nk buat pizza sendiri..almaklum ler...klu makan pizza hari2 kt pizza hut tu rasenye bleh kering poket ye takkk??...
jom kite tgk resepi2 nye....



PIZZA

Bahan
500 tepung gandum...........]
1 paket yeast mauripan........] gaul rata
1 s/k gula..........................]
1 s/k garam........................]
1 s/b majerin/spry
1 cawan air suam
1/2 cawan minyak

cara:

1. Gaul rata semua bahan sehingga betul2 lembut.
2. Tudungkan adunan dgn kain lembab sehingga adunan naik 2 x ganda.
3. Tumbukkan adunan (untuk mengilangkan angin) dan bahagikan adunan kpd beberapa ketulan.
4. Bulatkan adunan dan leperkan mengikut besar yang dikehendakki.
5. Biarkan adunan naik sedikit (lebih kurang 15 minit) dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan 180 C selama 10 minit.
6. Keluarkan dan taburkan bahan yang disediakan...ikut pilihan yang disukai.
7. Bakar lagi sehingga nampak keju mozzarella cair.


INTI PIZZA

bahan
2 ketul dada ayam atau 250 gm daging kisar
1 bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji capsicum kecil
3 keping nanas -
1 cawan cendawan butang [belah 4]
2 biji tomato
100 gm parutan keju mozzarella
1 s/b minyak
3 s/b cili sos [jika nak pedas..tambahkan cili mesin]
1 cawan tomato sos
1 s/k serbuk daun aregano
garam

cara
1. Potong dadu semua bahan.
2. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
3. Masukkan ayam dan tambahkan garam serta daun aregano, tomato sos dan cili sos.
4. Kacau hingga ayam empuk. Biarkan sehingga pekat.
5. Ratakan inti atas doh yang sudah di sapukan tomato sos.
6. Aturkan tomato, capsicum, cendawan, nanas dan sedikit keju di atas ayam.
7. Bakar hingga masak dalam suhu 180'C
8. Taburkan lebihan keju dan bakar sekejap hingga keju cair
9. Hidangkan.

NOTA:
sekiranya mahukan inti lain boleh dipelbagaikan mengikut cita rasa sendiri.
antaranya rendang daging..sambal udang..sambal sardin dan sebagainya..

PIZZA SEGERA (Resepi kak liza)

Bahan-Bahan:
4 biji roti burger [belah 2]
5 s/b tomato sos
100 gm keju mozzarellla [dipotong halus]
majerin
1 tin kecil sardin
1 biji tomato [cincang]
2 biji cili merah [cincang]
1 labu bawang besar [cincang]
1 s/k lada sulah
serbuk daun aregano
garam

Cara:
1. Sardin di hancurkan sampai halus dgn sedikit air sardin (dalam 1 - 2 sudu). Masukkan lada sulah dan garam secukup rasa.
2. Sapukan majerin dalam loyang yg nak digunakan.
3. Susunkan roti dalam dulang pembakar.
4. Sapu sedikit sos tomato atas roti yg sudah disapu mentega & letak sedikit sardin yg telah dihancurkan tadi.
5. Rata-ratakan sardin atas roti & letakkan bahan sayuran dan juga keju mozzarella.
6. Bakar dalam oven dalam 10 minit. Oleh kerana roti biasa ni nipis, kalau suka garing, bakar lama sikit. Hidang ketika masih panas.

NOTA
Kalau tak suka sardin, boleh ganti dgn tuna. atau serunding atau sambal udang..


PIZZA BASE

Bahan-bahannya

250 gram tepung roti
250 gram tepung gandum
1 sudu makan yeast
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
1 1/2 sudu besar minyak canola/ sayuran
320 ml susu segar

Cara-caranya
Bahan-bahan dicampur dan diuli sehingga licin dan lembut. Perap selama 30 minit, kemudian tumbuk dan uli lagi sedikit dan bahagikan kepada 3 bahagian (satu 300 gram). Canai bulat dan kemudian perap selama 30 minit supaya ia naik. Bakar dalam oven setengah masak selama 5-10 minit pada suhu 180 darjah C.

Bahan untuk Topping
bawang putih
bawang merah
daging cincang
bunga kobis
jagung muda
cendawan butang
baked beans
mozarella cheese, diparut
Kraft Cheese Strings
Sos - ikut citarasa

Cara-caranya
Tumis bawang putih dengan sedikit minyak, masukkan bawang merah yang telah dihiris halus, masukkan daging cincang, letak sedikit garam dan serbuk perasa secukup rasa. Masukkan sayur-sayuran, bunga kobis, jagung muda, cendawan butang dan tumis setengah masak. Topping telah sedia untuk digunakan.

Untuk membuat pizza yang mempunyai cheese sides, lepas canai letakkan Kraft Cheese strings dan kemudian tutup dengan adunan tepung. Kemudian bakar setengah masak, kemudian sapukan dengan sos (selalu Diana gunakan sweet sour sauce yang dicampur dengan sedikit gula) ini selalu main campak2 sosnya. Taburkan sedikit parutan mozarella cheese (supaya bila letak topping tak berterabur), letakkan topping sayur campuran, kemudian letak baked beans dan akhir sekali tabur parutan mozarella cheese.

Topping pizza boleh dipelbagaikan seperti menggunakan hotdog, nenas, daging ayam belanda (turkey), frankfurters dll. Creative sikit mencuba dan ia akan menghasilkan pizza ikut selera keluarga anda.



21 comments:

~Eila Nur Kaseh~ said...

fiza..
eila mmg suke makan pizza..
br je kelmarin makan pizza terbaru yg ade jeruk tu..hehe..nak makan pandai..nak buat malas..hehe

Fieza a.k.a ibu Qaisz + Dayana + Anas said...

eila...sedap ke pizza baru tuh...hehe
fiza pon sama gak eila..makan pandai...nk buatnye malas...
resepi je bukan main melambak...hahahah

Ross Safina Hor said...

thanks for the delicious pizza....resepi. Puasa-puasa ni, rajin sikitlah nak buat makan utk anak-anak. Kalau tidak, oeder sjalah.he...he...he...

syuha said...

em....thank ar bg rspi ni....nanti klu rse nk mkn blh la buad sndiri..ta pyh bli da...

Alimaz-Kembara Terasing said...

mintak resepi ya.....

Anonymous said...

SALAM.. MINTA IZIN SALIN RESEPI YE.. HARAP DIIZINKAN DAN DIHALALKAN..

Anonymous said...

ala baru jer nak copy..nak try mlm nie..huhu

arisa said...

salam..
nk tanya beberapa soalan...harap sudi jawab ^_^
1.klu x guna daun oregano tu takpe x?
2.pastu,utk keju,ganti dgn keju spread je ok x?
3.sos tomato mmg lg byk dr sos cili ea?kre x nk bg pedasla ea
4.ltk sos tomato da byk...pastu ltk tomato lg...x masam ke?
maaf krna byk soalan...bru nk try msk pizza...hrp dpt jwb sumenya...arigato ^_^

Ummi Ayein said...

Salam, mohon copy ur resepi... nk try mlm ne, insya-ALLAH...

fiza said...

nak best lagi, buat pizza dalam TUPPERCHEF FRYER TUPPERWARE..pasti puas ati..
http:tupperfun.blogspot.com

Anonymous said...

macam best je..nk try wat la. TQ ye bg resepi :)

Anonymous said...

keju ni beli di mana ye??
maklumlah tinggal d kampung....

Shiela Luddin said...

wahhh hebak nehhh buat pizza...nampak kemaen menyelerakkan lagikk..ini baru nampak belum rase lagikk...mesti sedap tak hengat nehh..:)

tgk cheese melelehhhh..:P

Anonymous said...

Mohon copy. sebab nampak menarik. dah 60 umur baru nak cuba buat sendiri. copy dulu, nak buat belum tentu. salin tu malas sikit. Kalau copy pun nak minta tlg anak gi kedai printkan sebab komputer kita xde printer. nak cari bahan pun nak ajak anak gi, itupu kalau ada yang dtg kerumah. Halalkan ye

Anonymous said...

wah...nmpak sgguh menyelera kan...mohon copy yer...:P

suriani ismaill said...

menarik...nak n cuba buat terus.....tq fiza

suriani ismail said...

MASA TUK MENCUBA TERUS

Unknown said...

As'salam..minta izin copy resepi ni yea...nk try bt utk anak2...tima kasih

Anonymous said...

mtk copy

Anonymous said...

Minta copy resepi, baru nk try buat..;-)

Anonymous said...

Minta copy resepi n minta halalkan.:-)