Monday, January 16, 2012

Hari Pertama Qaisz Ke Sekolah


Tahun ni Qaisz dah 5 tahun ye. Makanya kenalah ke sekolah tadika. Kami hantar ke tadika
agama yang berhampiran je.



Masa hari pertama dia ok jek. Mau tak ok, sebab saya ngan encik suami menunggu sampai pukul 10 pagi. Dia asiklah menjenguk tingkap tengok mak paknye ada ke tak kat luar kelas tuh. Hari pertama dah tumpahkah air kat meja. Dengan selamba dia lap pakai sapu tangan dia. Lepas tu cikgu nampak, barulah cikgu amik kain lap lain.




Dah tu pulak air budak perempuan yang duduk dekat2 ngan meja dia pulak tumpah. Qaisz menjadi hero dengan tolong mengelapkan meja budak perempuan itu. Bagus tak? hehehe.

Ada tu dia boleh pulak memujuk budak perempuan lain yang tengah nangis. Kitorang seronok lah tengok dia happy kan. Siap boleh main2 lagi ngan kawan2. Sekali bila mak bapaknye balik (err..yang sebenarnye bukan balik pon..tapi pergi kedai nak mencekik..sebab belum sarapan lagi.) dia nangis rupanya. adoii..



Tau pon sebab masa ambik dia balik skolah pukul 11.30 tu dia tengah nangis. hehehe..Balik terus bawak ke Jusco Bkt Tinggi sebab ada urusan kat sana. Si Qaisz pon apa lagi. Nak main game lah kan. Tak pe lah. Reward hari pertama ke skolah. Bagi lah main game kat sana. Encik suami yang temankan dia. Saya pulak dah meround ke baju2 baby. Geram tau tengok baju gegel. Ishhh..

Baju sekolah masa ni belum dapat lagi. Tadi hantar dia pergi sekolah nampak sorang ustazah tu tengah pegang baju2 takis ni. Alhamdulillah. Tak pening lah saya nak memikirkan baju apa yang nak dipakaikan Qaisz bila nak ke sekolah esok hari.

Hari ni dalam sejarah bila hantar Qaisz pergi skolah dia tak nangis dah. Saya salam pon dia selamba je. Pestu saya babai2 dia, dia pon balas gak. Cam tu la anak ibu n ayah. Harap2 lepas ni tak nangis bila ke sekolah ye sayang.



3 comments:

klik! klik! ceritaku! said...

good boy la Qaisz..

shiemz said...

OOlololoo.. tomeynyer dier... qais kena kuat..pasni leh ajak adik lak g skool k.. sama la ngan hadzeq.. hahah

Fieza a.k.a ibu Azwar Qaiszar dan Maria Dayana said...

KLIK KLIK - hahaha...

shiemz - tu la..mula2 skolah kan..tu yg cembeng tu..hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...