Wednesday, February 27, 2019

Majlis Pertunangan Yusma & Sharul 08.12.2018

Majlis Pertunangan adik ipar yang bongsu berlangsung pada 08/12/2018.

Tak kira la aku nak jugak update. 5 tahun akan datang mana tau boleh baca entry2 sekarang ni kan.
Nak biar x update berkurun lama macam sayang pulak.

Makanya kita maraton la update sikit2 yer. Hehe

Majlis lepas asar sebab hari sabtu kan ramai yang kerja half day. Termasuklah encik suami. Makanya pepagi lagi aku dah angkut anak2 pergi rumah mertua. Sesi kemas rumah dan tolong apa2 yang patot lah kan. Dah la suami kerja tak kan aku nak datang lepas asar terus. Tak patot sangat tu kan. Bukan jauh nau rumah mertua aku tu pon. Tapi kalau kira pakai jengkal beribu jengkal la dapatnya bukan sejengkal lagi dah. Kehkehkeh...

Aku cuma order talam cendol , puding oreo dan brownies jer untuk tetamu makan.

Punyalah sibuk dari pagi sampai ke malam, aku lupa yang aku x makan apa pon hari tu. Kat rumah mertua pon tak dan nak makan sebab rasa kenyang jer. Elok je sampai rumah, kebuluran pon tiba. Naseb lah ada bawak lauk belen2 dari rumah mertua,

Aku sebagai menantu sulung dengan selamba memplan pakai kebaya nyonya dan kain batik untuk menantu2 nek manja dan atok usop. Bila aku dah plan, memang aku akan buat jugak yer.

Eh melalut dah ni. Banyak citer pasal aku jer ni.. hahaha

Ikat tunang dalam setahun lebih kalau tak salah aku lah kan. Selamat Bertunang Nina & Syarul. Selamat menempuh alam pertunangan.






Ni anak buah yang mekapkan aku. Ha nampak tak bulu mata pelesu itu..
che ta sangat kan.. ala bukan selalu pun kan.. kisah pulak
aku kalau ada yang kondem.. huhuhu

Perbincangan kedua belah pihak...



Aku ngan biras no 2. Shida... kebetulan tudung sama warna..
kebetulan ke plan? 
hihihi


Ragam encik suami ngan pakciknya.. 

Haa tengoklah tuu..kemain menyakat adiknya time
nak amik gambar...

Ni bersilat pulak depan mak ayah nya..
seb baik seluar tak terkoyak macam dalam citer p ramlee tu..hehehe

Bukan senang nak tengok ayah gelak time ambik gambar..
kekeke

Ni anak buah aku yg mekapkan aku..

Baris depan adalah menantu2 terbaik..
Yang belakang tu mak mertua dengan adik ipar...

Di akhiri dengan gambar pengantin lama..
hahaha...

No comments: