Wednesday, December 18, 2019

Family Day Hj Heksan Legacy 2019 - A famosa villa


Assalamualaikum semua.. lama sungguh tak bersiaran yer. rasa blog ni cuma di update bila ada majlis2 tertentu je kot untuk kenangan.. hehehe..

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi pada 14/12/2019-15/12/2019 dapatlah keluarga kami berkumpul bersama untuk menjayakan Family Day Hj Heksan Legacy bertempat di A famosa villa.
Kami check in pukul 3.00 petang dan selepas itu kami berkumpul di villa abel. Oh ya kami menempah dua buah villa yang berdekatan tetapi aktiviti semua di villa abel.

Di sebab kan ini adalah julung2 kali nya dapat di adakan family day seperti ini, makanya kami tiada banyak aktiviti yang berat2 melainkan aktiviti menambah berat badan. hahaha.. makan dan makan dan makan.

Pukul 6.00 petang kami sudah bersiap sedia untuk aktivi bakar membakar. Antaranya yang kami bakar adalah kambing, kerang, ayam, satay dan sosej.

Selepas Isyak dapatlah kami semua membuat bacaan doa selamat, sambutan hari lahir bulan 12, pemberian hadiah dari anak cucu untuk emak abah serta hadiah untuk yang sambut hari lahir bulan 12.


                                                   
Budak2 biasalah pantang nampak kolam belum pape dah nak mandi.. hehehe







jangan kata budak..bapak budak pon sama., sorang lagi je lom kawen...






Bacaan doa selamat untuk keluarga kami.

Kek besday ni kami tempah je. Jauh jalan dari klang ke melaka. 





Ni kek hasil air tangan dari kakak ipar yang sulong.


Abah, suamiku, anak buah dua orang.. zirul n hazim share bulan yang sama.. kecuali abah bulan 8 tapi kami sekali kan je..



Emak, kakakku pon bulan yang sama jugak..



Yang paling tinggi ni pon anak buah sama bulan juga.



Selesai potong kek, surprise pon bermula di mana kami anak cucu berikan hadiah buat emak abah tersayang. Dapat dilihat kegembiraan di wajah emak dan abah bila sesekali kami raikan begini.
Apalah sangan dengan hadiah kami tu jika dibanding penat lelah mereka menjaga kami, sekolahkan kami dan membesarkan kami.. mencari rezeki tidak kira siang dan malam untuk mencarik sesuap nasi.




Bermula dengan abangku yang no.1 untuk memberi hadiah pada mak dan abah.




Kemudian abang no 2 pula yang memberikan hadiah pada mak dan abah.



Diikuti dengan kakak no 3.



Dan ini pula kakak yang ke 4



Akhir sekali anak no 5.. bongsu.. saya la tu..hehehe



Ni pula anak buah.



Ni pon anak buah jugak.



Aktiviti seterusnya pula hadiah untuk yang sambut lahir pada bulan disember. Bukan hadiah mahal tapi sekadar suka2 jer.


"Selamat Hari Lahir wahai isteriku" semua gelak tiba2 je abah cakap cam ni. hehehe.



"Selamat Hari Lahir wahai anakku"kata abah



"Selamat hari lahir wahai cucu ku" ucap atok pada cucunya



"Selamat hari lahir wahai cucuku" kata atok..



"Selamat hari lahir wahai cucuku"ucap atok lagi.



"Selamat Hari lahir wahai menantuku"kata abah pada suami ku..

Ni bukan ayat tambahan ke ape memang ayat ni yang abah ucapkan bila bagi hadiah pada yang sambut besday. tiap sorang abah akan ucap yang sama. Semua ni kenangan yer. 

Bila dah selesai semua makanye aktiviti menjamu selera pon bermula.

Aktiviti hari kedua next entry yer.

Bye !!!


























No comments: