Malam tadi pergi Giant..Beli barang dapur ngan barang Qaisz..
Alhamdulillah tak lebih RM300 pon...huhuhu...
tapi si Qaisz skang ni da x nak duduk kat troley (betul ke eja ni??)...
dukung pon tak nak...dia nak jalan sendiri...tapi saya pegang tangan dia jugak..risau ler kan...
yang tak tahan tu bila saya ngan hubby berhenti nak amik barang, si Qaisz bleh plak tak nak benti..dia nak jalan jer...lepas tu ntah camane masa jalan tu dia terjatuh...time bangun tu dia bleh plak tepuk2 seluar dia..dia cakap kotor..hahaha... yang saya bleh plak buat dek jek.. yelaaa bukan jatuh kt tanah kan.. anak sendiri lagi bertindak cepat dari ibunya..hiks..
time jalan2 kat area mainan tuh dia ternampak basikal ngan motor...dia bleh suruh saya amik motor tuh..adoii nak...mahal tu!!! mainan lain x nak pandang..yang besar2 tu lah yang dia mintak...nantilah ye klu ibu ngan ayah ada rezeki lebih kite beli erk...
Bila dah siap bayar sumer ktorang singgah kedai buku..sebab hubby nak beli buku dia.. saya lak nak carikan buku tuk Qaisz.. masa tu ntah Qaisz nampak apa ntah..dia dok tanya2 saya tapi saya x jawab...dia da geram diaa jerit kuat2 panggil ibuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!!..
hahaha...satu Giant dengar..huhu...sebab Qaisz ni kalau dia panggil kite lepas tu kita x jawab "ya" atau "saya" selagi tu lah dia akan panggil kita...
Lepas tu hubby ajak makan kat FoodCourt..hubby nak makan Sizzling...kt situ kan ada kereta mainan kan..Qaisz ni pantang nampak kereta yang bunyik2 tu..ala..kalau kite masukkan syilling dia akan gerak2 then ada lagu...tapi kt giant tak leh gerak..so dia duduk je lah kt situ sambil main stereng kereta...ajak makan pon tak nak...ajak beli ais krim pon tak nak gak.. last2 dia duduk sorang2 kt situ..saya ngan hubby makan Sizzling..tapi meja yg kami duduk tu x jauh sangat ler dari kereta mainan tuh... sebelah jerk...huhu...Qaisz selamba je main kereta tuh..sambil2 tuh saya suapkan dia ais krim...hehe.. bila ktorang da habis makan nak balik Qaisz lak tak nak balik...x puas main lagi...apa lagi terpaksa le pujuk dia..seb baik dia x mengamuk...haihhhh...
Seronok tengok gelagat anak sendiri..nak2 bila dah besar ni...kejap je rasanya...hiks
Friday, March 27, 2009
Tuesday, March 24, 2009
Renung2kanlah.....
Bagi yang bujang sesuatu i'tibar
Bagi yang belum / bakal berkeluarga suatu pelajaran
Bagi yang berkeluarga perlu mengajar
Wahai SUAMI renungkanlah
Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setaqwa Aisyah
Tidaklah setabah Fatimah
Justeru,
Isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah..
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya
Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya
Setika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya
Seandai isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya
Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita, perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t kerana
Memiliki isteri yang tak sehebat mana
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEH.
Amin..
Wahai ISTERI pula renungkanlah
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad s.a.w.
Tidaklah setaqwa Ibrahim
Tidak setabah Ayyub
Tidak segagah Musa
Apalagi setampan Yusuf
Justeru Suamimu hanyalah lelaki akhir zaman
yang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh

Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya
Suami nakhoda kapal, kamu pengemudinya
Suami bagaikan pelakon yang nakal, kamu adalah penonton kenakalannya
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya
Sekita suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya
Seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya
Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t. kerana
Memilik suami yang tak segagah mana..
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga
Bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEHAH
Amin.
Justeru itu wahai SUAMI dan ISTERI Jangan menuntut terlalu tinggi
Seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya SUAMI dan ISTERI
ingatlah: Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah
Andai diri tidak semulia Rasulullah s.a.w.
Tidak perlu isteri secantik Balqis Andai diri tidak sehebat Sulaiman
Mengapa mengharapkan suami setampan
Yusuf Seandai kasih tak setulus Zulaikha
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim Andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.

Thursday, March 19, 2009
Ada perbezaan tak??
Nak tanya ler...
ada perbezaan tak gambar sebelum ngan gambar sekarang ni...
sebelum ni 70kg..sekarang 65kg...
saya tengok cam biasa jek...
tapi gambar selepas tu x aci kan..sebab dukung anak...hiks..
gambar sekarang yg berdiri sorang2 x der ler..
x per lah...later2 saya snap...
misi nak capai 60kg ni..bleh ke tak erk...hmmm....
tak apa..usaha tangga kejayaan...
chaiyookkkk!!!

