Wednesday, March 11, 2009

Balasan tak mandi hadas

Dapat info ni dari pcm.com
jadi kengkawan sumer, janganlah buat2 lupa nk mandi hadas ye...
hihihi....

Assalamualaikum,

Sedikit pedoman buat tatapan. Dalam sebuah riwayat menceritakan pada masa dahulu, ada seorang lelaki sangat alim lagi warak. Lelaki itu menceritakan tentang suatu kejadian ngeri yang dihadapi oleh seorang lelaki yang tinggal sekampung dengannya ketika menemui maut.

Selepas dikapan dan disembahyangkan, jenazah lelaki itu pun
dibawa ke tanah perkuburan untuk disempurnakan pengkebumiannya. Semasa jenazah itu sampai di tanah perkuburan, keadaan dan suasana di situ begitu sepi sekali. Manakala liang lahatnya sudah sedia menanti di depan untuk dikebumikan jenazahnya.

Kemudian kaum kerabat dan sahabat handai lelaki berkenaan menurunkan keranda mayatnya perlahan-lahan ke dalam liang
lahad tersebut. Sebaik sahaja mereka hendak meletakkan jenazah itu, tiba-tiba mereka begitu terperanjat apabila terlihat seekor binatang
yang sama bentuknya seperti kucing sudah berada di dalam kubur itu. Apabila melihat binatang berkenaan, para jemaah terperanjat dan tercengang. Inilah pertama kalinya seekor binatang berada di liang lahad, menunggu mayat di kebumikan.

Beberapa orang dari kaum kerabat cuba menghalau binatang tersebut tapi hampa malah binatang itu terlalu bengis dan gerun, kukunya yang tajam mencakar-cakar batang kayu yang dijolok ke arahnya. Binatang itu tetap berdegil dan terus bertahan di dalam liang itu dengan mata yang memancar-mancar menampakkan kebengisan laksana harimau yang memerhatikan mangsanya.

Akhirnya kaum kerabat lelaki itu mengambil keputusan untuk menggali satu liang lahad yang baru bagi mengelakkan jenazah disimpan bersama-sama binatang misteri itu. Setelah siap digali dan para jemaah pun mengangkat jenazah ke arah liang lahad dan cuba menurunkan keranda perlahan-lahan.

Alangkah terkejutnya mereka apabila didapati binatang ganjil itu sudah pun berada di dalam lubang itu. Setelah gagal mengusir binatang itu buat kali keduanya, akhirnya kaum kerabat lelaki itu mengambil keputusan untuk mengkebumikan jasadnya dengan binatang tersebut.

Sebaik saja tanah ditimbus separuh liang lahad, para jemaah terkejut bila satu bunyi yang menghairankan keluar dari kubur tersebut. Bunyi itu seakan-akan daging dan tulang jasad si mati itu dicakar dan dipatahkan oleh binatang buas, bunyinya amat menakutkan setiap yang berada di tanah perkuburan itu.

Seorang alim lalu menemui isteri lelaki itu dan bertanya adakah ada perbuatan yang buruk pernah dilakukan oleh si mati semasa hayatnya. Isteri lelaki itu lalu memberitahu yang suaminya merupakan seorang lelaki yang baik budi pekertinya, tetapi sepanjang perkahwinan mereka, suaminya itu tidak pernah menyucikan dirinya dengan "mandi hadas" setiap kali selepas melakukan persetubuhan. Dalam riwayat lain, orang yang tidak mandi hadas Junub/besar) apabila dia mati, mereka ini akan
diberikan pakaian hina dan terlaknat dari neraka.
Mandi junub adalah satu mandi yang sangat dituntut dalam Islam.

Walaupun sesetengah orang kita memandangnya remeh tapi ketahuilah azabnya tak kurang pedih dan kalau nak rasa....Sila- silakanlah. .....

Wassalam.

9 comments:

Encik Cerpelai said...

Semenjak dua menjak tiga belas menjak ni asik ceramah je?..
Pehalnya?.. Nak jadi wanita muslimah dah ke?..

helena's said...

ngerinye..bagus entry ni..same2 amik iktibar,,

fieza a.k.a ibu azwar qaiszar said...

Somiku Tersayang,
saje je nak berkongsi ilmu...
nak menuju kearah kebaikan..

Menjadi Wanita muslimah tu kan impian setiap wanita..InsyaAllah...
Doakan ler supaya suatu hari nanti isterimu ini menjadi wanita muslimah..Amin...

fieza a.k.a ibu azwar qaiszar said...

Ms hel,
tu ler...jangan lah nk perlekehkan mandi2 hadas ni...

~Eila @ Along~ said...

betul tu fiza..mandi hadas penting..kalo tak mandi junub ni..umpama lepas berak tak basuh leee..hiks..kotor..hehe

ijan@2 ummihakimi said...

tu ler..
banyak orang yang amik "sedapnyer" jer....
yang kesinambungannyer tu dipandang ringan.....
PADAHAL WAJIB!!!!
NAUZUBILLAHI MIN ZALIK....


Aku doakan semoga kiter semua menjadi WANITA MUSLIMAH...INSYAALLAH..

Thanks fieza for sharing....
Sharing is caring...

fieza a.k.a ibu azwar qaiszar said...

eila,
hihihi....betul gak tu erk eila..

fieza a.k.a ibu azwar qaiszar said...

ijan,
tu ler pasal..tau nk sedap jek..
hiks..

ye jan..semoga kite semua menjadi WANITA MUSLIMAH...

alah..untuk panduan kite semua..
bukan sesuka nk letak..
kadang2 kite pon tak tau kenapa kene mandi hadas?..apa jadi klu x mandi hadas?...tul tak...

SyaNa said...

good info..
tp mmg ade yg pandang remeh isu ni..
kkdg da abis peod pn lengah2 kan mandi hadas..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...