Thursday, September 30, 2021

Rindu blog :)) Bebel kejap....

 Assalamualaikum semua...


Dah lama tak berblog. Rindu pulak nak menulis blog. Sihat ke semua? Almaklumlah musim2 virus melanda dunia ni kan. Didoakan pada  yang sedang positif covid semua diberikan kesembuhan dengan segera dan dipermudahkan urusan kalian semua. 

Sudah masuk tahun kedua kita melawan virus ni kan. Sekejap2 PKP, kejap2 PKPB, kadang2 PKPD.. Nak buat macam mana kita ikut sajalah apa yang kerajaan cadangkan tu moganya semua baik2 untuk kita kan.

Dah vaksin ke tu? Alhamdulillah saya dah sempurna dua dos. Suami, emak dan abah saya pon dah cukup dua dos. Harap2 berakhirlah virus ni dengan cepat ye tak. Bukan apa kesian dengan anak2 yang jauh merantau tak dapat nak jumpa mak bapak berbulan2 ada yang bertahun sebab tak dapat nak merentas negeri. Begitu juga abang saya yang berada di Perak dah lama tak berjumpa dengan kami semua. Abang saya pulak frontliner. InsyaAllah satu hari nanti kita semua dapat berjumpa dan berkumpul bersama keluarga. Mudahan dalam masa terdekat ni dapatlah merentas negeri ye. Bukan nak bercuti pun tapi yang utamanya nak berjumpa dengan orang keluarga dikampung. 

Bersyukur jugaklah saya ni tinggal serumah dengan mak abah saya dalam keadaan sekarang ni sekurang2nya saya dapat tengok2 kan mak abah saya depan mata saya. 

Yang nak pergi bercuti tu jangan lupa SOP ya. Dari tahun lepas macam2 dah kita semua lalui. Keluarga saya pon tak terlepas dari diuji dengan virus ni. Beberapa ahli keluarga ada yang positif dan alhamdulillah kembali sihat. Al-fatihah juga buat abang sepupu saya yang meninggal kerana virus ini jugak. 

Puasa dan raya dalam keadaan PKP pon kita dah laluinya. Banyak pulak nak dibebelkan ye. Cukuplah sampai disini.. Ada masa saya update lagi ye.

 

No comments: