Tuesday, October 9, 2018

Hari Raya Aidilfitri 2018

Tiber je citer pasal raya... dah berapa bulan berlalu weiii..aduilah.. penyakit malas nak update blog menjadi2..tapi gambar2 raya tetap kene masuk dalam blog untuk kenangan akan datang ye tak.

Seperti raya yang lepas-lepas jugak. Rutin tak beza mana pon. Malam raya dah tolong mak masak untuk lauk raya. Buat kek, kemas rumah, susun kuih kat meja. Keje aku lah kan sape ke lagi nak buat nye.. huhuhu..

Pagi raya bersiap-siap sementara tunggu orang lelaki balik dari masjid. Lepas salam raya dengan suami, mak dan abah barulah gerak ke rumah mertua. Pon tak kemana jugak. Lepak di rumah saje. Memang tu lah rutin nye pon pakai baju raya cantik2 tapi hanya untuk amik gambar jer. Hahaha.. jadi la kan..dari nan hado.. kekeke

Ni je yang ada untuk kami anak beranak. masing2 dah kepenatan berlengas 
bagai.. kami team hijau emerald ya..

Ni je la kakak2 yang saya ada. Dua orang je pon..Kakak no 3 dan no 4..

Dengan mertua dan ipar duai serta anak2 buah.. 


bagi can la kami nak bergambar berdua..hehehe..

Yang ni bergambar dengan kakak2 saya dan suaminya..

Melayan anak buah yang ting tong.. hahahahha

Dah kenapa muka kau berlagak sangat fieza?? kekeke

Gambar berterabur... agak malas nak betulkan.. sekian cerita raya 2018 saya.. muahahaha...
Ko memang nak update blog setahun sekali kah??
Ermmm mungkin ya mungkin tidak..kekeke


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...