Wednesday, March 18, 2009
Semalam On Leave

Semalam saya on leave lagi...
hubby lak 1/2 day...
kami bawak Qaisz pergi check up kat spital klang..
ala...pasal "Underscended testis" ..
semalam doktor check pestu doktor kata kene operate..
tapi doktor bagi masa lagi sebab ada setengah budak memang
lambat nak turun testisnye...
lagi pon kalau boleh doktor tu x nak operate dulu..
biarkan testis tu turun sendiri...doktor try tolak testis tu kebawah..
doktor suruh urut time mandi tuh...
in case kalau still x turun2 lagi sampai umurnya 3 tahun, doktor terpaksa operate lah...
lepas 6 bulan baru pergi check up balik..bulan 9 lah erk..time puasa ni kan??
ni kalau bawak ke spital swasta memang time tu jugak derang suruh masuk wad kan..
tp saya mana lah mampu nk ke spital swasta...
pergi je lah kat spital gomen..bayo RM5 sajok setiap kali datang...
ikut je lah kata doktor tu kan...dia lebih arif pasal ni...
hiks...
Harap2 biarler testis tu turn sendiri..x yah susah2 nak operate...
kesian Qaisz....

Monday, March 16, 2009
Last Day @ Sunshine
Pepagi lagi anak2 buah dah bising2..derang ajak mandi kolam lagi sebelum check out kul 12.00..
Saya nk turun gak tapi Qaisz lom bangun..x lama pestu baru dia bangun..saya siapkan Qaisz bawak p kolam pepagi...hahaha..mula2 Qaisz x sabar nk masuk dalam kolam tu..skali bila masukx sampai bape minit badan dah gigil2..bila saya angkat dai nangis nak jugak mandi...tapi saya x sampai hati tgk dia gigil2 cm tu skali...terus angkat dia..pakaikan towel...hiks..hubby lak sambung mandi kt kolam tu..memang sejuk pon airnye..pestu saya naik atas mandi kan Qaisz..kemas2 baju ngan bag sebab dah dekat kul 12.00 dah..
Dah le lif kt situ satu jek.. kene ler tggu lama skit..sebab ramai yg nk check out...Qaisz masih meragam nk berak.. Saya lak memang da penat sangat.Tapi kami x terus balik. Kami pergi ke Medan Selera nak cari ole2. Kat situ kan ade jual memacam. Tapi saya x beli pape pon. Masa tu Qaisz tengah tido. Bila memasing dah siap shopping, ktorang pergi makan lak.
Time makan ni memang Tuhan menguji kesabaran saya kot. Sebab si Qaisz menangis punyalah kuat. Dah tu x nak ikut orang lain pulak tuh. Saya dapat makan 2-3 suap jek. Lepas tu terus x der mood. Saya basuh tangan terus bawak anak saya masuk dalam kereta. Pasang ekon. Boleh plak dia benti dari menangis. Haihhh..Qaisz..Qaisz...kenapa le ko x nak ngan orang lain.
Bile sumer da siap makan, apa lagi..balik ler..hihi..
Apape pon percutian ni memang best..walaupon banyak dugaan saya tetap rasa happy..Happy sebab family berkumpul ramai2 cam ni..meriah je rasanye..
Saya pon nak ucapkan terima kasih kepada Abang saya yang sulung iaitu Abang Li & Kak Nani kerana derang dah blanja kitorang sumer tidur kat Sunshine. Semoga Abg Li & family dimurahkan rezeki.
Lepas ni kita buat collection tuk next trip plak ye...muahahaa....

Sunshine Beach Resort & BBQ
Lepas bermandi manda kt Teluk Kemang kami sume pon terus ke Sunshine Beach Resort lak. Sebab Abang saya dah tempah bilik awal2 kat sana. Jauh jugak dari Teluk Kemang nak ke Sunshine nih..Dalam 10km...sampai je sana abang saya dah check in awal2.. kitorang sume dapat satu floor.. kat tingkat 11...tinggi giler..Tengok2 bilik sumer dah siap kemas2 barang ktorang pon keletihan..apa lagi tido dan rehat2 kan badan..Qaisz memang dah tido dari kat dalam kereta lagi..lena betul dia tdo sampaikan bunyik bising pon dia x terjaga..kepenatan ler tuh main air..
Saya lak dok terjah rumah2 yg lain..hiks..budak2 bila nampak kolam renang apa lagi..x menyempat ler..terus turun bawah sambung balik mandi kolam..sabo je lah...Ok ler Sunshine ni..murah pon murah..cuma susah nk carik kedai kt situ..ade kedai pon sebijik jek..tapi harganya dua kali ganda..cekik darah betul..saya beli air Ice Lemon Tea yang dalam botol kecik tuh 2 botol ngan air kotak dutch lady yang kecik..Bile time nak bayar terkejut bile dengar orang tu kata RM7.80..mak aiii..untung banyak dah kedai tu dapat..Kazen saya lak beli air mineral botol besar satu kotak harganya RM30..perghhhh!!!...tapi nak buat camane kami terpaksa beli barang kt situ..da x der kedai lain..klu ada pon jauh sangat..
Malam minggu pulak kami buat BBQ. Dah booking skali tempat BBQ tu. Lepas Maghrib sumer turun bawah. Tepat bakar tu kat tepi pantai. Memang best ler.. Bakar ayam, sosej ngan jagung jerk.. Memula nak start dari petang tapi ujan lak petang tuh seb baik kejap jek. Klu sampai malam tak tau ler apa nak jadi ngan ayam yang diimport khas dari Putrajaya..hihihi...
Orang lelaki dok gigih nak idupkan api..Tapi x lama sangat pon..kejap je dak bleh idup..Saya lak x dapat tolong sama sebab si Qaisz sakit perut nak membuang..tapi x leh kuar..tu yg nangis je tuh..tapi x per lah sebab hubby pon tolong sama gak kt situ..x lama pas tu saya ajak hubby teman saya naik atas sebab Qaisz da nangis ajak balik..Nak naik atas sorang2 rase seram plak nk naik lif tu..hiks...hihi..
Tapi bila sampai atas Qaisz masih x bleh berak pon... Dah kepenatan terus tertido..Kesian dia..tapi kenapa ntah dia asik meragam jek x nak ngan sesapa asik nak ikut saya je..saya nk buat pape pon x bleh..maybe sebab perut dia x sedap le tu kan...Sebelum hubby turun balik kt tempat bakar tuh, saya pesan kt hubby suruh tapaukan ayam sbb saya lom makan lagi..hihihi..
Dalam kul 10.30 malam derang sume pon dah siap bakar..Seb baik balance ada banyak..bleh gak merasa..hihihi...Jom layan gambar..gambar2 ni sume banyak dari camera Farrah..sebab saya x dan nak amik gambar...

Bertungkus lumus nak idupkan api...hiks

Orang2 kuat nak idupkan api...
Ayam dan sosej
Pelanggan yang sedang menunggu ordernya..
Ramai tul pelanggan malam tuh..hiks...
Tengah tengok apa tuh??
Bersabar menunggu makanan...
Pelanggan dah boring dah ni..lama sangat...huhuu
Ni lah tukang kipas..hiks..
Baju putih ni tukang ngaapppp..
hahaha...jgn marah ye abg samsul...
tanpa dia BBQ pon x menjadik..
sebab dia yang bawak arang...wekekeke
Rajinnya lah...bagus..bagus..
Pakcik ngan abang ipar ngah isap rokok..
Orang suruh bakar tapi korang dok posing tangkap gambar..
patut ler lambat siap..
hiks..
ya ampunnn!!!
Muke kepenatan...
Amboi2...pelanggan tunggu punya lama..
tapi derang leh makan dulu...
kene potong gaji ni..hiks
jangan marah ye akak n abg iwan..
gurau sajok...
terima kasih ler sebab sponser ayam..
ayam tu memang sedap..
mabelessss!!!!
Saya lak dok terjah rumah2 yg lain..hiks..budak2 bila nampak kolam renang apa lagi..x menyempat ler..terus turun bawah sambung balik mandi kolam..sabo je lah...Ok ler Sunshine ni..murah pon murah..cuma susah nk carik kedai kt situ..ade kedai pon sebijik jek..tapi harganya dua kali ganda..cekik darah betul..saya beli air Ice Lemon Tea yang dalam botol kecik tuh 2 botol ngan air kotak dutch lady yang kecik..Bile time nak bayar terkejut bile dengar orang tu kata RM7.80..mak aiii..untung banyak dah kedai tu dapat..Kazen saya lak beli air mineral botol besar satu kotak harganya RM30..perghhhh!!!...tapi nak buat camane kami terpaksa beli barang kt situ..da x der kedai lain..klu ada pon jauh sangat..
Malam minggu pulak kami buat BBQ. Dah booking skali tempat BBQ tu. Lepas Maghrib sumer turun bawah. Tepat bakar tu kat tepi pantai. Memang best ler.. Bakar ayam, sosej ngan jagung jerk.. Memula nak start dari petang tapi ujan lak petang tuh seb baik kejap jek. Klu sampai malam tak tau ler apa nak jadi ngan ayam yang diimport khas dari Putrajaya..hihihi...
Orang lelaki dok gigih nak idupkan api..Tapi x lama sangat pon..kejap je dak bleh idup..Saya lak x dapat tolong sama sebab si Qaisz sakit perut nak membuang..tapi x leh kuar..tu yg nangis je tuh..tapi x per lah sebab hubby pon tolong sama gak kt situ..x lama pas tu saya ajak hubby teman saya naik atas sebab Qaisz da nangis ajak balik..Nak naik atas sorang2 rase seram plak nk naik lif tu..hiks...hihi..
Tapi bila sampai atas Qaisz masih x bleh berak pon... Dah kepenatan terus tertido..Kesian dia..tapi kenapa ntah dia asik meragam jek x nak ngan sesapa asik nak ikut saya je..saya nk buat pape pon x bleh..maybe sebab perut dia x sedap le tu kan...Sebelum hubby turun balik kt tempat bakar tuh, saya pesan kt hubby suruh tapaukan ayam sbb saya lom makan lagi..hihihi..
Dalam kul 10.30 malam derang sume pon dah siap bakar..Seb baik balance ada banyak..bleh gak merasa..hihihi...Jom layan gambar..gambar2 ni sume banyak dari camera Farrah..sebab saya x dan nak amik gambar...

Bertungkus lumus nak idupkan api...hiks

Orang2 kuat nak idupkan api...
Ayam dan sosej
Pelanggan yang sedang menunggu ordernya..Ramai tul pelanggan malam tuh..hiks...
Tengah tengok apa tuh??
Bersabar menunggu makanan...
Pelanggan dah boring dah ni..lama sangat...huhuu
Ni lah tukang kipas..hiks..
Baju putih ni tukang ngaapppp..hahaha...jgn marah ye abg samsul...
tanpa dia BBQ pon x menjadik..
sebab dia yang bawak arang...wekekeke
Rajinnya lah...bagus..bagus..
Pakcik ngan abang ipar ngah isap rokok..
Orang suruh bakar tapi korang dok posing tangkap gambar..patut ler lambat siap..
hiks..
ya ampunnn!!!
Muke kepenatan...
Amboi2...pelanggan tunggu punya lama..tapi derang leh makan dulu...
kene potong gaji ni..hiks
jangan marah ye akak n abg iwan..
gurau sajok...
terima kasih ler sebab sponser ayam..
ayam tu memang sedap..
mabelessss!!!!
Teluk Kemang & Pengalamanku (Hari Pertama)
Malam sabtu tu tetiba je bagi tau mak rasa cam malam nak pergi..cam da x der mood..x tau kenapa..Padalah sebelum ni saya lah orang yang paling eksited nak g PD..pestu saya dapat sms dari Kak Ina saya dia kata nak gerak lewat sebab malam tu dia baru je balik dar amik anak buah saya kat UPM...so x semapt nk buat persiapan pon..saya pon sms kat Kak Ita..dia pon cakap nk g lewat sebab ada orang nk dtg umah dia nk amik barang..sebelum tu plan nak gerak kul 7.00 pagi..hihihi...jadi saya cakap ngan derang kte gerak kul 8.30 pagi..derang pon ok jerk..tapi Abang Li saya ngan Kak Nieza nak gerak awal..takut x der parking...cuti skolah kan..
Nak jadikan citer, bleh plak masa hubby nk start kete tu tetiba x leh idup..ish..da cuak dah time ni..kalau x jadi camane mak ngan abah saya nak pergi kan..kesian plak..try banyak kali baru bleh idup..fuh..tapi saya berdoa je pada Tuhan supaya dipermudahkan perjalanan kami kan..Alhamdulillah pergi dan balik kereta x buat hal...
Sampai PD dekat kul 10.00 kot sebab cari tempat. Abg Li ngan Kak Nieza tggu ktorang sumer kat Medan Selera.. Nak check in awal sangat..apa lagi alang2 da smpi sana kite terjah ler Teluk Kemang berkelah kat situ dulu.hihihi...Sape pergi Teluk Kemang mesti sibuk nak naik Banana Bot kan..hihihi...saya memang x akan naik punya..Ajaklah berkali2 pon. Jangan ditanya apa sebabnya.Suami Kak Nieza iaitu Abang Iwan nak belanja naik Banana Bot tapi saya x nak yang lain berkobar2 nak naik..hihihi...Derang pon naik lah...Derang bernasib baik sebab x jatuh langsung pon.
Nak di jadikan citer anak buah saya merajuk sebab x dapat naik Banana Bot tu..Kakak Ipar saya x bagi..ye lah..budak2 kan bahaya.. Last2 Abang saya dok pujuk2 saya suruh temankan anak dia naik Banana Bot. Saya memang x nak... Tapi abang saya punya pasalkan, saya pon ok kan aje...
