Tuesday, October 28, 2008

Kenduri Kawen Ina & Helmi

Hari Ahad ada kenduri kawen kawan saya. Sedih nak citer tau. Sebab masa saya kawen dia dtg beberapa kali. Masa nikah dia teman kan saya. Then masa bersanding dia yg jadi pengapit saya.Alih2 masa dia kawen saya x dapat tlg pape pon. Sebab hari sabtu dah pergi Melaka. Ahad plak kononnye nak datang pepagi , tapi Qaisz lak sembelit dr pg nak membuang smpi ke tengahari dok menangis2. Terus bawak g klinik. Kekdahnye pergi umah ina dekat kul 1.00 pm. Elok je sampai, pengantin lelaki ngan rombongan nye pon sampai gak. Saya terus je masuk umah dia menonong g bilik pengantin. Takot kang klu makan dulu x sempat lak jumpa pengantin. Tapi Qais menangis le. Sebab kt situ ada karaoke. Qais x suke tempat2 bising sangat. Dia takot gamaknye. Jumpa ina rasa cam gembira sangat2 tengok dia berpakaian pengantin. Tak tau kenapa. Sampaikan bila saya nak snap gambar pon tangan saya menggigil2. Macam saya lak yang nak kawen. Bila dah nak balik dah saya salam ina peluk cium bagai. Time tu ku tahan air mata dari jatuh berguguran..hehee...X tau kenapa sampai nk nangis. Maybe sebab happy sangat tgk dia dah menjadi Raja Sehari. Hadiah dah ler x sempat nak beli. Lagi ler saya sedih. Saya bagi angpow je kat dia.

Lepas tu konon2 nye nak makan ler kan. Skali kt khemah penuh sampai x der tempat duduk. Majlis memang meriah. Qaisz asik nangis je, maka x jadi lah kami makan. Jumpa mak pengantin mintak diri dulu.Lupa nak bagi tau. Saya pergi skali ngan kawan saya. Saadah namanya.

Kepada Ina & Helmi, Selamat Pengantin Baru. Semoga masjid yang dibina ini berkekalan hingga ke akhir hayat dan semoga dikurniakan cahaya mata. Amin.Kak fieza happy sangat bile Ina dah kawen ni tau.hehehe...

Moh kite layan beberapa kerat gambar. X dapat snap byk2 ler..hehehe
Ni lah dia kawan saya. Nazzatul Rina


Pelamin yang sangat cantek.


Kamar beradu buat Raja Sehari

Raja Sehari... Ina..

Candid..

Saya, Qaisz N Ina

Saadah ngan Ina

2 comments:

* ayu * said...

merah & white can never fail kan?

congrats to the newly wed!

eza said...

huhuhuh....rugi aku x dapat gi....x dapat tengok pengantin.tengok kat gambar pengantin nampak cantik.kalu dapat tenggok secara live kan best.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...