Friday, October 30, 2009

Mintak pendapat : Anak umur 2 tahun kena berpuasa start pukul 2.00 pagi

Salam pagi Jumaat semua. Wah!! tajuk panjang lebar ye tak? Seperti yang uols tahu, anak saya Qaisz akan menjalani "Minor Operation" pada 10/12/2009. Minor Operation untuk pesakit "Underscended Testis" dimana telur sebelah kanannya tak turun sampai ke bawah (kerandut).
Jadi doktor cadangkan untuk membuat pembedahan bagi menurunkan telur tersebut ke tempat yang betul kerana kalau ianya dibiarkan akan menyebabkan kanser.

Oleh sebab Qaisz akan dioperate pada 10/12/2009, doktor suruh Qaisz berpuasa start pukul 2.00 pagi. Dan hanya boleh makan dan minum selepas habis operation. Jadi, saya nak mintak pendapat atau pon cara2 atau pon pengalaman anak2 uols yang pernah kena operation pada umur 2 tahun.

Sebab Qaisz ni kuat minum susu, selalu dalam pukul 3 , 4 pagi dia akan mintak susu. Qaisz plak tak suka hisap puting. Jadi camana cara untuk saya elakkan dari dia minum susu sepanjang waktu dia berpuasa tu? Kesian pulak nanti. Mesti dia akan menangis kalau saya tak bagi dia susu.

Dalam pukul 5.30 pagi, kami akan bersiap2 untuk pergi ke hospital klang. Sebab nak kena daftar sebelum pukul 7. Pukul 7 pagi tu kami dah kena ada kat tempat pembedahan tu. Kalau Qaisz bernasib baik dia dapat lah no1. Kalau tak terpaksa lah nak tunggu sampai turn dia tiba.

Tolongnya kawan2 semua. Saya perlukan pendapat / cara / pengalaman anda semua.

5 comments:

Diana (Mama Adam Mukhriz) said...

alahai siann lak kena pose x leh mkn apa2... x der pengalaman ler .. kot kawan2 leh ada idea ..help pls

farr@ said...

Cian la Qaiz nk kena pose... xsampai hati nanti ble tgk dia merengek nk susu

eza said...

no idea la...
tunggu kengkawan lain kasi pendapat...

ilhamzamry said...

op ni kat mana fieza?? klu kat gh mmg kena kuat siket sbb before tu dia check anak tak boleh selesema, saya ngan ielham dulu pun admit kat gh pada awalnya tapi ielham tak selesa ngan keadaan kat sana so dia meraung2 kat wad....kami kena balik ngan opoiment baru, memandangkan saya pregnen dah nak sampai bulan so kami decided dia terus ke kpj...insyaAllahhh semua akan jadi baik...saya doakan untuk baby qaisz

viruspadu said...

biar betul suh budak2 puasa
adoilaaaaaaa

kalau mcm ni kena hati kering laaa

kena pujuk2 selalu

alahai sian dia

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...