Berlima je masa tuh..Yang paling besar saya ler..Ngan anak buah saya lagi sorang tu..yang lain budak2 jerk...Fuhh...bot belom jalan tapi jantung cam nak tercabot jerk...Laju giler..Baca ler pape masa tuh..lagi pon abang saya cakap x bawak jauh2 smpi pulau..cuma dekat2 jerk..disebabkan dekat saya pon ikut ler kan.. Bot tu memula pelan tau da lama2 makin laju plak..Alahai saya da ler x reti berenang..da pk memacam da masa tuh..memang x sedap hati je..skali pakcik tu bawak smpi pulau daaa...adoii...elok je pakcik tu nak patah balik cam nak u-turn lah kan tetiba ombak pon datang kene kat Banana tuh..apa lagi melambung ler sumer.. Korang bayangkan ler kat tengah2 laut..dalam plak tuh.. Terkapai2 saya masa tuh..carik tanah tapi kaki mmg x dapat le nk cecah tanah..da nama pon tengah laut.. Jaket keselamatan saya pakai lak masa tu x berapa nk elok. Jadi saya hampir2 lemas masa tuh..Jaket dah keatas da pon..Da smpi separuh kepala saya...Saya tarik ler apa yg ada kt situ..Anak buah saya si Syafiq..Saya tertarik jaket dia tuk selamat diri saya supaya x terus tenggelam.. Skali Si Syafiq ni pon cam da nk tenggelam sbb saya tarik jaket dia..Pestu cepat2 saya pegang tangan dia.. Anak sedara yag lain lagi 3 orang dah jauh dariu kami..Sumer tu anak sedara saya tau 4 orang.. Dalam hati memacam da pikir..nak tggu pakcik bot tu patah balik kat kami makan masa yg lama..Sebab dia da jauh masa kami jatuh..dia x perasan pon.. Doa ngan tawakal je lah masa tu.. Dok terbayang muke anak saya yg tengah tggu saya kt tepi pantai..terbayang muka hubby saya..terbayang muka family saya yg pergi PD sumer tuh..Fuhhh!!.. Elok je pakcik bot tu sampai pakci tu terus cakap dia x sengaja nk jatuhkan kami..sebab ada ombak besar tadi...Sume x nak naik banana..tapi nak naik bot skali ngan pakcik tu..
Orang yang mula2 pakcik tu tarik adalah saya..hehehe..Lepas tu si Syafiq, Zirul dan Nurin.. Anak buah lagi sorang tetiba saya tgk da takde..Dia yang ajar ktorang sumer supaya gerakkan kaki cam kayuh basikal..supaya bleh terapung kt situ je..seb baik dia ada pergi Khidmat Negara..ada gak pengalaman kan.. Saya da cuak bile tgk dia x ada tau saya panggi nama dia bayak kali tapi x menyahut pon.. Syafiq pon panggil gak...Takde respon..Makin cuak ler saya..X lama pestu dia ada kt sebelah saya..Sebab memula dia kat sebelah kiri bot..dia duk jalan sikit2 ke seblah kanan plak..Ishh ko ni Nurul merisau kan betul ler.. Last2 dia yang naik Banana tu sorang2.. Pakcik tu kata suruh temankan Nurul..Sebab air da surut..saya ngan Nurin pon turun balik dari bot tu pergi temankan si Nurul..yang anak buah lelaki dok naik bot..Alhamdulillah sampai gak kt tepi pantai...Saya masa tu da pucat giler..Tudung sampai tercabut...hihihi...
Sampai je terus cari anak saya..Dia tengah main2 pasir. HUbby lak dok tye pakcik tu kenapa lambat. Pestu hubby bleh gelakkan saya...hampeh jek.. Padahal masa tu saya dok tahan nangis sebab dah takut sangat smpi menggigil satu badan..Bleh lak derang tanya saya memacam..belum sempat citer automatik air mata melilih...hahaha
Alhamdulillah sumer selamat..Bersyukur sangat... Terus jadi fobia nk naik Banana Bot ni..hiks
Dah macam karangan SPM lak..panjang lebar...korang layankan je lah erk...

Subscribe to:
Posts (Atom)